Tuesday, January 18, 2011

KONVOI AMAL - PROGRAM PERTAMA TAHUN 2011

Alhamdulillah....aku diberi kekuatan lagi untuk mencatatkan sesuatu di blog yang agak sudah lama tidak aku kemaskinikan. Kesuntukan waktu yang begitu terhad untuk aku mencuri masa menaip catatan anak-anak Bait Al-Amin di blog ini. Sedar tak sedar dah hampir masuk minggu ke tiga anak-anak Bait al-Amin telah memulakan azam baru dan sesi persekolahan bagi tahun 2011.Sibuk?????...Ya Allah hanya engkau sahaja yang tahu bertapa sibuknya aku menguruskan hal anak-anak di teratak ini sebaik sahaja sesi persekolahan bermula...ditambah pula dengan berbagai-bagai ujian yang datang melanda. Tapi Alhamdulillah...aku diberi kekuatan olehmu Ilahi untuk meneruskan amanah yang telah aku pikul demi masa depan anak-anak Bait Al-Amin.

15hb Januari 2011...Bermulanya program pertama bagi sesi pengajian tahun 2011. Lingkungan jam 3.00 petang kedengaran bunyi siren Polis Trafik mengiringi hampir 100 buah motosikal berkuasa tinggi dengan deruman bunyi enjin yang tidak henti-henti membelah suasana petang di Pekan Parit untuk singgah dalam program amal di Teratak Bait Al-Amin. Teruja sungguh Anak-anak Bait Al-Amin tatkala satu demi satu motosikal berkuasa tinggi menjengah masuk ke Dataran Bait al-Amin. Konvoi Amal yang diketuai oleh Tuan Roslan OCPD Tapah selaku Presiden SSCI dan Presiden-presiden Kelab Motosikal yang lain.


Ketibaan Para Bikers Di Teratak Bait Al-Amin

Satu Demi Satu Motosikal Bikers Memenuhi Ruang Teratak Bait Al-Amin
Sebaik sahaja semua Bikers memenuhi Dataran Bait Al-Amin...satu majlis ringkas telah bermula di Dewan Bait Al-Amin. Ucapan dari Tuan Roslan OCPD Tapah memberi suntikan semangat buat Anak-anak Bait Al-Amin...Alhamdulillah terima kasih atas sumbangan yang telah dihulurkan buat Teratak Bait Al-Amin dan juga buat Anak-anak Bait Al-Amin..

Ketika ini aku melensakan kamera ke arah Anak-anak Bait Al-Amin yang sedang menjamu selera ayam goreng KFC yang dibawa oleh Bikers. Syukur atas rezeki yang dikurniakan...Terima kasih sekali lagi kerana memberi sedikit kebahagian buat Anak-anak aku di Teratak Bait Al-Amin.

Turut hadir bersama pada petang itu YB Dr.Nizar Zakaria Ahli Perlimen Parit. Terima kasih atas kunjungan YB. Apa yang aku tahu YB Dr. Nizar merupakan salah seorang Presiden Kelab Bikers di Seri Iskandar.

Sudah pasti anak-anak Bait Al-Amin teruja melihat motosikal berkuasa tinggi memenuhi Dataran Bait Al-Amin..Kesempatan yang ada digunakan untuk bergambar sebagai tanda kenang-kenangan...InsyaAllah kalian boleh dapat satu hari nanti...belajarlah rajin-rajin.

Sebelum para Bikers berangkat meninggalkan Teratak Bait Al-Amin...kesempatan yang ada digunakan untuk bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan. Aku hanya menumpang seketika dicelah-celah para Bikers. Turut serta YB Dr. Nizar.



Hampir Jam 5.00 petang...barulah satu demi satu Bikers meninggalkan Teratak Bait Al-Amin. Tidak ada apa yang ingin diungkapkan...melainkan jutaan terima kasih buat Bikers sekelian kerana sudi bertandang ke Teratak Bait Al-Amin walaupun seketika cuma.
Sesungguhnya kunjungan kalian ke Teratak kami..memberi kebahagian dan sinar kegembiraan buat anak-anak ku di sini......
TERIMA KASIH DARI KAMI

No comments: