Sunday, February 05, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 H









Alhamdulillah...ku panjatkan syukur kehadratmu Ilahi.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Sesungguhnya ya Rasulullah aku terlalu amat merinduimu...pengorbanan yang telah dikau curahkan buat Agama Islam yang tercinta tiada tolok bandingngannya...Ya Rasulullullah sesungguhnya dirimu jua terlalui amat mengasihi anak-anak Yatim.
Hari ini 12 Rabiulawal...Alhamdulillah, semperna sambutan maulidur rasul kali ini, anak-anak Bait Al-Amin tidak ketinggalan menerima jemputan bagi meraikan sejarah kelahiran Rasulullah. Semalam 11 Rabiulawal, anak-anak Bait Al-Amin menerima jemputan daripada Khariah Masjid SiPutih bagi menyemarakkan sambutan maulidur Rasul di Masjid tersebut. Sayangnya aku tak dapat hadir bersama anak-anak pada hari tersebut kerana terlibat dalam satu taklimat bersama Kelab Bakti Keledang di Ipoh..walaubagaimanapun aku mewakilkan kepada Rafidi dan Azwan bagi tujuan majlis tersebut.
Hari Ini...Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Perak yang diadakan di Perkarangan Masjid Pekan Parit. Turut mencemar Majlis Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan Permaisuri Perak,Raja Muda Dr. Nazrin dan Raja Puan Muda, Raja Dihilir Perak serta Raja Puan Mahani. Alhamdulillah...hari ini aku membawa kesemua anak-anak Bait Al-Amin ke majlis tersebut..sekurang-kurangnya mereka tahu Majlis pada hari ini adalah tanda kasihnya kita pada ya Rasulullah....Mudah-mudahan selawat dan salam dari Anak-anak Bait Al-Amin pada majlis tadi...mendekatkan diri dengan Rasulullah yang tercinta...Amin.

No comments: