8hb~09hb Mei 2010 - Program Jalinan Ukhwah anjuran Rakan Masjid Imam As-Syafie Universiti Utara Malaysia telah berlangsung di Teratak Bait Al-Amin baru-baru ni. Kunjungan mahasiswa-mahasiswi dari UUM tersebut selama 2hari 1 malam sangat bermakna buat anak-anak Bait Al-Amin. Walaupun masa yang agak singkat namun banyak kenangan yang telah dicoretkan oleh anak-anak Bait al-Amin bersama abang-abang dan kakak-kakak dari UUM dari hari pertama hinggalah pelajar2 UUM meninggalkan Teratak Bait Al-Amin...InsyaAllah, kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang,..mai-mai la jenguk kami lagi.....
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN WARGA MISKIN,(BAIT AL-AMIN) LOT.8627, JALAN HAJI WAHAB,KG.TENGAH, 32800 PARIT, PERAK D'RIDZUAN. TEL/FAX: 05-377 3717 HP:017-4013738/013-4386966 Email: bait_alamin@yahoo.com Facebook : Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin ATAU Bait Al-Amin No.Pendaftaran: 1731-05-4 No. Akta Pusat Jagaan:A/PJBKK 041/2011
Thursday, May 13, 2010
PROGRAM JALINAN UKHWAH RAKAN MASJID IMAM AS-SYAFIE UUM
8hb~09hb Mei 2010 - Program Jalinan Ukhwah anjuran Rakan Masjid Imam As-Syafie Universiti Utara Malaysia telah berlangsung di Teratak Bait Al-Amin baru-baru ni. Kunjungan mahasiswa-mahasiswi dari UUM tersebut selama 2hari 1 malam sangat bermakna buat anak-anak Bait Al-Amin. Walaupun masa yang agak singkat namun banyak kenangan yang telah dicoretkan oleh anak-anak Bait al-Amin bersama abang-abang dan kakak-kakak dari UUM dari hari pertama hinggalah pelajar2 UUM meninggalkan Teratak Bait Al-Amin...InsyaAllah, kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang,..mai-mai la jenguk kami lagi.....
AKTIVITI ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN BERSAMA MASYARAKAT
Dah Takda Rumput Lagi Dahhh....Habis Kena Cabuttt.
Alhamdulillah....suasana di Teratak Bait Al-Amin boleh dikatakan saban minggu ada sahaja program-program yang dijalankan. Terima kasih yang tak terhingga pada pihak komuniti-komuniti yang sudi hadir bagi menjalankan program bersama anak-anak Bait Al-Amin.
Terima kasih Semua....dari kami di Bait Al-Amin.
Tuesday, May 11, 2010
Thursday, April 22, 2010
BERBUDI KEPADA TANAH - 1
Berbudi kepada tanah....adakalanya masa lapang anak-anak Bait Al-amin dihujung minggu diisi dengan bercucuk tanam di kebun. Seronok apabila melihat hasil yang dimakan hasil dari usaha anak-anak ini sendiri. Ketika ini bermacam-macam sayuran yang ditanam...diantaranya petola, kacang panjang, kacang tanah, bendi, peria, mentimun, cili dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan jagung juga turut di tanam. Disamping itu juga sebuah kolam untuk ternakan ikan juga turut dibuat di kebun tersebut....Alhamdulillah semuanya rezeki kurniaan dari Allah....aminnn
Monday, April 12, 2010
SEMURNI KASIH - SEJIWA MURNI
Menggambarkan tiga orang anak-anak Bait Al-Amin yang berebut-rebut untuk mendapatkan perhatian dari seorang abang. Ada yang nak dukung dan ada juga yang menarik abang tersebut...Namun kasihnya seorang abang buat anak-anak tersebut dituruti sahaja.
Semurni kasih sejiwa murni...kasih sayang yang dicurahkan seorang abang buat anak-anak tersebut.....yang pastinya kegembiraan dan kebahagiaan buat anak-anak tersebut.
Semurni kasih sejiwa murni...kasih sayang yang dicurahkan seorang abang buat anak-anak tersebut.....yang pastinya kegembiraan dan kebahagiaan buat anak-anak tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)