PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN WARGA MISKIN,(BAIT AL-AMIN) LOT.8627, JALAN HAJI WAHAB,KG.TENGAH, 32800 PARIT, PERAK D'RIDZUAN. TEL/FAX: 05-377 3717 HP:017-4013738/013-4386966 Email: bait_alamin@yahoo.com Facebook : Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin ATAU Bait Al-Amin No.Pendaftaran: 1731-05-4 No. Akta Pusat Jagaan:A/PJBKK 041/2011
Sunday, January 23, 2011
Friday, January 21, 2011
Aida, Sahirah Dan Ika
Akhirnya...jam melewati 1.30 petang, baru kita semua bertolak meninggalkan Pantai Teluk Batik menujuk ke Teratak Bait Al-Amin. Bas yang dipandu oleh Uncle Mail yang kita dah anggap sebahagian dari keluarga kita. Di hadapan Bas...skrin TV terpancar cerita Ipin dan Upin...ahhhh akhirnya barulah semuanya kepenatan. Masing-masing dah terlentok...penat kan.
Buat Anak-anak yang ayah sayang...setakat ni dahulu kegembiraan yang mampu ayah berikan pada kalian.InsyaAllah...kalau rezeki kita ada...kita pergi bersantai di tempat yang lain pulak. Ahhh..baru ayah teringat, tadi Kak Roziah dari Ambank ada telefon Ayah...ada sesuatu yang gembira untuk kalian....apa dia??? Tunggu...InsyaAllah kalau diizinkan Allah....kalian akan merasa jugak nanti.Walaupun sebahagian sahaja...
Ingatlah Pesan Ayah...Buatlah sesuatu yang boleh mengembirakan Ayah, Ibu, Abie Dan Ummie..jangan kecewakan kami dengan sesuatu yang tak sepatutnya kalian lakukan...kerana kami semua menyayangi kalian....
Tuesday, January 18, 2011
KONVOI AMAL - PROGRAM PERTAMA TAHUN 2011
Alhamdulillah....aku diberi kekuatan lagi untuk mencatatkan sesuatu di blog yang agak sudah lama tidak aku kemaskinikan. Kesuntukan waktu yang begitu terhad untuk aku mencuri masa menaip catatan anak-anak Bait Al-Amin di blog ini. Sedar tak sedar dah hampir masuk minggu ke tiga anak-anak Bait al-Amin telah memulakan azam baru dan sesi persekolahan bagi tahun 2011.Sibuk?????...Ya Allah hanya engkau sahaja yang tahu bertapa sibuknya aku menguruskan hal anak-anak di teratak ini sebaik sahaja sesi persekolahan bermula...ditambah pula dengan berbagai-bagai ujian yang datang melanda. Tapi Alhamdulillah...aku diberi kekuatan olehmu Ilahi untuk meneruskan amanah yang telah aku pikul demi masa depan anak-anak Bait Al-Amin.
Sebaik sahaja semua Bikers memenuhi Dataran Bait Al-Amin...satu majlis ringkas telah bermula di Dewan Bait Al-Amin. Ucapan dari Tuan Roslan OCPD Tapah memberi suntikan semangat buat Anak-anak Bait Al-Amin...Alhamdulillah terima kasih atas sumbangan yang telah dihulurkan buat Teratak Bait Al-Amin dan juga buat Anak-anak Bait Al-Amin..
Ketika ini aku melensakan kamera ke arah Anak-anak Bait Al-Amin yang sedang menjamu selera ayam goreng KFC yang dibawa oleh Bikers. Syukur atas rezeki yang dikurniakan...Terima kasih sekali lagi kerana memberi sedikit kebahagian buat Anak-anak aku di Teratak Bait Al-Amin.
Turut hadir bersama pada petang itu YB Dr.Nizar Zakaria Ahli Perlimen Parit. Terima kasih atas kunjungan YB. Apa yang aku tahu YB Dr. Nizar merupakan salah seorang Presiden Kelab Bikers di Seri Iskandar.
Sudah pasti anak-anak Bait Al-Amin teruja melihat motosikal berkuasa tinggi memenuhi Dataran Bait Al-Amin..Kesempatan yang ada digunakan untuk bergambar sebagai tanda kenang-kenangan...InsyaAllah kalian boleh dapat satu hari nanti...belajarlah rajin-rajin.
Sebelum para Bikers berangkat meninggalkan Teratak Bait Al-Amin...kesempatan yang ada digunakan untuk bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan. Aku hanya menumpang seketika dicelah-celah para Bikers. Turut serta YB Dr. Nizar.

Hampir Jam 5.00 petang...barulah satu demi satu Bikers meninggalkan Teratak Bait Al-Amin. Tidak ada apa yang ingin diungkapkan...melainkan jutaan terima kasih buat Bikers sekelian kerana sudi bertandang ke Teratak Bait Al-Amin walaupun seketika cuma.
15hb Januari 2011...Bermulanya program pertama bagi sesi pengajian tahun 2011. Lingkungan jam 3.00 petang kedengaran bunyi siren Polis Trafik mengiringi hampir 100 buah motosikal berkuasa tinggi dengan deruman bunyi enjin yang tidak henti-henti membelah suasana petang di Pekan Parit untuk singgah dalam program amal di Teratak Bait Al-Amin. Teruja sungguh Anak-anak Bait Al-Amin tatkala satu demi satu motosikal berkuasa tinggi menjengah masuk ke Dataran Bait al-Amin. Konvoi Amal yang diketuai oleh Tuan Roslan OCPD Tapah selaku Presiden SSCI dan Presiden-presiden Kelab Motosikal yang lain.
Hampir Jam 5.00 petang...barulah satu demi satu Bikers meninggalkan Teratak Bait Al-Amin. Tidak ada apa yang ingin diungkapkan...melainkan jutaan terima kasih buat Bikers sekelian kerana sudi bertandang ke Teratak Bait Al-Amin walaupun seketika cuma.
Sesungguhnya kunjungan kalian ke Teratak kami..memberi kebahagian dan sinar kegembiraan buat anak-anak ku di sini......
TERIMA KASIH DARI KAMI
Subscribe to:
Posts (Atom)