Thursday, December 25, 2008

Program Di Teratak Bait Al-Amin


Alhamdulillah...syukur masih dipanjangkan umur untuk aku menitipkan bicara buat tatapan para pengunjung yang mengunjungi teratak Bait Al-Amin. Lebih sebulan lamanya aku tidak mencoretkan sesuatu disini disebabkan masa yang tidak mengizinkan..namun alhamdulillah aku cuba juga untuk mencoretkan sesuatu disini. Sepanjang cuti persekolahan ni banyak juga aktiviti yang dijalankan oleh Anak-anak Bait Al-Amin. Walaupun tidak semua yang dapat sertai disebabkan anak-anak masih bercuti, namun sebahagian anak-anak Bait Al-Amin yang berdekatan turut serta dalam beberapa aktiviti yang dijalankan.


Program Ibadah Korban di jalankan di Bait Al-Amin, sebanyak 3 ekor lembu selamat dikorbankan. Ibadah korban kali ini turut disertai oleh anggota-angota Depo Senggara Armada dari TLDM lumut.

Anak-anak Bait Al-Amin turut sama membantu abang-abang tentera melapah lembu yang telah disembelih.

Sebahagian Anak-anak Bait Al-Amin sibuk membungkus daging untuk disedekahkan kepada penduduk berdekatan, disamping tu ada yang memotong daging untuk dimasak..cheff memasak hari tu Tn. Zakaria dari DSA TLDM.

Cheff sedang memasukkan sesuatu bagi menambah kesedapan masakan sup tulang. Lebih 8 jenis menu yang dihidangkan untuk dimakan bersama pada hari tersebut.

Anak-anak Bait Al-Amin menerima sumbangan beg sekolah daripada Pengurus Stesyen Minyak Petronas Seri Iskandar pada hari raya korban ke dua.

Program jiwa murni dijalankan di teratak Bait Al-amin selama seminggu oleh DSA TLDM. Kerja-kerja pembersihan, mengecat, mengemas Asrama dijalankan bersama.

Menyembah ke bumi akhirnya...Cheff hanya memandang saja..dasyat tentera ni.

Diakhir program..penyampaian sumbangan oleh Pegawai Memerintah DSA TLDM .
Kami di pihak Bait Al-Amin mengucapkan berbanyak-banyak ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Depo Senggara Armada TLDM yang banyak membantu pihak Bait Al-Amin.
Semua Anak-anak Bait Al-Amin akan kembali semula ke asrama pada 27hb December 2008.
Selamat Kembali Anak-anakku....

Wednesday, November 19, 2008

REHLAH DI BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT

Bergambar Di Hadapan Resort Dalam Air

Menaiki Bot Ke Taman Orang Hutan

Pasti Adik Bongsu Lah Paling Seronok

Di Taman EcoPark..Macam-macam Haiwan Kat Sini

Ahh..Seronoknya Mandi-manda

Mandi Sepuas-puanya
Sedar tak sedar, cuti akhir tahun persekolahan sudah pun bermula...semestinya keriangan jelas terpancar pada anak-anak Bait Al-Amin, maklumlah cuti panjang sudah bermula. Tanggal 15hb November 2008 Hari Sabtu baru-baru ni aku mengotakan janji buat Anak-anak Bait Al-Amin untuk membawa mereka Rehlah mandi-manda di Bukit Merah Lake Town Resort...seronok bukan kepalang lagi mereka.Bukan setakat mandi manda sahaja..habis satu taman tu Anak-anak Bait Al-Amin jelajahi termasuklah ke Taman Orang Utan dan EcoPark. Seronok sangat bila tengok diaorang gembira...apa lagi yang mampu aku berikan. Lepas ni sunyi-sepilah Teratak Bait Al-Amin bila semuanya akan dihantar balik ke kg masing-masing...terasa sangat sepinya nanti...Selamat Bercuti Anak-anak ku.

Sunday, November 09, 2008

KUNJUNGAN ZIARAH PELAJAR SMBPISB SELANGOR







08HB NOVEMBER 2008..Teratak Bait Al-Amin menerima kunjungan para guru dan pelajar-pelajar dari (SMBISB) Sek. Men. Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan. Lebih kurang hampir 100 orang pelajar yang hadir pada hari tersebut. Kehadiran tetamu kali ini agak terlalu ramai sehinggakan segenap ruang Dewan Bait Al-Amin dipenuhi para pelajar. Walaupun kunjungan para pelajar tersebut agak singkat...setidak-tidaknya ikatan ukhwah bersama anak-anak Bait Al-Amin tetap terjalin. Mungkin detik permulaan kunjungan ziarah...InsyaAllah pada masa akan datang para pelajar ini akan bertandang lagi. Sebelum berangkat sedikit kerja gotoong-royong dijalankan para pelajar tersebut bersama Anak-anak Bait Al-Amin. Seperti biasa anak Bait Al-Amin yang paling Bongsu Adik Hezal (Dida) sentiasa menjadi perhatian para pelajar. Terima Kasih sekali lagi dari Anak-anak Bait Al-Amin.

Wednesday, November 05, 2008

MAAFKAN KAMI AYAH,IBU, ABIE & UMIE...

Salah seorang anak Bait Al-Amin tidak dapat menahan sebak memeluk Ustaz Ahmadi

Kasihnya Bapa dari Ustaz Ahmadi buat Anak-anak Bait Al-Amin

Anak-anak Bait Al-Amin memeluk dan bersalaman dengan Ustaz Ahmadi sebelum berpisah

Terima Kasih Dari Anak-anak Bait Al-Amin

Kenangan Bersama Ustaz Ahmadi


Alhamdulillah...rasanya belum terlambat untuk aku paparkan di sini sekelumit lagi sebahagian kehidupan Anak-anak Bait Al-Amin. Kekangan waktu menyebabkan tidak dapat untuk aku update blog ini setiap hari.Walau pun dah hampir seminggu berlalu...namun apa yg ingin aku paparkan di sini masih lagi segar dalam ingatan.

24hb Oktober 2008 ...masih lagi dalam suasana kesibukan rumah terbuka Aidilfitri disana-sini. Sehari sebelum tu aku memberitahu anak-anak Bait Al-Amin yang mana Ayah dan Abie akan membawa sebahagian Anak-anak Bait Al-Amin ke Rumah Terbuka di Kuala Lumpur tanpa aku menceritakan hasrat yang sebenar. Aku memilih seramai 10 Orang pelajar Menengah...selepas solat subuh aku menyuruh mereka bersiap dengan beg dan pakaian kerana aku menyatakan kepada mereka yang kita ada urusan di KL lebih kurang 3 hari. Dalam fikiran mereka seronok bila dapat berjalan jauh...memang teruja.
Selepas solat Jumaat... kami bertolak dengan Van meninggalkan Asrama Bait Al-Amin. Aku dan Abie hanya tersenyum simpul melihat telatah anak-anak ni seakan-akan tak sabar untuk ke Kuala Lumpur. Hasrat sebenar tidak aku ceritakan kerana kuatir ada yang cuba mengelak untuk turut serta. Sepanjang dlm Van masing-masing riang gembira...sampaikan ada yang suruh Abie bawa cepat nanti habis makanan kat open house...aku masih lagi tersenyum sendirian.
Tiba-tiba suasana menjadi sunyi sepi..masing-masing berpandangan sesama sendiri apabila setelah beberapa jam perjalanan, Van yang abie bawa menyusuri kawasan perkampungan menghala ke kawasan Air terjun Sg. Congkak Hulu Langat Selangor....masing-masing terkedu bila kami sampai di Kem Motivasi Didikdiri Sg. Congkak Hulu langat.
Pernah aku paparkan di sini pada cuti sekolah bulan 5 yang lepas aku menghantar salah seorang anak yatim piatu yang begitu bermasalah, tapi alhamdulillah sehingga hari ini terlalu banyak perubahan positif pada diri pelajar tersebut. Tapi untuk kali ini..aku menghantar seramai 10 orang anak-anak Bait Al-Amin, mereka ni bukanlah kalangan pelajar yang bermasalah..namun ingin aku lengkapkan lagi pada diri mereka agar merka dapat merasakan diri mereka kembali rasa bertuhan dan beribu-bapa.
Maafkan Ayah...kerana tidak menceritakan hasrat sebenar, tapi percayalah kerana sayangnya Ayah pada kalian ayah hantar kalian disini...Aku dan Abie serahkan Anak-anak Bait Al-Amin pada Ustaz Ahamadi selaku Pakar Motivasi yang akan mengendalikan "Survivor Camp 11".Aku tinggalkan Anak-anak Bait Al-Amin dengan penuh harapan...sempat aku berpesan disinilah tempat kalian akan mengenal siapa diri kalian sebenarnya..dan yang pasti Ayah tetap menyayangi kalian.
27hb Oktober 2008... 4hari 3 malam anak-anak Bait Al-Amin di Survivor Camp 11. Hari ni hari terakhir ..selama tu lah juga aku tidak melihat wajah anak-anak ni di Asrama. Jam 5 ptg aku dan Abie dah sampai di Kem untuk menjemput anak-anak ni pulang..aku dimaklum kan hampir 60 orang pelajar dari seluruh Malaysia yang menghadiri Survivor Camp 11 kali ini.
Semua ibu-bapa dan anak-anak telahpun berkumpul di Surau Kem bagi majlis penyerahan pelajar-pelajar kepada ibu bapa..Apabila ustaz Ahmadi memanggil satu persatu pelajar untuk diserahkan kepada ibu dan ayah...suasana pada petang itu begitu syahdu, sayu...air mata anak-anak mengalir memeluk ibu dan ayah, ada yang mencium kaki ibu dan ayah...pilu bila melihat semuanya di depan mata.
Tiba-tiba suasana pada petang itu bertambah lagi syahdu dan pilu apabila Ustaz Ahmadi memanggil kesemua Anak-anak Bait Al-Amin untuk diserahkan kepada aku...Jernihnya air mata anak-anak Bait Al-Amin membasahi pipi, bukan setakat air mata yang mengalir...tangisan mereka teresak-esak memeluk dan mengegenggam erat diri ini..aku cuba menahan air mata aku dari dari keluar..namun aku tewas, melihat satu demi satu muka anak-anak ini memohon ampun dan maaf dalam esakan tangis...suasana petang tu begitu syahdu, ibu-bapa yang hadir pada petang itu juga turut merasakan kesedihannya, banyak air mata yang mengalir...masakan tidak, pelajar-pelajar yang lain dapat memeluk dan mencium ibu dan ayah yang tersayang...namun anak-anak Bait Al-Amin...orang yang tersayang dalam hidup mereka telah pergi buat selamanya meninggalkan anak-anak ini...hilang segala kasih dan sayang...mungkin disaat itu terbayang wajah ayah dan ibu yang telah pergi buat selamanya...satu persatu aku memeluk erat anak-anak ini...biarpun tangisan mereka belum reda...aku nyatakan pada mereka Ayah, Ibu. Abie dan Umie sangat-sangat menyangi kalian...sekarang baru kalian mengerti dan ada jawapannya mengapa ayah menghantar kalian disisini.....Kembali Rasa Bertuhan Dan Beribu Bapa.
Alhamdulillah...sehingga hari ini catatan aku di Blog ini...banyak perubahan yang ketara buat Anak-anak ini sebaik sahaja pulang dari Kem Motivasi tersebut.
Semasa pulang dari Kem tersebut...Ustaz Ahmadi menyerahkan kepada aku catatan surat luahan rasa yang ditulis oleh anak-anak tersebut pada hari terakhir yang lahir dari tulus ikhlas hati anak-anak tersebut....tersentuh hati bila membacanya, kalau lah Ayah atau Ibu kalian masih ada...........
Buat Anak-anak ku Di Bait Al-Amin
Bukan budi dan jasa pembalasan yang Ayah harapkan....Apa yang ayah harapkan kalian menjadi anak-anak yang soleh yang mentaati perintah Allah...seandaikata disatu masa nanti ayah tidak ada lagi ....kiriman Al-Fatihah dari kalian yang ayah nantikan.

