Saturday, November 20, 2010

PROGRAM CAHAYA KASIH BERSAMA MAYBANK CAW.BATU GAJAH













20hb November 2010..Program "Cahaya Kasih" Kakitangan Maybank Cawangan Batu Gajah diketuai Pengurus Cawangan En. Mohd. Noor mengadakan program sosial bersama penghuni Anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Berbagai aturcara yang disusun bermula dengan senaman pagi, tarian poco-poco, berbagai sukaneka dan juga tayangan video. Alhamdulillah...program tersebut adalah merupakan program terakhir atau pun program penutup untuk tahun 2010 bagi anak-anak Yatim Bait al-Amin sebelum semuanya pulang ke kampung halaman masing-masing semperna cuti sekolah yang telah tiba. Sekalung penghargaan terima kasih buat semua kakitangan Maybank Cawangan Batu Gajah atas kesudian hadir meraikan anak-anak kami disini....Terima kasih kerana belanja anak-anak kami makan KFC hari ni...InsyaAllah panjang umur jumpa lagi.

No comments: