SANTAI BBQ BERSAMA KENCANA-HL SDN.BND. KG. ACHEH SETIAWAN
Suasana Malam Santai BBQ...Cukup Meriah
Alhamdulillah kembali lagi, Pejam celik-pejam celik...cepat benar masa berlalu. Terasa begitu pantas sekali. Dah lebih sebulan aku tidak mengemaskini blog Bait Al-Amin. Bukan tak ada cerita nak dipaparkan, malah banyak cerita sepatutnya dipaparkan disini...namun disebabkan kesuntukan waktu..terpaksa ianya ditangguhkan sementara. Kesibukan menguruskan 50 oarang anak-anak Bait Al-Amin dengan hanya 5 orang penjaga almaklum sahajalah, seawal jam 5.00 pagi sampailah jam 1 atau 2 pagi ada sahaja perkara yang perlu diselesaikan...namun alah tegal lagi biasa.
Alhamdulillah baru-baru ni Teratak Bait Al-Amin dikunjungi kakitangan-kakitangan dari Syarikat KENCANA -HL SDN.BHD, kg. Acheh Setiawan. Kunjungan mereka untuk bersama anak-anak Bait Al-Amin dalam majlis santai BBQ di Teratak Bait Al-Amin. Ya Allah...murah benar rezeki anak-anak ni. Bukan setakat Ayam Bakar, malah ikan Bakar, Udang, Makanan-makanan Laut, Jagung Bakar, Bubur, Nasi Goreng Kampung, Bihun Goreng dan banyak lagi juadah yang disediakan. Sudah pasti anak-anaklah orang yang paling gembira.
Bagi pihak Bait Al-Amin, terima kasih yang tidak terhingga dari kami buat Semua kakitangan Kencana -HL Sdn. Bhd. Kg. Acheh Setiawan yang sudi memeriahkan malam santai BBQ bersama Anak-anak Bait Al-Amin. Sekalung penghargaan Tahniah buat Cik Syuhada Bt. Abd. Manaf selaku koordinator yang bersusah payah menjayakan program tersebut...InsyaAllah kalau ada masa jemputlah bertandang lagi.
No comments:
Post a Comment