Thursday, May 20, 2010

SELAMAT HARI JADI ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN






SELAMAT HARI ULANG TAHUN BUAT ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN..MOGA MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH.

Thursday, May 13, 2010

PROGRAM JALINAN UKHWAH RAKAN MASJID IMAM AS-SYAFIE UUM










8hb~09hb Mei 2010 - Program Jalinan Ukhwah anjuran Rakan Masjid Imam As-Syafie Universiti Utara Malaysia telah berlangsung di Teratak Bait Al-Amin baru-baru ni. Kunjungan mahasiswa-mahasiswi dari UUM tersebut selama 2hari 1 malam sangat bermakna buat anak-anak Bait Al-Amin. Walaupun masa yang agak singkat namun banyak kenangan yang telah dicoretkan oleh anak-anak Bait al-Amin bersama abang-abang dan kakak-kakak dari UUM dari hari pertama hinggalah pelajar2 UUM meninggalkan Teratak Bait Al-Amin...InsyaAllah, kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang,..mai-mai la jenguk kami lagi.....

AKTIVITI ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN BERSAMA MASYARAKAT

Anggota Bomba Membersihkan Kawasan Hadapan Asrama


Sebahagian Dari Anggota Bomba Membersihkan Kawasan Asrama

Kunjungan Sebahagian Pelajar2 Kolej Profesional Mara Seri Iskandar

Bersama Pelajar-pelajar Kolej Profesional Mara Seri Iskandar

Lawatan Ukhwah Dari Pelajar2 Sek.Men. Sultan Muzaffar Shah Lambor Kanan

Acara Sukaneka Bersama Pelajar2 SMSMS Lambor Kanan

Gotong Royong Bersama Depot Senggara Armada TLDM

Dah Takda Rumput Lagi Dahhh....Habis Kena Cabuttt.


Alhamdulillah....suasana di Teratak Bait Al-Amin boleh dikatakan saban minggu ada sahaja program-program yang dijalankan. Terima kasih yang tak terhingga pada pihak komuniti-komuniti yang sudi hadir bagi menjalankan program bersama anak-anak Bait Al-Amin.
Terima kasih Semua....dari kami di Bait Al-Amin.

Tuesday, May 11, 2010

BERBUDI KEPADA TANAH - 2








ALHAMDULILLAH....REZEKI YANG ALLAH KURNIAKAN BUAT ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN BILA KITA BERBUDI KEPADA TANAH.

Thursday, April 22, 2010

BERBUDI KEPADA TANAH - 1









Berbudi kepada tanah....adakalanya masa lapang anak-anak Bait Al-amin dihujung minggu diisi dengan bercucuk tanam di kebun. Seronok apabila melihat hasil yang dimakan hasil dari usaha anak-anak ini sendiri. Ketika ini bermacam-macam sayuran yang ditanam...diantaranya petola, kacang panjang, kacang tanah, bendi, peria, mentimun, cili dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan jagung juga turut di tanam. Disamping itu juga sebuah kolam untuk ternakan ikan juga turut dibuat di kebun tersebut....Alhamdulillah semuanya rezeki kurniaan dari Allah....aminnn

Monday, April 12, 2010

SEMURNI KASIH - SEJIWA MURNI

Entah macammana dalam banyak-banyak gambar yang sedang aku kemaskini...terpandang satu candid gambar yang agak menarik perhatian aku. Entah siapa yang mengambilnya aku pun tak tahu...tahu-tahu sudah ada dalam lensa kamera.
Menggambarkan tiga orang anak-anak Bait Al-Amin yang berebut-rebut untuk mendapatkan perhatian dari seorang abang. Ada yang nak dukung dan ada juga yang menarik abang tersebut...Namun kasihnya seorang abang buat anak-anak tersebut dituruti sahaja.

Semurni kasih sejiwa murni...kasih sayang yang dicurahkan seorang abang buat anak-anak tersebut.....yang pastinya kegembiraan dan kebahagiaan buat anak-anak tersebut.

UITM & KPM DI BAIT AL-AMIN


Program Bersama Pelajar-pelajar Dari Kolej Profesional Mara Seri Iskandar


Program Anak-anak Bait Al-Amin Bersama Pelajar-pelajar Unit Kediaman Luar Kampus
UITM Seri Iskandar