Monday, April 12, 2010

GEMPAQ ASTRO DI BAIT AL-AMIN

Anak-anak Bait al-Amin & Tahfiz

Zahid & Zainal

Akma

Yazerr

Zainal Alam Kadir

Zahid

Edlin

Kenangan Beramai-ramai


Kunjungan Zainal Alam Kadir, Zahid, Yazer. Akma Dan Edlin dari Akademi Fantasia ke Teratak Bait Al-Amin semperna Gempaq Astro baru-baru ini. Sudah pastinya kehadiran mereka dinanti-nantikan oleh anak-anak ini.

Friday, March 19, 2010

ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN DI SUKYA KE VII 2010 -TERENGGANU

Kenangan Di Sek.Men.Teknik Wakaf Tembusu
Tempat Penginapan Kami Kontigen Dari Negeri Perak.


Kenangan Semasa Majlis Perasmian SUKYA 2010

Kenangan Semasa Majlis Pembukaan Sukya 2010

Anak-anak Putri Semasa Senamrobik

Tak Ketinggalan Anak-anak Putra Juga Turut Serta Dalam Senamrobik

Nurzawani Pertandingan Dam Terbuka Wanita

Pertandingan Karem Beregu Lelaki- Aizat Dan Shaiful

Pertandingan Karem Beregu Lelaki - Ridzuan Dan Aidil

Alahai...kelaparan Ikmal & Iskandar Menjamah apa yang ada

Putera Bait Al-Amin

Kemenangan Karem Beregu Lelaki Aizat Dan Shaiful

Sudah Pasti Kegembiraan Buat Kami Semua Anak-anak Bait Al-Amin

Kenagan Di Masjid Kristal

Kenangan Di Masjid Kristal Terengganu

Menikmati Keropok Lekor...Panas lagiii..

Tak Tahu Apa Yang Tengah Di Renungkannnn..

Lienda Dari Bait Al-Amin Diberi Penghormatan Untuk Mengibarkan Bendera Perak.

Tengah Rilekss...Sementara Menunggu Majlis Penutup

Sebahagian Puteri-puteri Bait Al-Amin

Sebahagian Putera-putera Bait Al-Amin

Kenangan Di Akhir Majlis Penutup Sukya 2010

Kenagan Bersama Presiden PEYATIM YM Dato' Dr. Hj Tengku Mahmud Bin Mansor

Shaiful Dan Aizat...Bintang Yang Memberi Kegembiraan Buat Bait Al-Amin


ALHAMDULILLAH.....segalanya telah selesai, terasa penat masih lagi belum hilang setelah berkampung selama 6 hari di Terengganu. Temasya Sukan Anak-anak Yatim Kebangsaan kali ke vii berlangsung di Terengganu bermula 14hb March hingga 18hb March 2010.
Alhamdulillah aku panjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana semuanya selamat semasa perjalanan pergi dan juga pulang dari Terengganu. Seramai 340 Orang Kontigen Perak yang terdiri daripada 12 rumah anak-anak yatim seluruh negeri Perak turut serta. Dari pihak Bait Al-Amin sendiri kami menghantar seramai 45 orang Kontigen. Pada temasya sukya kali ini anak-anak Bait Al-Amin mewakili Perak dalam Pertandingan Karem, Dam, Bola Tampar dan juga Olahraga. Alhamdulillah...Anak-anak Bait Al-Amin telah mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan Karem...tahniah buat Aizat dan juga Shaiful. Sepanjang berkampung di Terengganu banyak kenangan manis yang dicoretkan...yang paling penting kegembiraan buat anak-anak selama berada di sana. Sempatlah juga kami menjelajah sekitar Terengganu seperti Masjid Kristal, Pasar Payang, Tempat membuat keropok lekor, Pantai Batu Buruk dan beberapa tempat yang lain lagi. Terima kasih kepada Chef Z, Sahabat TLDM, SU Che Om, Abie, Staff Bait Al-Amin yang banyak membantu aku dalam menjayakan Temasya Sukya tersebut. Juga terima kasih buat Pak Usof...Pemandu Bas yang membawa kami ke lokasi-lokasi temasya sukya dengan tepat pada waktunya. InsyaAllah...mudah-mudahan Anak-anak Bait Al-Amin akan menjacapai kejayaan lagi pada Temasya Sukya yang akan datang di Wilayah Persekutuan pada tahun 2012.

SUKYA 2010 - TERENGGANU

Anak-anak Bait Al-Amin Selaku Kontigen Perak Di Sukya Terengganu


Sukya Terengganu Berlangsung pada 14hb March - 18hb March 2010. Pihak Bait Al-Amin akan uploadkan gambar-gambar sekitar temasya sukan Sukya sedikit masa lagi.
Untuk melihat gambar-gambar Anak-anak Bait Al-Amin semasa temasya tersebut para pengunjung boleh terus bertandang ke laman blog http://zkeretapi.blogspot.com


http://zkeretapi.blogspot.com




Friday, January 22, 2010

Anak-anak Bait Al-Amin--Tawaran Ke Sek.Men. Teknik Ipoh.

Norlienda Dan Norpisah

Bersama Teman-teman Untuk Kali Terakhir

Ridzuan Dan Mohd Azwan

Alhamdulillah...kupanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin limpah rahmat darinya dapat aku catatkan sebaris dua bicara kata. Kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana 4 orang anak-anak Bait Al-Amin yang menduduki peperiksaan PMR tahun lepas semuanya berjaya mendapat tawaran belajar ke Sek.Men.teknik Ipoh. Penat lelah selama hari ini sekurang-kurang memberi sinar buat anak-anak Bait Al-Amin. Pendaftaran pelajar akan dijalankan pada 25hb Januari 2010.Nampaknya teratak Bait Al-Amin akan kehilangan 4 orang lagi pelajar...biar apa pun, demi masa depan kalian...belajarlah bersungguh-sungguh...yang pasti dihadapan sana ada sinar yang begitu bercahaya menyuluh jalan kejayaan kalian nanti...amin.

Sunday, January 10, 2010

Sinar Baru Buat Anak-anak Bait Al-Amin

Doa Dibaca sebelum ke Sekolah

Memulakan sesi persekolan

Alhamdulillah...Ya Allah, sedar-tak sedar dah seminggu sesi persekolahan bermula.Terasa cepat benar masa berlalu. Manakan tidak mungkin kesibukan menguruskan anak-anak seharian saban waktu sedar-sedar dah sampai ke hari minggu.
Segala-galanya serba baru buat anak-anak Bait al-Amin...memulakan hari sesi persekolahan pada minggu lepas jelas kegembiraan kian terpancar buat anak-anak Bait al-Amin. Terima kasih yang tidak terhingga buat insan-insan diluar sana yang sudi menaja pakaian-pakaian baru sekolah buat anak-anak ini.Ku panjatkan doa kepada Allah untuk membalas segala kebaikan yang kalian hulurkan buat anak-anak ku di Teratak Bait Al-Amin.
Syukur juga aku panjatkan kehadrat Ilahi kerana memberi aku kekuatan seadaanya sehingga hari ini dalam menguruskan segala-galanya buat anak-anak Bait al-Amin. Memulakan sesi persekolahan baru-baru ini anak-anak Bait al-Amin hanya perlu memulakan langkah ke sekolah dengan lafaz Bismillah..kerana segala-galanya telah dipersiapkan. Cuti panjang baru-baru ni aku cuba menyediakan segala keperluan dan persiapan sebaik-baik mungkin termasuklah membeli buku persekolahan untuk anak-anak ini. Cuma yang perlu aku lakukan untuk minggu pertama ini untuk menjelaskan segala yuran persekolahan buat anak-anak ini di sekolah masing-masing. Hampir 50 orang anak-anak ni perlu dipersiapkan. Tapi alhamdulillah......segala-galanya berjalan lancar dengan keizinan dari Allah. Jangan di tanya berapa perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk perbelanjaan sesi persekolahan tahun ni...bagi mereka diluar sana yang mempunyai seorang atau dua anak yang bersekolah tentu dapat merasakan perbelanjaan yang telah dikeluarkan ..inikan pula anak-anak kami disini yang mencecah seramai hampir 50 pelajar.
Tapi seperti yang aku nyatakan tadi....syukur ke hadrat Ilahi diatas jalan mudah yang diberikan.
Buat anak-anak yang ku kasihi...Tugas kalian hanya belajar bersungguh-sungguh, segala-galanya ayah dan abie telah persiapkan. Berazamlah untuk menjadi seorang insan yang soleh dan solehah dalam mengharungi kehidupan di Teratak Bait Al-Amin.. yang seharusnya kalian tahu...Ayah, Ibu, Abie dan Umi tetap menyayangi kalian.

Saturday, January 02, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010 DARI KAMI ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN.
SEGALA BANTUAN YANG DIHULURKAN SELAMA INI HANYA ALLAH JUA YANG DAPAT MEMBALASNYA.
TERIMA KASIH DARI KAMI
SALAM
DARI ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN

Saturday, December 05, 2009

SAYANG ANAK-ANAKKU SAYANG..

Selepas Berkhatan...Fuhh Legaaaaaa...

Sebelum Berkhatan..Terasa Gementarnya

Adik Hezal(Dida)..Cepat lemah semangat, Selepas Berkhatan


Lembu Ditumbangkan sebelum dikorbankan

Sani dan Hazwan Mengangkat Daging Lembu

Hazwan, Sani, Kamarudin & Ridzuan..Fuhh Tiga Ekor lembu Tumbang

Anak-anak Bait Al-Amin Menggapai Impian

Bersama Ibu Angkat


Alhamdulillah...sedar tak sedar dah hampir dua minggu cuti persekolahan bermula. Lama juga aku tidak mengemaskini blog ini..kadang-kadang kesibukan yang datang tidak dijangka.Ketika catatan ini aku coretkan...Teratak Bait Al-Amin sunyi sepi dari hilai tawa, gelak gempita, tangis anak-anak kecil...terasa sunyi sangat, ini kerana ketika ini semua anak-anak bait Al-Amin telah kembali ke kampung halaman masing-masing.Cuti Panjang.....kebiasaannya kalau cuti panjang persekolahan aku dan abie akan menghantar anak-anak ini balik ke Kampung halaman masing ini kerana aku tidak mahu untuk putuskan hubungan kekeluargaan mereka bersama insan-insan yang tercinta. Ya..walaupun ayah telah tiada tapi mereka punyai ibu yang sedia menanti. Tapi yang tiada kedua ibu dan ayah...ibu saudaralah tempat mereka menumpang kasih..entah apa agaknya kalian buat ketika ini...jangan sekali-kali tinggalkan solat ya anak-anak ku...itu pesan ayah dan abie sewaktu menghantar kalian pulang tempohhari.
Alhamdulillah...sebelum kalian balik tempohhari, satu program menggapai impian di UTP telah diadakan. Syukurlah kalian mendapat beg dan juga pakaian sekolah. Begitu juga korban baru-baru ni...kita tidak merancang kali ni untuk buat ibadah korban di Teratak Bait Al-Amin, sebab ayah nak bagi peluang untuk kalian meyambut hari raya korban di kampung masing-masing. Namun disaat akhir ada hamba Allah menyerahkan seekor lembu untuk dikorbankan di Teratak Bait Al-Amin..Alhamdulillah...rezeki kalian. Kita tunaikan juga dengan bantuan Ayah Om, Cikgu Ramlan dan anak-anak yang berdekatan terpaksa balik seketika di Teratak. Keesokannya juga kita dijemput oleh Kelab Keledang Ipoh untuk bersama-sama melakukan ibadah korban di Ipoh.Tiga ekor lembu tumbang...sebahagiannya rezeki kalian anak-anak ku...syukur Alhamdulillah.
Hezal (Dida), Adam, Rossi dan Mizi...dah pun dewasa. Berkesempatan cuti baru-baru ni empat orang anak-anak Bait Al-Amin berkhatan. Terima kasih banyak2 kat Dr. Ismail yang sudi mengkhatan anak-anak Bait Al-Amin tanpa mengenakan sebarang bayaran pun. Walau pun diberi Dr. Ismail enggan mengambilnya. Katanya itu sumbangan sbg seorang Dr. buat anak-anak Bait Al-Amin...Terima kasih Dr. Ismail. Anak-anak yang lain OK...cuma Hezal..dia seorang anak yang agak penakut sebenarnya....tapi Alhamdulillah, segalanya telah selesai.Nanti bila kembali ke Asrama nanti dah boleh solat kat bahagian saf hadapan.
Selamat bercuti Anak-anak ku...