Monday, January 30, 2012

TAUTAN KASIH BERSAMA KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN







Alhamdulillah...Teratak Bait Al-Amin baru sahaja menerima tetamu pelajar-pelajar dari Kolej Islam Darul Ridzuan Kuala Kangsar. Berkampung selama 3 hari 2 malam...banyak pengisian yang aku rasa dapat diperolehi oleh anak-anak Bait Al-Amin.
Seikhlasnya....aku merasakan bertapa ada tautan kasih diantara anak-anak Bait Al-Amin dan juga abang2 dan kakak2 mereka yang hadir. Ikatan jalinan ukhwah dapat aku rasakan...ianya bukan sahaja diantara para pelajar dengan anak-anak Bait Al-Amin malah jalinan ikatan ukhwah bersama para penjaga Bait Al-Amin...Kehadiran Che Om selaku Setiausaha Bait Al-Amin menambahkan lagi ikatan ukhwah yang terjalin. Secara jujurnya...terima kasih yang tidak terhingga buat Ina dan Ayuni yang menyediakan masakan untuk dinikmati bersama dengan pelajar2 KISDAR...terpancar kepuasan setiap pelajar apabila menikmati juadah yang disediakan...
Yang pastinya ada air mata yang mengalir disaat perpisahan diantara pelajar2 Kisdar dan anak-anak Bait Al-Amin.Itulah sentuhan kasih namanya...apa yang aku harapkan agar jalinan ikatan ukhwah ini tidak akan terhenti setakat disini sahaja...InsyaAllah disatu masa ianya pasti dipertemukan kan lagi.
Buat semua mahasiswa dan mahasiswi Kolej Islam Darul Ridzuan...teruskan perjuangan kalian ...doa dari anak-anak Bait Al-Amin mengiringi perjalanan hidup kalian...Amin.

BAIT AL-AMIN KEMBALI

Alhamdulillah....syukur kehadratmu Ilahi, kerana memberi kekuatan untuk aku menitipkan sepatah dua bicara di coretan ini.Setelah sekian lama blog ini tidak dikemaskini...akhirnya dapat juga aku menyempurnakan serba sedikit sentuhan di blog ini.Kini hampir sebulan sudah Anak-anak Bait Al-Amin telahpun memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2012.Pelbagai macam kerenah yang terpaksa aku hadapi bagi memastikan perjalanan hidup anak-anak ini berjalan dengan sempurna...Alhamdulillah dengan bantuanmu Ya Allah...segalanya terlaksana.
Anak-anakku...InsyaAllah selagi nyawa ini bernafas selagi itulah amanah akan ayah tunaikan untuk mendidik kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. kalian adalah kekuatan untuk Ayah mengharungi kehidupan bersama-sama di Teratak ini. Bukan mudah untuk membuat kerja-kerja kebajikan ini wahai anak-anakku.....perasaan cemburu, dengki, khianat manusia yang tidak pernah dengan kesudahannya...Biarlah apa mereka hendak buat...Allah itu maha mengetahui segala-galanya.

Anak-anakku....pesan ayah, jagalah tutur bicaramu agar tidak dipersoalkan nanti disana..jangan kerana bicaramu yang mengikut emosi cuba merosakkan dan menjatuhkan rakan-rakan taulanmu.Dasyat sungguh permainan dunia ini wahai anak-anak ku...Alhamdulillah....Anak-anakku, biarlah kejahatan dan fitnah yang dilemparkan kepada kita sebagai hamba Allah yang kerdil ini ...pesan ayah jangan kita balas pula dengan sifat-sifat yang tercela...sebaliknya kita serahkan kehadrat Ilahi...sesungguhnya dialah yang layak dan paling sempurna untuk menentukan segalanya.

Anak-anaku....Alhamdulillah, Ayah bahagia bersama kalian..hampir sebulan kini kita lalui hari-hari dengan penuh keceriaan...segala-galanya kini penuh teratur dan tersusun rapi...terima kasih buat semua penjaga-penjaga kalian yang tak pernah mengenal erti penat lelah bagi memberi kebahagian buat kalian...tersenyum tatkala bila melihat kalian menjamah makanan dengan penuh terasa kenikmatan...Subhanallah...Sesungguhnya Ya Allah...engkaulah yang telah menentukan perjalanan kehidupan anak-anak di Teratak ini.......Amin Ya Allah.