Saturday, November 20, 2010

PROGRAM CAHAYA KASIH BERSAMA MAYBANK CAW.BATU GAJAH













20hb November 2010..Program "Cahaya Kasih" Kakitangan Maybank Cawangan Batu Gajah diketuai Pengurus Cawangan En. Mohd. Noor mengadakan program sosial bersama penghuni Anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Berbagai aturcara yang disusun bermula dengan senaman pagi, tarian poco-poco, berbagai sukaneka dan juga tayangan video. Alhamdulillah...program tersebut adalah merupakan program terakhir atau pun program penutup untuk tahun 2010 bagi anak-anak Yatim Bait al-Amin sebelum semuanya pulang ke kampung halaman masing-masing semperna cuti sekolah yang telah tiba. Sekalung penghargaan terima kasih buat semua kakitangan Maybank Cawangan Batu Gajah atas kesudian hadir meraikan anak-anak kami disini....Terima kasih kerana belanja anak-anak kami makan KFC hari ni...InsyaAllah panjang umur jumpa lagi.

HARI RAYA KORBAN DI BAIT AL-AMIN










Sebahagian daripada aktiviti korban yang telah dijalankan di Teratak Bait al-Amin Semperna Hari raya Aidiladaha 1431 Hijrah. Sebanyak 2 ekor lembu dan 1 ekor kambing telah dikorbankan pada hari tersebut. Turut membantu anggota2 DSA TLDM Lumut dan masyarakat setempat....Alhamdulillah.

Monday, November 15, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1431 HIJRAH



Alhamdulillah bersua lagi....Ya Allah, kali ni betul-betul dah lama aku tak mencoretkan sesuatu di blog ini.Bukannya tak ada cerita yang hendak dicoretkan...namun masa yang begitu terbatas waktunya...kesibukan urusan seharian aku bersama anak-anak Bait al-amin...lantas tak terasa masa begitu pantas berlalu.Sedar-sedar dah nak menghampiri penghujung tahun...maka bermulalah alam keseronokan anak-anak Bait Al-Amin. Ketika coretan ini dicoretkan anak-anak Bait Al-Amin sedang dalam persiapan menyambut ketibaan Aidiladha yang akan menjelang satu dua hari lagi...InsyaAllah untuk tahun ini dua ekor lembu dan seekor kambing akan dikorbankan...Alhamdulillah..InsyaAllah kami juga akan dibantu oleh tenaga sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia....Terima kasih banyak2.
Bersemperna Kedatangan Aidiladha Tahun Ini
Kami Tenaga Pentadbir Dan Anak-anak Yatim/Miskin Bait Al-Amin Ingin Mengambil Kesempatan Untuk Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Buat Semua Muslimin Dan Muslimat Terutama Mereka-mereka Yang Telah Banyak Membantu Kami Selama Ini.

"SALAM AIDILADHA 1431 HIJRAH"