Monday, July 07, 2008

PENGAJIAN ABG LONG DI POLY-TECH MARA



Alhamdulillah...sesungguhnya dapat lagi aku menitipkan bicara diblog ini yang adakalanya terhenti beberapa kali sebelum ini. Sebenarnya banyak yang ingin aku paparkan di blog ini, namun kesibukan harian memaksa aku tidak dapat menitipkan sesuatu di blog ini.
Segala-galanya yang aku lakukan buat Anak-anak Bait Al-Amin..pasti apa yang aku harapkan kegembiraan buat anak-anak di sini.Biarpun siang berganti malam...malam berganti siang..namun kehidupan kita di Teratak usang Bait Al-Amin pasti diteruskan.
05hb Julai 2008...bermulanya Sessi pengajian dan pendaftaran Abang Long yang diterima masuk untuk memulakan pengajian di Kolej Poly-Tech Mara Ipoh dalam Program Diploma In Multimedia. Seawal pagi lagi aku dan beberapa anak-anak Bait Al-Amin menghantar Abg Long (Abg Zul) ke Kolej bagi urusan pendaftaran pelajar..entah kenapa tiba-tiba aku terkenang semula ketika satu masa dulu tatkala aku mendaftarkan diri di IPTA. Abang Long bertuah, walaupun ibu tak dapat menghantar Abg Long ke Kolej..tapi Abg Long masih ada aku selaku ayah kepada anak-anak Bait al-Amin dan juga adik-adik yang menghantar Abg Long ke Kolej..tapi aku segala-galanya terpaksa lakukan sendiri kerana kesusahan kehidupan satu ketika dulu setelah ayah pergi buat selama-lamanya menemui ilahi.Menjejakkan kaki aku di Sm.Teknik Pulau Pinang hanya ketua kampung yang menghantar...pendaftaran aku di IPTA terpaksa aku lakukan sendiri...namun Abg Long cukup bertuah.
Tapi cukup bertuahnya pelajar-pelajar yang lain yang turut mendaftar bersama Abg Long , kerana masing-masing ditemani ibu dan ayah...
Alhamdulillah...segala urusan pendaftaran telah selesai. Abg Long menginap di Asrama yang disediakan oleh pihak Kolej.Kini bermulalah alam baru Abang Long di Kolej IPT..
Sebelum melangkah meninggalkan pergi...sempat aku memberi kata-kata perangsang buat Abang Long. Peluang datang hanya sekali..gunakan sebaik-baik mungkin...Belajar bersungguh-sungguh kerana sesungguhnya Ilmu itu adalah harta yang paling berharga..Pesanan terakhir sebelum meninggalkan Abg Long dan kawan-kawan baru...JANGAN TINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU..itulah tiang agama yang harus dijaga.
Abang Long...
Semua Anak-anak Bait Al-Amin mendoakan Abg Long berjaya didalam mengharungi kehidupan di alam pengajian...Semoga Berjaya.

1 comment:

Teduhan Azzahra said...

Tahniah Abg Long! moga2 dapat mencapai cita2 nya...amin....