Wednesday, January 14, 2009

Abang Zul Di Kolej Komuniti

Abg Zul Duduk Di Tengah-tengah

13hb Januari 2009..Alhamdulillah hari ini aku menghantar Abg Zul mendaftarkan diri sambung pengajian di Kolej Komuniti Teluk Intan Cawangan Manjung.Syukurlah...seawal pagi lagi aku menghantar Abg Zul ke Kolej Komuniti..uruskan segala pendaftaran beliau.Abg Zul ambil kursus pengajian Senibina salah satu cabang dlm bidang Kejuruteraan Awam. InsyaAllah banyak peluang pekerjaan menanti dihadapan apabila tamat pengajian nanti...atau pun mungkin satu hari nanti abang zul akan mengambil alih tempat aku didalam bidang kejuruteraan yang aku lalui ketika ini...Aku harap anak-anak Bait Al-Amin yang lain akan mengikuti jejak langkah Abg Zul untuk menyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi lagi...sesungguhnya ilmu itu adalah harta yang paling berharga buat anak-anak Bait Al-Amin bila melangkah keluar nanti....Ayah cuma tumpang gembira bila kalian berjaya nanti.

No comments: