Thursday, April 22, 2010

BERBUDI KEPADA TANAH - 1









Berbudi kepada tanah....adakalanya masa lapang anak-anak Bait Al-amin dihujung minggu diisi dengan bercucuk tanam di kebun. Seronok apabila melihat hasil yang dimakan hasil dari usaha anak-anak ini sendiri. Ketika ini bermacam-macam sayuran yang ditanam...diantaranya petola, kacang panjang, kacang tanah, bendi, peria, mentimun, cili dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan jagung juga turut di tanam. Disamping itu juga sebuah kolam untuk ternakan ikan juga turut dibuat di kebun tersebut....Alhamdulillah semuanya rezeki kurniaan dari Allah....aminnn

Monday, April 12, 2010

SEMURNI KASIH - SEJIWA MURNI

Entah macammana dalam banyak-banyak gambar yang sedang aku kemaskini...terpandang satu candid gambar yang agak menarik perhatian aku. Entah siapa yang mengambilnya aku pun tak tahu...tahu-tahu sudah ada dalam lensa kamera.
Menggambarkan tiga orang anak-anak Bait Al-Amin yang berebut-rebut untuk mendapatkan perhatian dari seorang abang. Ada yang nak dukung dan ada juga yang menarik abang tersebut...Namun kasihnya seorang abang buat anak-anak tersebut dituruti sahaja.

Semurni kasih sejiwa murni...kasih sayang yang dicurahkan seorang abang buat anak-anak tersebut.....yang pastinya kegembiraan dan kebahagiaan buat anak-anak tersebut.

UITM & KPM DI BAIT AL-AMIN


Program Bersama Pelajar-pelajar Dari Kolej Profesional Mara Seri Iskandar


Program Anak-anak Bait Al-Amin Bersama Pelajar-pelajar Unit Kediaman Luar Kampus
UITM Seri Iskandar

GEMPAQ ASTRO DI BAIT AL-AMIN

Anak-anak Bait al-Amin & Tahfiz

Zahid & Zainal

Akma

Yazerr

Zainal Alam Kadir

Zahid

Edlin

Kenangan Beramai-ramai


Kunjungan Zainal Alam Kadir, Zahid, Yazer. Akma Dan Edlin dari Akademi Fantasia ke Teratak Bait Al-Amin semperna Gempaq Astro baru-baru ini. Sudah pastinya kehadiran mereka dinanti-nantikan oleh anak-anak ini.

Friday, March 19, 2010

ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN DI SUKYA KE VII 2010 -TERENGGANU

Kenangan Di Sek.Men.Teknik Wakaf Tembusu
Tempat Penginapan Kami Kontigen Dari Negeri Perak.


Kenangan Semasa Majlis Perasmian SUKYA 2010

Kenangan Semasa Majlis Pembukaan Sukya 2010

Anak-anak Putri Semasa Senamrobik

Tak Ketinggalan Anak-anak Putra Juga Turut Serta Dalam Senamrobik

Nurzawani Pertandingan Dam Terbuka Wanita

Pertandingan Karem Beregu Lelaki- Aizat Dan Shaiful

Pertandingan Karem Beregu Lelaki - Ridzuan Dan Aidil

Alahai...kelaparan Ikmal & Iskandar Menjamah apa yang ada

Putera Bait Al-Amin

Kemenangan Karem Beregu Lelaki Aizat Dan Shaiful

Sudah Pasti Kegembiraan Buat Kami Semua Anak-anak Bait Al-Amin

Kenagan Di Masjid Kristal

Kenangan Di Masjid Kristal Terengganu

Menikmati Keropok Lekor...Panas lagiii..

Tak Tahu Apa Yang Tengah Di Renungkannnn..

Lienda Dari Bait Al-Amin Diberi Penghormatan Untuk Mengibarkan Bendera Perak.

Tengah Rilekss...Sementara Menunggu Majlis Penutup

Sebahagian Puteri-puteri Bait Al-Amin

Sebahagian Putera-putera Bait Al-Amin

Kenangan Di Akhir Majlis Penutup Sukya 2010

Kenagan Bersama Presiden PEYATIM YM Dato' Dr. Hj Tengku Mahmud Bin Mansor

Shaiful Dan Aizat...Bintang Yang Memberi Kegembiraan Buat Bait Al-Amin


ALHAMDULILLAH.....segalanya telah selesai, terasa penat masih lagi belum hilang setelah berkampung selama 6 hari di Terengganu. Temasya Sukan Anak-anak Yatim Kebangsaan kali ke vii berlangsung di Terengganu bermula 14hb March hingga 18hb March 2010.
Alhamdulillah aku panjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana semuanya selamat semasa perjalanan pergi dan juga pulang dari Terengganu. Seramai 340 Orang Kontigen Perak yang terdiri daripada 12 rumah anak-anak yatim seluruh negeri Perak turut serta. Dari pihak Bait Al-Amin sendiri kami menghantar seramai 45 orang Kontigen. Pada temasya sukya kali ini anak-anak Bait Al-Amin mewakili Perak dalam Pertandingan Karem, Dam, Bola Tampar dan juga Olahraga. Alhamdulillah...Anak-anak Bait Al-Amin telah mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan Karem...tahniah buat Aizat dan juga Shaiful. Sepanjang berkampung di Terengganu banyak kenangan manis yang dicoretkan...yang paling penting kegembiraan buat anak-anak selama berada di sana. Sempatlah juga kami menjelajah sekitar Terengganu seperti Masjid Kristal, Pasar Payang, Tempat membuat keropok lekor, Pantai Batu Buruk dan beberapa tempat yang lain lagi. Terima kasih kepada Chef Z, Sahabat TLDM, SU Che Om, Abie, Staff Bait Al-Amin yang banyak membantu aku dalam menjayakan Temasya Sukya tersebut. Juga terima kasih buat Pak Usof...Pemandu Bas yang membawa kami ke lokasi-lokasi temasya sukya dengan tepat pada waktunya. InsyaAllah...mudah-mudahan Anak-anak Bait Al-Amin akan menjacapai kejayaan lagi pada Temasya Sukya yang akan datang di Wilayah Persekutuan pada tahun 2012.

SUKYA 2010 - TERENGGANU

Anak-anak Bait Al-Amin Selaku Kontigen Perak Di Sukya Terengganu


Sukya Terengganu Berlangsung pada 14hb March - 18hb March 2010. Pihak Bait Al-Amin akan uploadkan gambar-gambar sekitar temasya sukan Sukya sedikit masa lagi.
Untuk melihat gambar-gambar Anak-anak Bait Al-Amin semasa temasya tersebut para pengunjung boleh terus bertandang ke laman blog http://zkeretapi.blogspot.com


http://zkeretapi.blogspot.com




Friday, January 22, 2010

Anak-anak Bait Al-Amin--Tawaran Ke Sek.Men. Teknik Ipoh.

Norlienda Dan Norpisah

Bersama Teman-teman Untuk Kali Terakhir

Ridzuan Dan Mohd Azwan

Alhamdulillah...kupanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin limpah rahmat darinya dapat aku catatkan sebaris dua bicara kata. Kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana 4 orang anak-anak Bait Al-Amin yang menduduki peperiksaan PMR tahun lepas semuanya berjaya mendapat tawaran belajar ke Sek.Men.teknik Ipoh. Penat lelah selama hari ini sekurang-kurang memberi sinar buat anak-anak Bait Al-Amin. Pendaftaran pelajar akan dijalankan pada 25hb Januari 2010.Nampaknya teratak Bait Al-Amin akan kehilangan 4 orang lagi pelajar...biar apa pun, demi masa depan kalian...belajarlah bersungguh-sungguh...yang pasti dihadapan sana ada sinar yang begitu bercahaya menyuluh jalan kejayaan kalian nanti...amin.