Friday, January 21, 2011

ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN BERSANTAI DI TELUK BATIK

20hb Januari 2011...Hari ini aku membawa anak-anak Bait Al-Amin bersantai di tepi Pantai Teluk Batik semperna cuti perayaan Thaipusam. Lama benar rasanya kami semua tak bersantai seperti hari ini.Sekali-sekala rehlah di luar seronok pulak rasanya...Atok, awal-awal dah bagitau nak ikut...walaupun umurnya dah masuk ke umur bonus...namun semangatnya tetap kuat...apatah lagi bila dikelilingi cucu-cucu di Teratak Bait Al-Amin.


Yang pastinya, anak-anak aku tak sabar-sabar untuk mandi laut sebaik tiba sahaja di Pantai Teluk Batik..Takpalah...yang pasti kalian puas. Mata aku tidak puas-puas memerhatikan bertapa seronoknya kalian mandi-manda bersama teman-teman. Bermain pelampung serta bola-bola yang dibawa dari asrama.Mandilah kalian sepuas-puasnya...ayah tumpang gembira melihat kegembiraan kalian...ayah cuba sedaya upaya untuk membuat kalian sentiasa bergembira.

Tatkala ketika kalian sibuk bermain dan mandi manda...kalian meminta kebenaran untuk menaiki bot yang tak putus-putus membawa penumpang bersiar-siar di tepian laut...Tak apalah apa lagi yang mampu ayah buat untuk mengembirakan kalian...tiga kali bertukar ganti kalian menaiki bot...seronok bukan???...memang seronok....ayahpun seronok juga.

Aida, Sahirah Dan Ika

Bahagia...seronok...gembira...aman dan damai...tenang sekali apabila melihat semua anak-anak ku bergembira ketika kita sama-sama bersantai di Teluk batik. Kalian tidak pernah mengenal erti penat...Ayah tumpang gembira.Kita mandi beramai-ramai, bermain bola...menaiki bot...memang ayah juga rasa gembira.

Jam di tangan menunjukkan pukul 12.00 Tengah hari...masa untuk makan...Alhamdulillah rezeki kita murah hari ini. Seawal pagi lagi tadi Umie dan Abie dah masak makanan untuk kita semua.Nasi lemak lauk ayam rendang dan ayam goreng. Sayur kacang panjang...ingat lagi tak kacang panjang tu kita petik dikebun sayur kita. Kita kan dah ada kebun sayur...Ditambah pulak dengan lauk udang masak sambal tumis dan bihun goreng yang dimasak oleh ibu.


Alhamdulillah gembira melihat puteri kesayangan ku bersama abang-abang dan kakak-kakaknya mandi manda dan bermain pasir ditepian pantai. Kalian dapat kutip ketam, tapak sulaiman dan macam-macam lagi...tapi awas...tak boleh dibawa balik ke asrama. Hanya main di tepi pantai sahaja.
Selepas makan...kalian sambung lagi mandi. Aduhhhh...kalian tak rasa kepenatan langsung..makin bertambah seronok. Bukan selalu kita dapat bersantai seperti ini. Ayah tahu ayah memang selalu sibuk..betul Ayah akui...ayah selalu sibuk...tapi kesibukan yang ayah lalui hari-hari semuanya untuk kalian anak-anak ku. Ayah nak kalian semua lalui kehidupan seharian di Teratak Bait Al-Amin dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. Buat masa ni setakat ini yang termampu ayah lakukan untuk kalian anak-anak ku.

Akhirnya...jam melewati 1.30 petang, baru kita semua bertolak meninggalkan Pantai Teluk Batik menujuk ke Teratak Bait Al-Amin. Bas yang dipandu oleh Uncle Mail yang kita dah anggap sebahagian dari keluarga kita. Di hadapan Bas...skrin TV terpancar cerita Ipin dan Upin...ahhhh akhirnya barulah semuanya kepenatan. Masing-masing dah terlentok...penat kan.
Buat Anak-anak yang ayah sayang...setakat ni dahulu kegembiraan yang mampu ayah berikan pada kalian.InsyaAllah...kalau rezeki kita ada...kita pergi bersantai di tempat yang lain pulak. Ahhh..baru ayah teringat, tadi Kak Roziah dari Ambank ada telefon Ayah...ada sesuatu yang gembira untuk kalian....apa dia??? Tunggu...InsyaAllah kalau diizinkan Allah....kalian akan merasa jugak nanti.Walaupun sebahagian sahaja...
Ingatlah Pesan Ayah...Buatlah sesuatu yang boleh mengembirakan Ayah, Ibu, Abie Dan Ummie..jangan kecewakan kami dengan sesuatu yang tak sepatutnya kalian lakukan...kerana kami semua menyayangi kalian....

No comments: