





Alhamdulillah...Rezeki dari Allah buat anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Baru-baru ini aku menerima panggilan telefon dari syarikat Uniliver untuk menerima sumbangan berbetuk "Tea Lipton 3 In 1" dan juga serbuk pencuci pakaian..Aku menerimanya dengan penuh kesyukuran.Sekurang-kurangnya kenikmatan yang dikurniakan dapat dirasai oleh anak-anak.Untuk mengambil produk tersebut di Syarikat Uniliver di Batu Cave Selangor Rafidi dan Azwan terpaksa pergi untuk menguruskannya..sementara aku menguruskan utk urusan persekolahan anak-anak.Subhanallah...punyalah banyak produk yang dibawa balik...terkejut juga aku. Alhamdulillah...lantas aku rasa rezeki yang lebih ini kami panjangkan kepada rumah-rumah kebajikan yang berhampiran...syukur rezeki dari Allah dapat kami kongsi bersama... Alhamdulillah.