Monday, January 07, 2013

JUALAN WAKAF BAIT AL-AMIN RM30/1 KAKI PERSEGI






Alhamdulillah...Semoga Allah memberikan kekuatan untuk aku menitipkan bicara-bicara diblog ini yang agak lama juga aku tinggalkan. Alhamdulillah rentetan dari kehidupan anak-anak Bait Al-Amin yang baru sahaja disiarkan dalam " Potret Bersamamu TV3" pada 2hb Januari 2013 baru-baru ini terlalu banyak maklumbalas yang aku terima..melalui sms,email,facebook...Alhamdulillah....terima kasih diatas keperihatinan masyarakat2 diluar sana. Sebelum untuk aku membicarakan tentang jualan wakaf pembangunan...terlebih dahulu aku ingin membicarakan terlalu banyak yang memohon untuk masuk di Teratak Bait Al-Amin.Rentetan dari kisah Mohd.Jafri Bin Abas yang telah tercicir dari alam persekolahan selama 3 tahun...namun ia bangkit dengan azam dan telah membuktikan kepada aku untuk berjaya dalam SPM yang dia hadapi. Ramai diluar sana yg menghubungi aku untuk memasukkan anak2 mereka yang tercicir dalam persekolahan disamping itu juga banyak permohonan yang aku terima dari anak2 yatim dan juga warga miskin....Termenung sekejap aku....Ya Allah, seboleh-bolehnya aku ingin membantu mereka2 diluar sana yang saat2 memerlukan pertolongan...tapi apakan daya penempatan di Teratak Bait Al-Amin tidak lagi mampu untuk menampung kemasukan penghuni2 baru. Tempat kami tidaklah sebesar mana...namun Alhamdulillah agak selesa dari 8 tahun yang lepas ...bolehlah tempat anak2 ini berteduh dari panas dan hujan. Baru2 ini aku menerima kunjungan dari seorang Ibu tunggal jauh dari Pulau Pinang berhasrat untuk memasukkan 2 orang anaknya ke Teratak Kami. Bila aku tatap wajah anaknya yang kecil yang masih sekolah rendah...ada sinar mengharapkan agar aku menerimanya sebagai penghuni di Bait Al-Amin...Ya Allah....berilah aku kekuatan untuk membantu mereka...belum lagi termasuk mereka2 yg diluar sana yang menghubungi aku atas maksud yang sama...
Rentetan dari perjalanan hidup tersebut...pihak kami di Teratak Bait Al-Amin telah melancarkan baru2 ini jualan wakaf pembangunan bagi membina satu blok 3 tingkat Asrama anak2 yatim. Apabila melihat gambar2 diatas merupakan satu blok bangunan 2 tingkat...tetapi apabila aku memikirkan kawasan di Teratak Bait Al-Amin ini yang begitu terhad..lantas pihak kami putuskan untuk membina bangunan tersebut tiga tingkat diamana tingkat 3 bangunan tersebut akan menempat dorm asrama yang mana ia boleh menampung pengambilan penghuni2 yang baru nanti....Disamping itu juga blok tersebut mengandungi Dewan Makan, Bilik Warden, Dewan Serbaguna, Surau Bait Al-Amin, Makmal dan juga Perpustakaan. Sesungguhnya aku sangat2 berharap agar ianya dapat direalisasikan secepat mungkin bagi kemudahan dan keselesaan anak2 Bait Al-Amin dan juga peluang yang sepatutnya diberikan kepada penghuni2 baru yang memohon. Ya Allah...sesungguhnya aku benar2 mengharapkan pertolonganmu...Amin Ya Allah.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut...pihak kami telah melancarkan JUALAN WAKAF dengan hanya RM30.00 bagi 1 Kaki Persegi. Hanya RM30.00 para dermawan boleh menginfaqkan wakaf tersebut untuk Anak2 Yatim Bait Al-Amin...Hanya RM30.00 itulah saham kita disana nanti....Sudah pasti setiap sen yang dihulurkan untuk wakaf tersebut..pastinya kedua2 belah tangan anak2 ini menadah tangan memanjatkan doa untuk para dermawan.

Bagi mereka yang diluar sana yang berjahat untuk membeli jualan wakaf tersebut bolehlah datang terus ke Teratak Bait Al-Amin. Bagi mereka yang ingin menyalurkan melalui Akaun Bank bolehlah berbuat demikian melalui akaun bank2 seperti dibawah:

1. Bank Islam Berhad   - No.Akaun : 08-013-01-005612-4
2. AmIslamic Bank       - No.Akauan : 111-202-200217-0
3. CIMB Bank Islamic  -No.Akaun : 0807-0000189-100

Atas Nama " Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Dan Warga Miskin Parit"

4. Maybank Islamic - No. Akaun : 558172102222 Atas Nama  " Bait Al Amin Enterprise"

Setiap sumbangan wakaf yang dihulurkan, pihak tuan boleh menghubungi pihak kami  untuk kami kemukakan Resit Rasmi dan juga Sijil Wakaf.

Sebarang pertanyaan bolehlah terus berhubung dengan pihak kami di talian seperti dibawah:

1. En. Rozelan Bin Zamzuri - Pengerusi  . HP: 017-4013738 @ 013-4386966
2. En. Om Bin Abdullah Sidek - Setiausaha  - HP: 016-5322387
3. En. Rafidi Bin Othman - Bendahari - HP: 013-9197462
4. En. Azwan Bin Mutaza - Pentadbiran - HP: 017-5957480
5. Pejabat Bait Al-Amin : 05-377 3717

PERHATIAN:
PIHAK KAMI TIDAK PERNAH MELANTIK MANA-MANA INDIVIDU ATAU BERKUMPULAN UNTUK MENDAPATKAN DANA BAGI PIHAK KAMI.PIHAK KAMI JUGA TIDAK PERNAH MEMBERI KEBENARAN MANA-MANA PELAJAR KAMI UNTUK MENGUTIP DERMA BAGI PIHAK KAMI. SEKIRANYA ANDA DIDATANGI INDIVIDU BERTUJUAN MENGUTIP DANA ATAU MENGAKU KAKITANGAN BAIT AL-AMIN  ITU HANYA SATU PENIPUAN. SEBARANG URUSAN SUMBANGAN DANA ATAU WAKAF BOLEH RUJUK NAMA2 SEPERTI DIATAS SAHAJA...TERIMA KASIH.

Alhamdulillah...semoga setiap sumbangan yang dihulurkan akan mendapat keredhaan dari Allah S.W.T...
Amin...amin Ya Allah.



No comments: