Thursday, October 15, 2009

KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDILFITRI DI BAIT AL-AMIN


Sebahagian Tetamu Jemputan

Sebahagian Tetamu Yang Hadir


YM Raja Khalid B. Raja Ahmad
Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak
Para Tetamu Sedang Mengambil Juadah

Far East- Makan dulu lepas tu baru boleh nyanyi

Sebahagian tetamu yang hadir

Sebahagian Lagi Tetamu Sedang Mengambil Makanan

Makan...jangan tak makan

Sebahagian Tetamu Yang Hadir

Kunjungan Diterima walaupun malam menjelma

Far East turut menyampaikan lagu-lagu

Sambil makan sambil dengar Far East menyanyi

Alhamdulillah...sahabat-sahabat dari Mesir dan Iraq juga turut hadir

Suasana selepas selesai sepenuhnya majlis Aidilfitri

Sesudah Majlis Selesai.....---> Meriah sangat---> Pengsan kejap

ALHAMDULILLAH..apa lagi yang boleh aku ungkapan, segala-galanya sudah selesai. Majlis Sambutan Aidilfitri di Teratak Bait Al-Amin baru-baru ni cukup meriah. Kunjungan para jemputan bertali arus bermula jam 2.00 ptg lagi sehinggalah malam. Biarpun kalau mengikut jadual majlis hambil pada jam 6.30 ptg...namun selepas waktu tersebut Teratak Bait Al-Amin masih dikunjungi para tetamu.Tak tergambar rasanya kemeriahan pada hari tersebut. Walaupun agak begitu penat...tetapi semuanya itu hilang bila melihat anak-anak Bait Al-Amin begitu gembira sekali.
Anak-anak ku Di Bait Al-Amin...lihatlah bertapa ramai masyarakat di luar sana yang menyayangi kalian. Kalian benar-benar bertuah...walaupun tanpa ibu mahupun ayah yang telah pergi buat selamanya..namun kalian tetap disayangi. Masyarakat datang dari dekat mahu pun jauh bertali arus berkunjung ke Teratak Bait Al-Amin sesungguhnya membawa rezeki buat kalian.
Buat Semua tetamu yang hadir, Buat sahabat-sahabat Jauh dan Dekat .....Terima kasih dari kami semua di Teratak Bait Al-Amin. InsyaAllah ikatan ukhwah dan jalinan kasih sesama kita akan terus berkekalan.....

P.S:-->InsyaAllah tahun hadapan Kak Hasanah boleh datang bersama keluarga

GALAS TUGAS JAGA ADIK

GALAS TUGAS JAGA ADIK
(Petikan Harian Metro 12hb Oktober 2009)
Norpisah Manan (Tiga Dari Kiri) Bersama Sepupu Dan Adik-adiknya

PARIT: “Saya akan cuba menjadi `ibu dan bapa’ terbaik kepada adik-adik kerana ia adalah tanggungjawab saya selepas kematian kedua-dua ibu bapa kami akibat penyakit paru-paru dan buah pinggang,” kata Norpisah Manan, 15.Lebih memeritkan apabila pemergiaan kedua-dua orang tuanya itu berlaku berturut-turut dalam tempoh dua tahun lalu, pada hal ketika itu dia sebagai anak sulung masih belum benar-benar bersedia untuk mengambil alih tugas serta tanggungjawab menjaga adik-adik.“Pada awalnya, saya menerima tamparan yang hebat dan hampir tidak boleh terima kenyataan kerana kehilangan orang terpenting dalam hidup, namun lama kelamaan, saya reda dan belajar terima sedikit demi sedikit.“Bukan mudah mahu menggalas tanggungjawab ini, namun saya bernasib baik kerana ditempatkan di rumah ini bersama rakan-rakan yang senasib,” katanya ketika ditemui pada program lawatan dan Majlis Hari Raya bersama anak yatim anjuran Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Kebudayaan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), di Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin, Kampung Tengah,Parit Perak di sini semalam.
Seramai 50 penghuni di rumah kebajikan itu diraikan pada acara tahunan kelab berkenaan yang antara lain bertujuan memupuk dan berkongsi kasih sayang selain memberi sokongan moral kepada anak-anak yatim supaya tidak berasa terpinggir dan terabai.

Wednesday, October 07, 2009

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BAIT AL-AMIN

JEMPUTAN
SAMBUTAN AIDILFITRI
RUMAH TERBUKA BAIT AL-AMIN


JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
BERSAMA
ANAK-ANAK YATIM / MISKIN BAIT AL-AMIN
TARIKH
11HB OKTOBER 2009
HARI
A H A D
MASA
2.30 PM - 6.30 PM
TEMPAT
TERATAK RUMAH ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN
PARIT, PERAK
JEMPUTAN KHAS
KUMPULAN NASYID FAR EAST
SEMOGA KEHADIRAN SDR/SDR AKAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI TERSEBUT.

DARIPADA

ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN

Tuesday, July 07, 2009

WEBSITE BARU BAIT AL-AMIN




Salam Buat Semua Para Pelawat Ke Teratak Bait Al-Amin, Alhamdulillah Saya Memanjatkan Syukur Ke Hadrat Ilahi Masih Lagi Diberi Kekuatan Untuk Menitipkan Bicara Di Laman Teratak Ini.

Alhamdulillah...Kini Dengan Rasminya Bait Al-Amin Telah Mempunyai Website Sendiri Iaitu http://www.bait-alamin.com/

Segala Titipan Bicara Dari Teratak Bait Al-Amin Nanti InsyaAllah Akan Menyusul Melalui Website Terbaru Bait Al-Amin. Pihak Bait Al-Amin Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Yang Tak Terhingga Kepada Webmaster Yang Bersusah Payah Membantu Membangunkan Website Tersebut Iaitu DR.HASANAH BINTI ABD.KHAFIDZ .

Para Pengunjung Juga Boleh Berkunjung Ke Teratak Dr.Hasanah di http://www.drhasanah.com/

Banyak Catatan Ilmu Yang Boleh Kita Perolehi Di Sana.

Saya Masih Lagi Dalam Proses Pembelajaran Untuk Mempelajari Bagi Membangunkan Website Tersebut.Maklumlah Saya Ni Bukan Orang IT...Pertolongan Dr. Hasanah Sangat-sangat Diperlukan.


"SELAMAT BERTANDANG KE WEBSITE BAIT AL-AMIN"



Saturday, July 04, 2009

JUALAN WAKAF PEMBANGUNAN ASRAMA BAIT AL-AMIN




JUALAN WAKAF PEMBANGUNAN ASRAMA BAIT AL-AMIN
1 KAKI PERSEGI = RM 30.00
Sumbangan Anda Amatlah Di Perlukan
Sumbangan Boleh Disalurkan melaui Akaun Bank
Bank Islam Malaysia : No.Akaun : 08013010056124
Maybank Islamic: No.Akaun : 558172102222
Baru-baru ini pihak Bait Al-Amin telah melancarkan Wakaf Tabung Pembangunan Asrama Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Pada majlis tersebut pihak Bait Al-Amin telah melancarkan jualan wakaf pembangunan asrama meliputi bangunan 2 tingkat.
Jualan wakaf tersebut adalah RM30.00 bagi 1 kaki persegi. Pada ketika ini kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan. Bangunan asal telah diruntuhkan memandangkan keadaan yang agak uzur. Besarlah harapan kami agar sekiranya ada yang berhajat untuk membeli jualan wakaf tersebut bolehlah berhubung terus dengan pihak kami di talian 05-3773717 / hp: 017-4013738 @ o13-5074905 atau melalui akaun bank seperti di atas.
Sumbangan Yang Dihulurkan Sangat-sangat Kami Hargainya.

KUNJUNGAN ZIARAH SMKAB & SMKCL KE TERATAK BAIT AL-AMIN


SEBAHAGIAN PELAJAR-PELAJAR DARI SMK CHANGKAT LADA KG.GAJAH



SEBAHAGIAN PELAJAR-PELAJAR DARI SMK. ABDULLAH MUNSHI PULAU PINANG.


Baru-baru ni pihak Bait Al-Amin menerima kunjungan lawatan khidmat masyarakat dari SMK. Abdullah Munshi Pulau Pinang Dan juga dari SMK. Changkat Lada, Kg. gajah Perak.
Bagi Pihak Bait Al-Amin, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih, walaupun ianya sesingkat cuma, namun bersar ertinya bagi anak-anak Bait al-Amin.
Mudah-mudahan kita berjumpa lagi dimasa hadapan..InsyaAllah.

Thursday, June 25, 2009

JEMPUTAN DARI BAI AL-AMIN

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN WAKAF TABUNG PEMBANGUNAN ASRAMA RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN
PADA
27HB JUN 2009 / 04 REJAB 1430 H
JAM
2.30 PETANG
TEMPAT
RUMAH ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN
"SEMOGA KEHADIRAN SDR/SDRI AKAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KAMI"
TERIMA KASIH
DARIPADA
ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN