Saturday, January 17, 2009

BERSAMA PROGRAM PETRONITA DI UTP

Bergambar Dihadapan Dewan Canselor UTP


Aspuri Bersama Dengan Hadiah Yang Diperolehi

Aspura Bersama dengan Hadiah yang diperolehi

17hb Januari 2008 Seawal jam 7.00 pagi Anak-anak Bait Al-Amin telah berkumpul dihadapan Asrama menanti Bas yang akan membawa mereka ke UTP bagi program sukaneka bersama PETRONITA. Program tersebut adalah program kebajikan yang dianjurkan oleh petronita dalam usaha merapatkan lagi ikatan ukhwah bersama anak-anak Yatim. Turut serta dalam program tersebut selain daripada Anak-anak Bait Al-Amin ialah Anak-anak Yatim dari Darhikmah Gopeng.

Wednesday, January 14, 2009

Abang Zul Di Kolej Komuniti

Abg Zul Duduk Di Tengah-tengah

13hb Januari 2009..Alhamdulillah hari ini aku menghantar Abg Zul mendaftarkan diri sambung pengajian di Kolej Komuniti Teluk Intan Cawangan Manjung.Syukurlah...seawal pagi lagi aku menghantar Abg Zul ke Kolej Komuniti..uruskan segala pendaftaran beliau.Abg Zul ambil kursus pengajian Senibina salah satu cabang dlm bidang Kejuruteraan Awam. InsyaAllah banyak peluang pekerjaan menanti dihadapan apabila tamat pengajian nanti...atau pun mungkin satu hari nanti abang zul akan mengambil alih tempat aku didalam bidang kejuruteraan yang aku lalui ketika ini...Aku harap anak-anak Bait Al-Amin yang lain akan mengikuti jejak langkah Abg Zul untuk menyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi lagi...sesungguhnya ilmu itu adalah harta yang paling berharga buat anak-anak Bait Al-Amin bila melangkah keluar nanti....Ayah cuma tumpang gembira bila kalian berjaya nanti.

Friday, January 09, 2009

ALAM PERSEKOLAHAN BERMULA BUAT ANAK-ANAKI BAIT AL-AMIN

Berbaris sebelum pergi ke sekolah, serba-serbi dengan pakaian baru.


Sebahagian Pelajar Puteri Bait Al-Amin



Dah Tak Sabar nak pergi ke Sekolah


Doa dibaca sebelum melangkah kaki pergi ke Sekolah

Alhamdulillah...minggu ni anak-anak Bait Al-Amin memulakan sessi persekolahan tahun 2009, kelihatan semuanya nampak ceria dan seronok terutama adik hezal(Dida), Diya, Najihah dan Adam yang memulakan sessi persekolahan Tahun 1. Harapan dari Ayah, Ibu, Abie & Umie agar kalian semua belajar bersungguh-sungguh...kalian semua tetap kami sayangi.



Sebahagian Pelajar Aspura Jamuan Makan Tengahhari

Sebahagian Pelajar Aspuri Jamuan Makan tengahhari


Semperna kedatangan Tahun Baru 1430 Hijrah baru-baru ni, Anak-anak Bait Al-Amin mengadakan kenduri kesyukuran bersama kariah yang berhampiran. Semoga kedatangan tahun baru Hijrah kali ni membawa sinar kebahagian buat Anak-anak Bait Al-Amin.