Monday, December 10, 2007

Kalian Juga Boleh Wahai Anak-anak ku...

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Ilahi, sesungguhnya dapat juga aku menyiapkan Galeri Album anak-anak Bait Al-Amin.Sedikit sebanyak perjalanan hidup anak-anak yatim dan warga miskin semasa menumpang teduh dari panas dan hujan di Bait Al-Amin.Kesedihan yang mereka lalui selama ini..pasti aku juga turut merasainya, namun kegembiraan buat diri mereka pasti aku juga akan turut merasai kegembiraannya. Bila satu persatu gambar yang aku cuba upload di Galeri Album Bait Al-Amin mengiringi memori yang aku rasa sangat berharga dan cukup indah bersama anak-anak tersebut.Ketika tangan aku mencoretkan sesuatu di blog ini...pasti mereka sedang bergembira menghabiskan sisa-sisa cuti akhir persekolahan.InsyAllah semperna hari raya korban nanti, semuanya akan berkumpul semula di Teratak Bait Al-Amin kerana tanggal pada masa tersebut kita sama-sama akan melakukan ibadah korban di Bait Al-Amin. InsyaAllah juga aku dan anak-anak Bait Al-Amin akan bertolak ke Kelantan dengan sebuah bas pada hari raya haji yang ke tiga bagi meraikan walimah perkahwinan Khairul Hazwan Bin Hashim yang mana beliau juga merupakan salah seorang anak yatim piatu. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah ...Aku cukup merasa puas, bila melihat beliau berjaya ke menara gading dan kini akan membina hidup baru bagi dirinya...tidak ada apa-apa yang aku pinta pembalasan darinya cukuplah beliau dapat membawa dirinya menjadi manusia yang amat berguna...yang pasti perjalanan hidupnya masih terlalu jauh untuk diharungi.....buat anak-anak ku di Bait Al-Amin kalian juga boleh...aku pastiiii.
Galeri Album Bait Al-Amin:--> http://picasaweb.google.com/baitalamin

1 comment:

~* Raudhotuz Zahra *~ said...

salam..

hajat hati teringin sangat mahu menulis sesuatu berkait dengan isu anak-anak yatim ni.
sebenarnya, kehilangan kasih ibu, ayah atau kedua-duanya, bukanlah penyebab utama untuk menghalang sesiapa saja mencipta kejayaan dan menjadi cemerlang. hidup kita sebagai manusia, sememanganya penuh dengan cabaran dan dugaan. kesusahan hidup mengajar kita erti menghargai nikmat kehdupan apabila senang kelak, insyaAllah.