Alhamdulillah...kupanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin limpah rahmat darinya dapat aku catatkan sebaris dua bicara kata. Kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana 4 orang anak-anak Bait Al-Amin yang menduduki peperiksaan PMR tahun lepas semuanya berjaya mendapat tawaran belajar ke Sek.Men.teknik Ipoh. Penat lelah selama hari ini sekurang-kurang memberi sinar buat anak-anak Bait Al-Amin. Pendaftaran pelajar akan dijalankan pada 25hb Januari 2010.Nampaknya teratak Bait Al-Amin akan kehilangan 4 orang lagi pelajar...biar apa pun, demi masa depan kalian...belajarlah bersungguh-sungguh...yang pasti dihadapan sana ada sinar yang begitu bercahaya menyuluh jalan kejayaan kalian nanti...amin.
Friday, January 22, 2010
Sunday, January 10, 2010
Sinar Baru Buat Anak-anak Bait Al-Amin
Memulakan sesi persekolan
Alhamdulillah...Ya Allah, sedar-tak sedar dah seminggu sesi persekolahan bermula.Terasa cepat benar masa berlalu. Manakan tidak mungkin kesibukan menguruskan anak-anak seharian saban waktu sedar-sedar dah sampai ke hari minggu.
Segala-galanya serba baru buat anak-anak Bait al-Amin...memulakan hari sesi persekolahan pada minggu lepas jelas kegembiraan kian terpancar buat anak-anak Bait al-Amin. Terima kasih yang tidak terhingga buat insan-insan diluar sana yang sudi menaja pakaian-pakaian baru sekolah buat anak-anak ini.Ku panjatkan doa kepada Allah untuk membalas segala kebaikan yang kalian hulurkan buat anak-anak ku di Teratak Bait Al-Amin.
Syukur juga aku panjatkan kehadrat Ilahi kerana memberi aku kekuatan seadaanya sehingga hari ini dalam menguruskan segala-galanya buat anak-anak Bait al-Amin. Memulakan sesi persekolahan baru-baru ini anak-anak Bait al-Amin hanya perlu memulakan langkah ke sekolah dengan lafaz Bismillah..kerana segala-galanya telah dipersiapkan. Cuti panjang baru-baru ni aku cuba menyediakan segala keperluan dan persiapan sebaik-baik mungkin termasuklah membeli buku persekolahan untuk anak-anak ini. Cuma yang perlu aku lakukan untuk minggu pertama ini untuk menjelaskan segala yuran persekolahan buat anak-anak ini di sekolah masing-masing. Hampir 50 orang anak-anak ni perlu dipersiapkan. Tapi alhamdulillah......segala-galanya berjalan lancar dengan keizinan dari Allah. Jangan di tanya berapa perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk perbelanjaan sesi persekolahan tahun ni...bagi mereka diluar sana yang mempunyai seorang atau dua anak yang bersekolah tentu dapat merasakan perbelanjaan yang telah dikeluarkan ..inikan pula anak-anak kami disini yang mencecah seramai hampir 50 pelajar.
Tapi seperti yang aku nyatakan tadi....syukur ke hadrat Ilahi diatas jalan mudah yang diberikan.
Buat anak-anak yang ku kasihi...Tugas kalian hanya belajar bersungguh-sungguh, segala-galanya ayah dan abie telah persiapkan. Berazamlah untuk menjadi seorang insan yang soleh dan solehah dalam mengharungi kehidupan di Teratak Bait Al-Amin.. yang seharusnya kalian tahu...Ayah, Ibu, Abie dan Umi tetap menyayangi kalian.
Saturday, January 02, 2010
SELAMAT TAHUN BARU 2010
SEGALA BANTUAN YANG DIHULURKAN SELAMA INI HANYA ALLAH JUA YANG DAPAT MEMBALASNYA.
TERIMA KASIH DARI KAMI
SALAM
DARI ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN
Saturday, December 05, 2009
SAYANG ANAK-ANAKKU SAYANG..
Alhamdulillah...sedar tak sedar dah hampir dua minggu cuti persekolahan bermula. Lama juga aku tidak mengemaskini blog ini..kadang-kadang kesibukan yang datang tidak dijangka.Ketika catatan ini aku coretkan...Teratak Bait Al-Amin sunyi sepi dari hilai tawa, gelak gempita, tangis anak-anak kecil...terasa sunyi sangat, ini kerana ketika ini semua anak-anak bait Al-Amin telah kembali ke kampung halaman masing-masing.Cuti Panjang.....kebiasaannya kalau cuti panjang persekolahan aku dan abie akan menghantar anak-anak ini balik ke Kampung halaman masing ini kerana aku tidak mahu untuk putuskan hubungan kekeluargaan mereka bersama insan-insan yang tercinta. Ya..walaupun ayah telah tiada tapi mereka punyai ibu yang sedia menanti. Tapi yang tiada kedua ibu dan ayah...ibu saudaralah tempat mereka menumpang kasih..entah apa agaknya kalian buat ketika ini...jangan sekali-kali tinggalkan solat ya anak-anak ku...itu pesan ayah dan abie sewaktu menghantar kalian pulang tempohhari.
Alhamdulillah...sebelum kalian balik tempohhari, satu program menggapai impian di UTP telah diadakan. Syukurlah kalian mendapat beg dan juga pakaian sekolah. Begitu juga korban baru-baru ni...kita tidak merancang kali ni untuk buat ibadah korban di Teratak Bait Al-Amin, sebab ayah nak bagi peluang untuk kalian meyambut hari raya korban di kampung masing-masing. Namun disaat akhir ada hamba Allah menyerahkan seekor lembu untuk dikorbankan di Teratak Bait Al-Amin..Alhamdulillah...rezeki kalian. Kita tunaikan juga dengan bantuan Ayah Om, Cikgu Ramlan dan anak-anak yang berdekatan terpaksa balik seketika di Teratak. Keesokannya juga kita dijemput oleh Kelab Keledang Ipoh untuk bersama-sama melakukan ibadah korban di Ipoh.Tiga ekor lembu tumbang...sebahagiannya rezeki kalian anak-anak ku...syukur Alhamdulillah.
Hezal (Dida), Adam, Rossi dan Mizi...dah pun dewasa. Berkesempatan cuti baru-baru ni empat orang anak-anak Bait Al-Amin berkhatan. Terima kasih banyak2 kat Dr. Ismail yang sudi mengkhatan anak-anak Bait Al-Amin tanpa mengenakan sebarang bayaran pun. Walau pun diberi Dr. Ismail enggan mengambilnya. Katanya itu sumbangan sbg seorang Dr. buat anak-anak Bait Al-Amin...Terima kasih Dr. Ismail. Anak-anak yang lain OK...cuma Hezal..dia seorang anak yang agak penakut sebenarnya....tapi Alhamdulillah, segalanya telah selesai.Nanti bila kembali ke Asrama nanti dah boleh solat kat bahagian saf hadapan.
Selamat bercuti Anak-anak ku...
Monday, November 02, 2009
PROGRAM TAUTAN KASIH
Salam Perpisahan...InsyaAllah jumpa lagi
Alhamdulillah..satu program Tautan Kasih dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Perak Tengah, Jabtan Bomba Parit dan Juga Kelab Doktor Muda Sek. Keb. Seri Iskandar telah pun diadakan baru-baru ini di Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin.Diantara Program yang dijalankan adalah Gotong Royong, Pameran Kesihatan dan juga Demontrasi Menggunakan Alat pemadam kebakaran.Disamping menjalinkan ikatan silaturrahim banyak manafaat yang boleh diambil dari program tersebut...Kami di Bait Al-Amin mengucapkan berbanyak-banyak ucapan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Daerah Perak Tengah, Jabatan Bomba Parit dan juga Kelab Doktor Muda Sek. Keb. Seri Iskandar. InsyaAllah mudah-mudahan program sedemikian akan dijalankan lagi pada masa akan datang...InsyaAllah.
Sunday, November 01, 2009
KUNJUNGAN ZIARAH SEK.MEN.KEB.LUBUK CHINA MELAKA KE TERATAK BAIT AL-AMIN
Alhamdulillah...baru-baru ini teratak Bait Al-Amin merasa bertuah kerana menerima rombongan guru-guru dan para pelajar dari Sek.Men. keb. Lubuk Cina Melaka. Ikatan ukhwah terbina dan terus terjalin diantara para pelajar SMK.Lubuk Cina Melaka dan juga Anak-anak Bait Al-Amin. Selama 2hari 1 malam pelajar tersebut berkampung di Teratak Bait Al-Amin. Terima kasih kepada Cikgu Bahaman dan juga semua rombongan yang hadir pada hari tersebut.Yang pastinya banyak kenangan yang dikutip walaupun cuma seketika sahaja bertandang...InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi.
PROGRAM TUNAS CEMERLANG
Baru-baru ni satu program yang diberi nama Tunas Cemerlang telah dijalankan oleh Pelajar-pelajar UTP dan juga Anak-anak Bait Al-Amin. Salah satu pengisian dalam program tersebut adalah "Lawatan sambil belajar". Dalam lawatan tersebut kesemua anak-anak Bait Al-Amin bersama dengan hampir 30 orang Pelajar UTP turut serta. Lawatan tersebut selama 2hari satu malam iaitu lawatan sekitar tempat-tempat di Bandaraya Kuala Lumpur seperti CyberSecurity Malaysia, Zoo Negara, KLCC dan juga Petrosains.
Subscribe to:
Posts (Atom)