Wednesday, October 29, 2008

KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDILFITRI DI BAIT AL-AMIN

















Alhamdulillah...sedar tak sedar kita dah masuk ke penghujung Bulan Syawal. Sepanjang bulan Syawal Anak-anak Bait Al-Amin menerima jemputan untuk hadir ke rumah terbuka. Boleh dikatakan sepanjang minggu dan hari biasa ada sahaja jemputan yang diterima...syukur Alhamdulillah. Keperihatinan masyarakat buat anak-anak Bait Al-Amin sangat-sangat kami hargainya.
Disamping anak-anak Bait Al-Amin menghadiri jemputan rumah terbuka, pada tanggal 18hb Oktober 2008 baru-baru ni, Di Teratak Bait Al-Amin menerima kunjungan orang ramai semperna Sambutan Aidilfitri 2008 Bersama Anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Terima kasih pihak Penaja yang sudi menaja Majlis tersebut. Lebih 1000 tetamu yang hadir pada hari tersebut menambahkan kemeriahan suasana Majlis tersebut. Biarpun Majlis bermula seawal jam 2.00 ptg hingga 6.00 ptg, namun Teratak Bait Al-Amin terus dikunjungi org ramai biarpun siang telah berganti malam... Alhamdulillah.
Apa yang dapat aku ucapkan disini...Terima Kasih Yang tak terhingga buat tetamu-tetamu yang sudi hadir. Terima kasih kunjungan dari masyarakat Kampung yang begitu perihatin dengan anak-anak Bait Al-Amin, Terima Kasih buat dermawan-dermawan yang sudi hadir, Terima Kasih juga buat pelajar-pelajar IPTA yang sudi hadir dari UTP, UITM dan UPSI. Terima kasih juga buat YB Ahli Parlimen, ADUN ..paling aku merasa terharu bila ahli-ahli politik yang berlainan parti dapat duduk semeja makan bersama, bergelak tawa mesra...terasa sangat bahagia..Paling membuat aku rasa terharu bila sahabat-sahabat lama datang ke Teratak Bait Al-Amin..setidak-tidaknya ikatan ukwah terus terjalin...Terima Kasih Sahabat-sahabat Aku dari Ex-TIPENANG yang sudi hadir walaupun jauh dari utara.

TERIMA KASIH SEKALI LAGI DARI ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN

KUNJUNGAN MB PERAK KE TERATAK BAIT AL-AMIN





Alhamdulillah...Allah masih lagi memberi kekuatan buat aku mencoretkan kembali catatan di blog Bait Al-Amin ini. Sememangnya banyak coretan yang ingin aku paparkan disini, namun kesibukan waktu yang tidak mengizinkan.Sememangnya juga terlalu banyak program yang dijadualkan buat anak-anak Bait Al-Amin dari bermulanya awal Ramdahan sehinggalah masuk bulan syawal. Disana sini jemputan rumah terbuka Aidilfitri yang diterima oleh anak-anak Bait Al-Amin. Syukur Alhamdulillah...rezeki Anak-anak.
Masih belum terlambat kiranya anak-anak Bait Al-Amin ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran YAB Menteri Besar Perak Ir. Hj. Mohd. Nizar Bin Jamaludin bertandang ke Teratak Bait Al-Amin pada Ramadhan yang lepas. Keperihatinan Dato Seri beramah mesra bersama Anak-anak Bait Al-Amin sangat-sangat kami hargai.

Saturday, October 11, 2008

JEMPUTAN SAMBUTAN AIDILFITRI 1429 H


JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI BERSAMA
ANAK-ANAK YATIM DAN WARGA MISKIN
BAIT AL-AMIN
PADA
18HB OKTOBER 2008 / 18 SYAWAL 1429 H
HARI
SABTU
MASA
2.30 P.M HINGGA 6.00 P.M
DENGAN RASA PENUH KESYUKURAN , KAMI DI BAIT AL-AMIN INGIN MENJEMPUT SAUDARA/SAUDARI/TUAN/PUAN
UNTUK HADIR KE MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI BERSAMA
ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN.
SEMOGA DENGAN KEHADIRAN PARA TETAMU AKAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN



KAMI ANAK-ANAK YATIM DAN WARGA MISKIN BAIT AL-AMIN PARIT, PERAK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA YANG SUDI BERTANDANG KE TERATAK BAIT AL-AMIN. KEPADA SEMUA YANG SUDI MENGHULURKAN BANTUAN, KAMI ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN SANGAT-SANGAT MENGHARGAINYA, DOA DARI KAMI SEMOGA SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN DIMURAHKAN REZEKI YANG BERPANJANGAN.
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
"MAAF ZAHIR DAN BATIN"
DARIPADA
AYAH, IBU, ABIE, UMMI
SERTA
ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN