Tuesday, July 07, 2009

WEBSITE BARU BAIT AL-AMIN




Salam Buat Semua Para Pelawat Ke Teratak Bait Al-Amin, Alhamdulillah Saya Memanjatkan Syukur Ke Hadrat Ilahi Masih Lagi Diberi Kekuatan Untuk Menitipkan Bicara Di Laman Teratak Ini.

Alhamdulillah...Kini Dengan Rasminya Bait Al-Amin Telah Mempunyai Website Sendiri Iaitu http://www.bait-alamin.com/

Segala Titipan Bicara Dari Teratak Bait Al-Amin Nanti InsyaAllah Akan Menyusul Melalui Website Terbaru Bait Al-Amin. Pihak Bait Al-Amin Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Yang Tak Terhingga Kepada Webmaster Yang Bersusah Payah Membantu Membangunkan Website Tersebut Iaitu DR.HASANAH BINTI ABD.KHAFIDZ .

Para Pengunjung Juga Boleh Berkunjung Ke Teratak Dr.Hasanah di http://www.drhasanah.com/

Banyak Catatan Ilmu Yang Boleh Kita Perolehi Di Sana.

Saya Masih Lagi Dalam Proses Pembelajaran Untuk Mempelajari Bagi Membangunkan Website Tersebut.Maklumlah Saya Ni Bukan Orang IT...Pertolongan Dr. Hasanah Sangat-sangat Diperlukan.


"SELAMAT BERTANDANG KE WEBSITE BAIT AL-AMIN"



Saturday, July 04, 2009

JUALAN WAKAF PEMBANGUNAN ASRAMA BAIT AL-AMIN




JUALAN WAKAF PEMBANGUNAN ASRAMA BAIT AL-AMIN
1 KAKI PERSEGI = RM 30.00
Sumbangan Anda Amatlah Di Perlukan
Sumbangan Boleh Disalurkan melaui Akaun Bank
Bank Islam Malaysia : No.Akaun : 08013010056124
Maybank Islamic: No.Akaun : 558172102222
Baru-baru ini pihak Bait Al-Amin telah melancarkan Wakaf Tabung Pembangunan Asrama Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Pada majlis tersebut pihak Bait Al-Amin telah melancarkan jualan wakaf pembangunan asrama meliputi bangunan 2 tingkat.
Jualan wakaf tersebut adalah RM30.00 bagi 1 kaki persegi. Pada ketika ini kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan. Bangunan asal telah diruntuhkan memandangkan keadaan yang agak uzur. Besarlah harapan kami agar sekiranya ada yang berhajat untuk membeli jualan wakaf tersebut bolehlah berhubung terus dengan pihak kami di talian 05-3773717 / hp: 017-4013738 @ o13-5074905 atau melalui akaun bank seperti di atas.
Sumbangan Yang Dihulurkan Sangat-sangat Kami Hargainya.

KUNJUNGAN ZIARAH SMKAB & SMKCL KE TERATAK BAIT AL-AMIN


SEBAHAGIAN PELAJAR-PELAJAR DARI SMK CHANGKAT LADA KG.GAJAH



SEBAHAGIAN PELAJAR-PELAJAR DARI SMK. ABDULLAH MUNSHI PULAU PINANG.


Baru-baru ni pihak Bait Al-Amin menerima kunjungan lawatan khidmat masyarakat dari SMK. Abdullah Munshi Pulau Pinang Dan juga dari SMK. Changkat Lada, Kg. gajah Perak.
Bagi Pihak Bait Al-Amin, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih, walaupun ianya sesingkat cuma, namun bersar ertinya bagi anak-anak Bait al-Amin.
Mudah-mudahan kita berjumpa lagi dimasa hadapan..InsyaAllah.

Thursday, June 25, 2009

JEMPUTAN DARI BAI AL-AMIN

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN WAKAF TABUNG PEMBANGUNAN ASRAMA RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN
PADA
27HB JUN 2009 / 04 REJAB 1430 H
JAM
2.30 PETANG
TEMPAT
RUMAH ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN
"SEMOGA KEHADIRAN SDR/SDRI AKAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KAMI"
TERIMA KASIH
DARIPADA
ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN

Tuesday, June 09, 2009

AYAH..IBU..KAMI TERLALU AMAT MERINDUI MU...

Jauh menung anak-anak ini...tak tahu apa yang mereka fikirkan. Tanpa mereka sedari aku merakam photo anak-anak ini ketika mereka bersantai sepetang di Teratak Bait Al-Amin.Mungkin juga anak-anak ini teringatkan orang yang tersayang...ya, ayah mereka yang telah pergi buat selama-lamanya menemui ilahi, juga buat ibu yang tercinta entah apa yang dibuat ketika ini. Mungkin anak-anak ini menanti dengan penuh harapan agar ada ibu yang tercinta menjenguk anak-anak ini di Teratak Bait Al-Amin...satu penantian demi satu penantian...yang pasti hampa, ...mana mungkin ibu kalian akan datang ke teratak ini wahai anak-anak ku...ibu kalian jauh, susah..bekerja mencari rezeki demi sesuap nasi.
Fitri yang masih menongkat dagu...ayah telah pergi buat selama-lamanya, ibu hilang entah kemana..kasih sayang menumpang pada atuk dan nenek..setiap kali Fitri telefon nenek...nenek selalu sakit-sakit sekarang, macammana atuk dan nenek nak datang menjenguk...atuk terpaksa jaga nenek.
Iskandar berbaju kuning....empat beradik tinggal di Teratak Bait Al-Amin. Mana mungkin ibu yang jauh di Kuala Kurau datang untuk menjenguk...ibu pun susah bekerja mencari rezeki..tapi ibu tetap sayang...tatkala satu ketika ketika ayah dan abie menjemput kalian untuk balik ke Teratak Bait Al-Amin baru-baru ni...ibu sempat mencium dahimu..ibu hulurkan Seringgit ...walaupun ibu tahu ibu tiada mempunyai wang....mungkin itu yang iskandar ingatkan.
Hezal atau panggilan manja Dida...anak yang comel, terlalu mentah untuk ia memahami situasi keadaan hari-hari yang terpaksa dilalui bersama teman-teman tanpa hadirnya orang yang tersayang.Ibu terpaksa bekerja di kedai makan demi mencari rezeki, menumpang dirumah atuk yang juga agak susah kehidupannya.Adakalanya adik yang bongsu berumur 3 th sampai terdemam-demam mungkin merindui abangnya di Teratak Bait Al-Amin.


Ketika ini aku membawa anak-anak ini menziarahi kubur ayah dan ibu yang telah pergi buat selama-lamanya.Ya...kalian sebenarnya terlalu amat merindui ayah dan ibu yang telah tiada. Teruskanlah berdoa anak-anak ku...yang pasti hubungan kalian buat ibu dan ayah tercinta tidak akan terhenti melainkan doa dari anak-anak yang soleh...mungkin ayah dan ibu pasti tersenyum dan gembira apabila kalian sudi bertandang walaupun hanya ke makam ayah dan ibu tercinta.
Ayah...Ibu...tiada lagi belaian kasih sayang yang dikau berikan pada kami.Terlalu cepat kalian pergi meninggalkan anak-anak mu yang masih lagi belum puas merasa nikmat kasih sayang bersamamu. Mana mungkin anak-anak mu melupai jari jemari yang mengusap-usap kepala anak-anak mu dengan penuh kasih...mana mungkin anak-anak mu terus melupai hari-hari yang pernah dilalui bersama ayah tercinta ketika menghantar anak-anak mu ke sekolah setiap pagi..mana mungkin anak-anakmu melupai air tangan ibu yang memasak makanan kesukaan kami setiap hari.....Tapi, semuanya tiada lagi...hanya tinggal kenangan...ayah , ibu...kini anak-anak mu tinggal diTeratak Bait Al-Amin bersama teman-teman yang senasib dengan anak-anakmu...menumpang kasih bersama teman-teman juga mengharap secebih kasi pada ayah, ibu, abie dan Umie.
Ayah....Ibu....ketahuilah sesungguhnya anak-anakmu ini terlalu amat MERINDUIMU....Alfatihah.

Monday, June 08, 2009

PERCUTIAN ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN DI PULAU LANGKAWI

Bergambar Dihadapan Makam Mahsuri

Sempat Memberi Arnab-arnab Makan

Kenangan Di Dalam Cable Car

Santai Di Pantai Chenang - Putera Bait Al-Amin

Santai Di Pantai Chenang- Puteri Bait Al-Amin

Bersukaneka Di Pantai Chenang...Tarik jangan tak tarik...

Susahnya Nak Pecahkan Belon ni....Ikmal..Ikmal

Berendam Di Kolam - Di Nadiass Inn Resort Langkawi

Seronoknya Dapat Beremdam..

Seadar tak sedar dah seminggu cuti persekolahan berlalu. Semasa catatan ini dicoretkan Teratak Bait Al-Amin sunyi sepi kerana anak-anak Bait Al-Amin masih lagi bercuti balik ke kampung halaman masing-masing...ya, walaupun mereka tiada ayah..tapi masih ada ibu yang lama menunggu...bagi yang tiada ayah dan ibu...mereka punyai nenek atau atuk untuk tempat bermanja.

Alhamdulillah...baru-baru ni bermula cuti sekolah ..Semua Anak-anak Bait Al-Amin berkesempatan pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Terima kasih atas atas tajaan hamba-hamba Allah di luar sana.. Dah lama anak-anak Bait Al-Amin mengidamkan untuk pergi ke Pulau Langkawi..namun masa yang tidak mengizinkan. Syukur Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan juga permintaan anak-anak ini...yang pasti, sesungguhnya aku cukup puas apabila melihat kegembiraan yang teramat sangat pada anak-anak ini...kalian memang bertuah anakku.

Wednesday, May 27, 2009

ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN DI HUJUNG MINGGU




Aktiviti Di Hujung Minggu....kebiasaannya banyak program yang dijalankan di Teratak Bait Al-Amin biasanya dibuat samada hari Sabtu dan Ahad. Seandainya tiada program di Bait Al-Amin..anak-anak ini akan menghabiskan masa bersantai beramai-ramai di Tanah Kebun yang berhampiran dengan Rumah Anak-anak Bait Al-Amin. Alhamdulillah, tanah kebun tersebut telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah kepada Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Setidak-tidaknya masa yang terluang digunakan untuk berbakti kepada tanah....InsyaAllah, sekarang ni Anak-anak Bait Al-Amin sedang sibuk menanam pelbagai jenis pokok tanaman dan sayur-sayuran di kebun tersebut...ada juga yang mencari peluang memancing ikan di taliair berhampiran kebub tersebut....seronok sangat.



Seawal Pagi dihujung minggu sebelum ke ke kebun, anak-anak Bait Al-Amin biasanya akan mengikut ayah dan abie ke Pantai Remis untuk mengambil ikan-ikan yang baru sahaja diturunkan dari kapal-kapal nelayan. Segar-segar ikan yang kami perolehi. Habis sahaja bekalan ikan basah di asrama barulah kami pergi ke Pantai Remis. Kebiasaanya dalam masa seminggu atau dua minggu.