Wednesday, May 27, 2009

ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN DI HUJUNG MINGGU




Aktiviti Di Hujung Minggu....kebiasaannya banyak program yang dijalankan di Teratak Bait Al-Amin biasanya dibuat samada hari Sabtu dan Ahad. Seandainya tiada program di Bait Al-Amin..anak-anak ini akan menghabiskan masa bersantai beramai-ramai di Tanah Kebun yang berhampiran dengan Rumah Anak-anak Bait Al-Amin. Alhamdulillah, tanah kebun tersebut telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah kepada Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Setidak-tidaknya masa yang terluang digunakan untuk berbakti kepada tanah....InsyaAllah, sekarang ni Anak-anak Bait Al-Amin sedang sibuk menanam pelbagai jenis pokok tanaman dan sayur-sayuran di kebun tersebut...ada juga yang mencari peluang memancing ikan di taliair berhampiran kebub tersebut....seronok sangat.



Seawal Pagi dihujung minggu sebelum ke ke kebun, anak-anak Bait Al-Amin biasanya akan mengikut ayah dan abie ke Pantai Remis untuk mengambil ikan-ikan yang baru sahaja diturunkan dari kapal-kapal nelayan. Segar-segar ikan yang kami perolehi. Habis sahaja bekalan ikan basah di asrama barulah kami pergi ke Pantai Remis. Kebiasaanya dalam masa seminggu atau dua minggu.

ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN

Bergambar Dihadapan Masjid Paloh Ipoh

Sedang Membuat Catatan Bahan-bahan Bersejarah

Minggu lepas aku membawa anak-anak Bait Al-Amin meredah Bandaraya Ipoh untuk mencari Bangunan-bangunan bersejarah bagi tujuan Kerja Kusus untuk Matapelajaran Sejarah. Sebenarnya banyak bangunan-bangunan bersejarah di Bandaraya Ipoh termasuklah Bangunan KTM, Dewan Bandaraya, Mahkamah Ipoh, Masjid-masjid dll.
Bagi aku...Tugasan kerja kusus tersebut amat penting bagi tujuan pemarkahan subjek Sejarah untuk PMR. Sebagai ayah, aku akan cuba pastikan anak-anak ini membuat tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin.



Muzaimi & Iswandi, dua pelajar Bait Al-Amin yang kini sedang berada di kursus PKLN dan juga SM. Teknik Tanah Merah Kelantan. Muzaimi menjalani kursus PKLN di Kem Suria Sungkai...InsyaAllah beberapa hari lagi tamatlah kursus tersebut. Mudahan-mudahan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat bila keluar nanti. Manakala Iswandi pula kini sedang melanjutkan pelajaran di Sek. Men.Teknik Tanah Merah Kelantan.Alhamdulillah...biar sejauh mana sekalipun asalkan ada kemahuan untuk belajar aku pasti akan menghantarnya. Bagi aku harta yang sebenar-benarnya adalah Ilmu yang dicari selama ini.

UPSI-UNIT KEDIAMAN LUAR KAMPUS DI BAIT AL-AMIN

Bersama Mahasiswa UPSI

Bersama Mahasiswi UPSI

Salam Tanda Ingatan Kasih Buat Anak-anak Bait Al-Amin

Masih belum terlambat pihak Bait Al-Amin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan pelajar-pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim ke Teratak Bait Al-Amin baru-baru ni. Program tersebut dinamakan "Khidmat Bakti Sayang Di Sayang" anjuran Biro Kebajikan Dan Kemasyarakatan JMK Unit Khidmat Luar Kampus. Kehadiran kalian pasti membuatkan anak-anak Bait Al-Amin sentiasa gembira dan ceria kerana masih ada insan-insan yang sudi mendampingi anak-anak ini.....Terima Kasih Daun Keladi,...jangan lupa datang lagi.


Tuesday, May 26, 2009

SALAM DARI ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN


SaLaM DaRi KaMi AnAk-AnAk BaIt Al-AmIn
TeRiMa KaSiH KeRaNa SuDi BeRtAnDaNg
Ke TeRaTaK BaIt Al-Amin

KUNJUNGAN ZIARAH PELAJAR DARI SM.TEKNIK SERI ISKANDAR KE TERATAK BAIT AL-AMIN

Kenangan Bersama Pelajar-pelajar SM.Teknik Seri Iskandar


Sebahagian Pelajar SM.Teknik Seri Iskandar

Gotong Royong Menanam Pokok Bunga


Membersih Dan Menceriakan Rumah Anak-anak Bait Al-Amin

Syukur Alhamdulillah...Teratak Bait Al-Amin sentiasa dikunjungi oleh masyarakat yang perihatin akan kehidupan anak-anak di Bait Al-Amin. Baru-baru ni Seramai Lebih kurang 80 Orang pelajar dan guru-guru dari Sek. Men. Teknik Seri Iskandar turut serta dalam kunjungan Ziarah Silaturrahim bersama anak-anak Yatim di Teratak Bait Al-Amin. Kehadiran pelajar-pelajar dari SM. Teknik tersebut turut mengadakan gotong royong menanam pokok bunga bagi menceriakan lagi suasana persekitaran Teratak Bait Al-Amin...Sekalung Terima Kasih Dari Anak-anak Bait Al-Amin.

ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN DI KEM TITIAN CEMERLANG

Turut Sama Anak-anak Yatim Dari Nurul Iman Manjoi (Baju Hijau)


Berkampung di Kem Titian Cemerlang SK.Bakap

Alhamdulillah...baru-baru ni lima orang anak yatim Bait Al-Amin yang bakal menduduki UPSR tahun ni turut sama berpeluang menghadiri Kem Titian Cemerlang yang dianjurkan oleh SK.Bakap Batu Gajah yang dikendalikan oleh KDP 14 Institut Perguruan Ipoh. Sesungguhnya program tersebut sangat bermakna buat anak-anak Bait Al-Amin dalam membentuk sahsiah keperibadian diri untuk berjaya dalam peperiksaan UPSR nanti.Buat Husna, Zawani. Shafiq. Kamarudin dan Kamarul....Ayah, Ibu, Abie Dan Umie serta anak-anak yang lain tetap mendoakan kejayaan kalian.

GOTONG ROYONG "SEARCH & DESTROY" DI BAIT AL-AMIN


Anak-anak Bait Al-Amin Turut Serta Dalam Program Gotong Royong

Anggota Balai Bomba Parit Turut Dalam Menjayakan Gotong Royong
Di Bait Al-Amin




Bergambar Bersama Anggota Bomba Diketuai En. Amir Selepas Majlis Gotong Royong
Di Bait Al-Amin

"CARI & MUSNAH"...Kempen yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Daerah Perak Tengah dalam mencegah wabak penyakit demam denggi dan juga Chikungya. Anak-anak Bait Al-Amin juga turut serta di dalam program kemasyarakatan tersebut bersama penduduk setempat dan juga kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Perak Tengah.

Terima kasih juga buat Kakitangan Balai Bomba Parit yang turut sama mengadakan program gotong royong di Teratak Bait Al-Amin baru-baru ni dalam usaha dan matlamat yang sama bagi mencegah dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Keperihatinan yang ditunjukkan oleh Agensi-agensi terbabait sangat-sangat kami di Bait Al-Amin menghargainya.

Wednesday, May 20, 2009

"HaPpY BiRtHdAy....ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN"

Uncle Chef Sibuk Melayan Kerenah Anak-anak


Adik Hezal Ketika Memotong Kek..Sedih Dalam Gembira


Anak-anak Yang Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran

Selamat Hari Lahir Buat Anak-anak Bait Al-Amin Yang Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran Baru-baru ini. Semoga Menjadi Anak-anak Yang Soleh Dan Solehah.
Walaupun Tiada Ibu Dan Ayah Disisi Kalian Semasa Menyambut Hari Ulangtahun...Namun Hadirnya Teman-teman Disisi Mengubat Kerinduan Anak-anak Sekelian Selama Ini.


Ayah, Ibu, Abie Dan Umie Pastinya Gembira Bila Melihat Kalian Tersenyum Dan Gembira Di Hari Ulangtahun Kali Ini.....

"HAPPY BIRTHDAY'

Thursday, May 14, 2009

ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN BERSAMA PANTAI HOSPITAL IPOH




Anak-anak Bait Al-Amin Bersama CEO Hospital Pantai Dr. Dirshadi

14hb Mei 2009, Alhamdulillah Teratak Bait Al-Amin menerima kunjungan CEO Hospital Pantai Ipoh, Pegawai Perubatan dan kakitangan-kakitangan Hospital Pantai Ipoh. Jam 2.45 p.m anak-anak Bait Al-Amin menerima kunjungan para tetamu dengan penuh rasa gembira. Majlis Ikatan Ukhwah terjalin erat bersama anak-anak Bait Al-Amin. Kedatangan para kakitangan-kakitangan Hospital Pantai Ipoh sangat murni dalam usaha menjalankan kerja-kerja amal, melakukan pemeriksaan kesihatan buat anak-anak Bait al-Amin serta turut jua meringankan tulang dalam melakukan kerja-kerja gotong royong. Pihak Bait Al-Amin mengucapkan berbanyak-banyak ucapan terima kasih kepada pihak Hospital Pantai Ipoh.