Thursday, July 17, 2008

SALAM UKHWAH BTP BIKERS-BLUES & KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (KUIS)

Alhamdulillah...bisa aku meneruskan lagi catatan blog Bait Al-Amin buat teman-teman diluar sana yang sudi bertandang ke Teratak Bait al-Amin.Walaupun dalam kesibukan waktu yang begitu terhad aku cuba juga coretkan di blog ini cerita suka duka, tawa gembira buat anak-anak di Bait Al-Amin.
Alhamdulillah tanggal 12hb Julai 2008 baru-baru ni, Teratak Usang Bait Al-Amin menerima kunjungan ziarah salam ukwah dari sebahagian BTP BIKERS-BLUES (Kelab Bermotosikal Besar) kalau tak silap dari Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor. Kunjungan tersebut hanya kunjungan salam ukhwah sebelum kunjungan sebenar yang dijangkakan pada 9hb Ogos 2008. Melihat kedatangan motor besar sahaja, anak-anak Bait Al-Amin dah teruja..sesungguhnya pihak Bait Al-Amin sangat berbesar hati dan sangat gembira di atas kunjungan tersebut.


Salah seorang ahli BTP Biker-Blues memangku tanda kasih kepada salah seorang anak Bait Al-Amin.. Seperti dirasakan anak ini ayahnya sendiri yang memangku dirinya, walaupun hakikatnya ayah anak ini telah kembali kerahmatullah dan takkan kembali lagi. Dengan sentuhan kasih ini setidak-tidaknya terubat rindu buat anak-anak ini.



Pada hari tersebut juga anak-anak Bait Al-Amin juga dikunjungi beberapa orang pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kedatangan pelajar-pelajar tersebut dalam kerjasama sebagai sukaralewan menganjurkan slot Tahsin Solat buat anak-anak di Bait Al-Amin. Alhamdulillah...walaupun seketika, namun ianya memberi manafaat yang amat berguna buat anak-anak Bait Al-Amin.Insyaallah..pihak Bait Al-Amin mengalu-ngalukan lagi kedatangan pelajar-pelajar dari KUIS.

Monday, July 07, 2008

PENGAJIAN ABG LONG DI POLY-TECH MARA



Alhamdulillah...sesungguhnya dapat lagi aku menitipkan bicara diblog ini yang adakalanya terhenti beberapa kali sebelum ini. Sebenarnya banyak yang ingin aku paparkan di blog ini, namun kesibukan harian memaksa aku tidak dapat menitipkan sesuatu di blog ini.
Segala-galanya yang aku lakukan buat Anak-anak Bait Al-Amin..pasti apa yang aku harapkan kegembiraan buat anak-anak di sini.Biarpun siang berganti malam...malam berganti siang..namun kehidupan kita di Teratak usang Bait Al-Amin pasti diteruskan.
05hb Julai 2008...bermulanya Sessi pengajian dan pendaftaran Abang Long yang diterima masuk untuk memulakan pengajian di Kolej Poly-Tech Mara Ipoh dalam Program Diploma In Multimedia. Seawal pagi lagi aku dan beberapa anak-anak Bait Al-Amin menghantar Abg Long (Abg Zul) ke Kolej bagi urusan pendaftaran pelajar..entah kenapa tiba-tiba aku terkenang semula ketika satu masa dulu tatkala aku mendaftarkan diri di IPTA. Abang Long bertuah, walaupun ibu tak dapat menghantar Abg Long ke Kolej..tapi Abg Long masih ada aku selaku ayah kepada anak-anak Bait al-Amin dan juga adik-adik yang menghantar Abg Long ke Kolej..tapi aku segala-galanya terpaksa lakukan sendiri kerana kesusahan kehidupan satu ketika dulu setelah ayah pergi buat selama-lamanya menemui ilahi.Menjejakkan kaki aku di Sm.Teknik Pulau Pinang hanya ketua kampung yang menghantar...pendaftaran aku di IPTA terpaksa aku lakukan sendiri...namun Abg Long cukup bertuah.
Tapi cukup bertuahnya pelajar-pelajar yang lain yang turut mendaftar bersama Abg Long , kerana masing-masing ditemani ibu dan ayah...
Alhamdulillah...segala urusan pendaftaran telah selesai. Abg Long menginap di Asrama yang disediakan oleh pihak Kolej.Kini bermulalah alam baru Abang Long di Kolej IPT..
Sebelum melangkah meninggalkan pergi...sempat aku memberi kata-kata perangsang buat Abang Long. Peluang datang hanya sekali..gunakan sebaik-baik mungkin...Belajar bersungguh-sungguh kerana sesungguhnya Ilmu itu adalah harta yang paling berharga..Pesanan terakhir sebelum meninggalkan Abg Long dan kawan-kawan baru...JANGAN TINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU..itulah tiang agama yang harus dijaga.
Abang Long...
Semua Anak-anak Bait Al-Amin mendoakan Abg Long berjaya didalam mengharungi kehidupan di alam pengajian...Semoga Berjaya.