Friday, January 25, 2008

DI SINI KAMI HIDUP...

Di sini kami hidup
Bagaikan sebuah keluarga
Tiada permusuhan
Tiada sengketa
Tiada caci mencaci
Tiada kata nista
Yang tua kami hormati
Yang muda kami sayangi


Di sini kami hidup
Bagaikan aur dengan tebing
Bantu membantu
Bimbing membimbing
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Hati gajah sama dilapah
Hati kuman sama dicicah

Di sini kami hidup
Bagaikan petani dan nelayan
Ke gunung sama mendaki
Ke laut sama mengharungi
Biduk berlalu kiambang bertaut
Sekali berpijak di bumi nyata
Sentiasa ingat langit dijunjung


BAIT AL-AMIN


RUMAH ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN
KG.TENGAH 32800 PARIT,
PERAK DARUL RIDZUAN

Saturday, January 19, 2008

Hari Ashura Di Bait Al-Amin

Anak-anak Bait Al-Amin Sedang Bersahur

Hari ni 10 Muharram...seawal 5 minit sebelum jam 5 pagi aku tersedar , aku pandang jam di dinding 4.55 pagi..malam tadi aku dah berniat untuk berpuasa bersama anak-anak di Bait Al-Amin...seakan-akan aku dapat merasakan sesuatu menggerakkan aku...lantas aku mengejutkan semua anak-anak Bait al-Amin untuk bersahur...Alhamdulillah memang dari malam tadi anak-anak ni memperingatkan aku untuk mengejutkan mereka..pasti mereka kata nak berpuasa sunat semperna 10 muharram.
Campuran berbagai jenis kacang untuk membuat bubur Ashura

Hari ini, anak-anak Bait Al-Amin tidak ketingalan bergotong royong untuk memasak bubur ashura..turut bersama kakitangan-kakitangan Bait Amin. Hari ini juga menu untuk berbuka puasa nasi ayam, semua persediaan juadah berbuka puasa hari ini dimasak bersama oleh puteri-puteri Bait Al-Amin...Alhamdulillah.


Anak-anak Bait Al-Amin menghulurkan bungkusan Bubur Ashura buat jiran-jiran tetangga.
Syukur Alhamdulillah...selepas asar, bubur Ashura sudah siap dimasak. Kalau tadi puteri-puteri Bait Al-Amin sibuk membantu memasak bubur ashura di dapur, kini putera-putera Bait Al-Amin meringankan tulang untuk menghulurkan bungkusan-bungkusan bubur ashura buat jiran-jiran tetanggga dan juga warga-warga tua yang berdekatan dengan rumah Bait Al-Amin.


Keletihan menanti waktu berbuka puasa

Alhamdulillah...anak-anak Bait Al-Amin bersungguh-sungguh untuk menghabiskan puasa sunat hari ini. Mcam-macam gelagat telatah anak-anak ni apabila keletihan..namun mereka tak akan mengalah..kagum aku pada anak-anak yang kecil..syabas buat kalian semua, sesungguhnya Ayah bangga dengan semangat yang kalian tunjukkan.

Semasa Berbuka Puasa...Menu Nasi ayam

Syukur Alhamdulillah...hari ni semuanya dapat berbuka puasa bersama-sama, memang rezeki anak-anak ni murah hari ni. Bukan setakat juadah yang mereka masak, malah ada insan-insan yang diluar sana turut menghantarkan juadah-juadah enak untuk anak-anak ni..syukur, memang Allah kurniakan rezeki hari ni buat anak-anak Bait Al-Amin setelah satu hari menahan lapar dari makan dan minum.

Tambah lagi...takpa, banyak makanan tu...

Dan yang paling aku terharu, kedatangan seorang kakak sukarelawan bersama anaknya hari ini yang menawarkan diri untuk memasak bubur lambuk dan juadah berbuka puasa bersama anak-
anak Bait Al-Amin..tanpa mengira penat lelahnya, segala-galanya dapat disediakan dengan lancar...aku hanya mampu melihat air matanya mengalir tatkala mengusap satu demi satu kepala anak-anak yatim Bait Al-Amin sambil menghulurkan sumbangan buat anak-anak di sini.
Mungkin hati kecilnya tersentuh melihat satu persatu anak-anak disini seusia muda mereka telah kehilangan kasih sayang dari seorang ayah atau pun ibu yang telah pergi buat selama-lamanya...Namun buat anak-anakku di Bait Al-Amin, aku percaya bukan itu yang kalian minta..permegian ibu atau ayah menghadap ilahi bukan kehendak kalian..tapi percayalah diluar sana masih ada insan-insan yang menyayangi diri kalian....


Wednesday, January 16, 2008

Tuesday, January 15, 2008

Ketam Masak Gulai Lemak...Abg Long di PESDC


13hb Januari 2008 bersamaan 4 Muharram1429 H.Alhamdulillah sedar tak sedar dah masuk 4 hari tahun baru hijrah 1429. Acapkali bila masuk sahaja tahun baru bermacam-macam azam baru yang kita dengar...begitu juga anak-anak di Bait Al-Amin macam-macam azam yang aku dengar...si Azmir anak bait Al-amin tahun 2 kata berazam nak belajar rajin-rajin, bila besar nanti boleh jadi juruterbang nak bawa semua kawan-kawan di Bait Al-Amin naik kapal terbang..Alhamdulillah, kecil-kecil lagi dah pasang azam yang tinggi.Mudah-mudahan ianya akan terlaksana satu hari nanti. Pagi minggu selepas solat subuh anak-anak Bait Al-Amin dah dapat menghidu kemana aku nak pergi...masing-masing berlari menuju ke van takut tak dapat ikut. Kebiasaanya kalau hujung minggu aku , abie dan anak-anak Bait Al-Amin akan akan ke Pelabuhan Nelayan di Pantai Remis untuk mendapatkan bekalan ikan-ikan segar yang baru diturunkan dari bot-bot nelayan. Habis sahaja bekalan ikan di asrama pasti kami akan kesana

untuk mendapatkan bekalan ikan yang baru. Bukan ikan sahaja malah sotong dan ketam juga turut kami perolehi.Tengok sahaja gambar di atas tu masing-masing sibuk memilih ketam dan ikan. Gambar kat sebelah ni pulak kebetulan hari tu tak tau spesis ikan apa pulak yang besar ni yang baru sahaja diturunkan dari bot nelayan.Tapi anak-anak ni memang seronok sangat..mereka tak pernah melalui pengalaman seumpama itu. Syukurlah biasanya bekalan ikan, sotong, ketam di asrama pasti yang segar-segar sahaja kita perolehi. Hari tu Umie kata nak masak ketam gulai lemak...bertambah-tambah anak-anak ni makan . Seronok bila aku tengok anak-anak ni makan..maklumlah sebelum ni mereka tak dapat rasa makanan yang enak semasa di rumah, makan apa sahaja yang ada...memang bertuah anak-anak ni berbanding ketika zaman aku menjadi anak yatim satu ketika dulu.

14hb January 2008, aku, abie dan anak-anak Bait Al-Amin menghatar abang long Zulhilmi ke PESDC bagi permohonan kemasukan ke Pusat Pembangunan Usahawan Dan kemahiran Perak bagi Sijil Kemahiran Malaysia. Sementara menunggu keputusan SPM keluar, aku akan lengkapkan anak-anak ni kemahiran, aku tak nak melihat mereka membuang masa...bagi aku setiap detik dan saat buat mereka ianya amat berharga.Alhamdulillah kemasukan abg zul dibawah jagaan Rumah Anak-anak Yatim tidak dikenakan sebarang bayaran..syukur kepada mereka yang begitu perihatin kepada insan-insan seperti anak-anak di Bait Al-Amin ni. Apa yang aku harapkan agar abang zul dapat menjadi contoh kepada adik-adik yang lain...tengoklah bertapa semasa meninggalkan abang zul di Pusat Kemahiran Malaysia, semangat yang ditunjukkan anak-anak Bait Al-Amin dapat aku rasakan bila masing-masing mengharapkan agar abg zul dapat belajar rajin-rajin...satu hari nanti diaorang juga akan mengikut jejak langkah...syabas buat kalian anak-anak ku di Bait Al-Amin.

Sunday, January 13, 2008

Terima Kasih Sahabat Ku Prima Reka Konsultan


Pada 5hb Januari 2008 baru-baru ni Anak-anak Bait Al-amin menerima kunjungan Sahabat-sahabat aku dari Prima Reka Konsultan Ipoh. Terima kasih atas kunjungan kalian semua ke Teratak Bait Al-Amin. Sesungguhnya kunjungan kalian ke Bait Al-Amin sangat-sangat aku hargai.Bila nak diimbaskan kembali..memang terlalu banyak kenangan yang dipahatkan di Prima Reka terutama bersama kalian sahabat-sahabat aku...walaupun kita tidak berada satu bumbung lagi, namun kedatangan kalian untuk meraikan anak-anak Bait Al-Amin sebenarnya memberikan kekuatan semangat buat aku.
Terima kasih buat Ir. Razak yg turut serta bersama anak-anak, Buat kak Hairul, Abg Man dan Ju yang bersusah payah memasak untuk makan bersama anak-anak Bait Al-Amin...syukran Jazakallah.Banyak betul makanan pada hari
tu..Kiambang bertaut, Azma Zahid dan Azmi kalian juga macam aku, walaupun telah meninggalkan Prima Reka dengan alam pekerjaan yang baru, tapi sebenarnya kita satu keluarga.Kalau nak dihitung dan dicatatkan kenangan bersama kita semua semasa di Prima Reka memang sesungguhnya terlalu banyak..jerit payah kita semua lalui bersama. Aku rasa Najieb tentu faham apa yang aku maksudkan...dari bermulanya projek jalan kampung, meredah dari satu kampung ke satu kampung termasuklah perkampungan orang Asli semuanya secara tak langsung tanggungjawab kita untuk berbakti pada orang ramai....Tapi paling aku tak lupa perjalanan kita dengan Ford Ranger ke Kelantan satu ketika dulu..aku rasa kalian dapat bayangkan..manis sungguh saat-saat ketika itu.Sekarang aku bersama Anak-anak
Bait Al-Amin, mereka perlukan perhatian dan kasih sayang di sini. Kedatangan kalian ke Bait Al-Amin sebenarnya telah memberi sedikit sinar kebahagian buat mereka.Apa yang mampu aku ucapkan sekali lagi...terima kasih buat kalian Kak Hairul, Jama,Najieb,Ain,Zahid,Azmi dan semuanya di Prima Reka. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, jemput-jemputlah datang lagi ke sini....InsyaAllah bersua lagi.Terima kasih sekali lagi dari kami di Bait Al-Amin....Salamz.

Wednesday, January 09, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1429 H

Alhamdulillah...syukur kehadrat ilahi kerana diberi kekuatan untuk aku menitipkan bicara di blog ini. Agak lama benar kali ini aku tak berkesempatan untuk menceritakan sesuatu buat anak-anak Bait Al-Amin buat tatapan sahabat-sahabat yang sudi bertandang ke blog Bait Al-Amin.Rentetan selepas ibadah korban tempoh hari sehinggalah kini memang agak begitu sibuk sedikit dalam urusan anak-anak Bait Al-Amin. Selepas Ibadah korban tempoh hari pada hari raya korban yang ke tiga...aku dan anak-anak Bait Al-Amin dengan rombongan sebuah bas menghatar rombongan pengantin ke Bachok Kelantan bagi walimah Khairul Hazwan yang merupakan salah seorang anak yatim piatu..disana juga kami berkesempatan mengadakan kunjungan ziarah ke rumah anak-anak yatim kelantan...Balik dari Kelantan, persediaan persekolahan anak-anak Bait Al-Amin perlu aku persiapkan...sehinggalah bermulanya sesi persekolahan tahun 2008 segala-galanya perlu diberi perhatian. Dalam kesibukan menguruskan urusan persekolahan anak-anak ni, terlintas di hati aku bagaimana susahnya arwah ayah dan ibuku satu ketika dulu menyediakan segala-galanya urusan persekolahan untuk aku dan juga adik beradik ku yang lain.
Hari ini dalam sibuk-sibuk ibu-bapa memperkatakan tentang bayaran Yuran tambahan sekolah...memang aku akui ianya agak sedikit memberi bebanan bagi aku,namun...aku tak nak terlalu memikirkannya..yang pasti aku tak nak anak-anak Bait al-Amin merasa kecewa apabila ada pembayaran samada yuran sekolah atau buku belum diperjelaskan...Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah segala-galanya telah dapat diselesaikan. Cuma yang aku pinta daripada anak-anak ni tunaikanlah tanggungjawab dengan belajar bersungguh-sungguh...selain daripada itu apa yang kalian mahu, InsyaAllah akan ku cuba untuk mendapatkannya.
Hari ini 30 Zulhijjah 1428, hari terakhir dalam tahun Hijrah, seperti biasa seawal 5.00 pagi anak-anak ni dah bangun untuk kemasan diri, sebaik sahaja menunaikan solat subuh dan selesai bersarapan seawal 7.15 pagi anak-anak yang bersekolah menengah menghayunkan langkah menuju ke sekolah yang tidak berapa jauh dari asrama...namun anak-anak Bait Al-Amin yang masih bersekolah rendah pergi dan balik aku dan abie kena uruskan...termasuklah urusan sekolah agama rakyat mereka di sebelah petang...Alhamdulillah seawal jam 6.00 petang, anak-anak Bait Al-Amin baik putera atau pun puteri bersiap serba serbi untuk ke beramai-ramai ke Masjid berhampiran...."Ayah...kami semua nak sambut tahun baru.."bersilih ganti suara anak-anak ni memberi tahu aku dengan penuh semangat...Syukur Alhamdulillah, kalian memang mengambil tahu tentang kedatangan Tahun baru 1429 Hijrah yang baru saja kita sambut sebentar tadi....semoga kedatangan Tahun Baru Hijrah kali ini memberi sinar kebahagian buat kalian semua...yang pasti aku tidak pernah putus berdoa memohon kehadrat Ilahi agar kalian semua sentiasa diadalam rahmatnya...amin. Dikesempatan kali ini aku dan juga semua Anak-anak Yatim di Bait Al-Amin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429......Salammmm.