Wednesday, January 09, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1429 H

Alhamdulillah...syukur kehadrat ilahi kerana diberi kekuatan untuk aku menitipkan bicara di blog ini. Agak lama benar kali ini aku tak berkesempatan untuk menceritakan sesuatu buat anak-anak Bait Al-Amin buat tatapan sahabat-sahabat yang sudi bertandang ke blog Bait Al-Amin.Rentetan selepas ibadah korban tempoh hari sehinggalah kini memang agak begitu sibuk sedikit dalam urusan anak-anak Bait Al-Amin. Selepas Ibadah korban tempoh hari pada hari raya korban yang ke tiga...aku dan anak-anak Bait Al-Amin dengan rombongan sebuah bas menghatar rombongan pengantin ke Bachok Kelantan bagi walimah Khairul Hazwan yang merupakan salah seorang anak yatim piatu..disana juga kami berkesempatan mengadakan kunjungan ziarah ke rumah anak-anak yatim kelantan...Balik dari Kelantan, persediaan persekolahan anak-anak Bait Al-Amin perlu aku persiapkan...sehinggalah bermulanya sesi persekolahan tahun 2008 segala-galanya perlu diberi perhatian. Dalam kesibukan menguruskan urusan persekolahan anak-anak ni, terlintas di hati aku bagaimana susahnya arwah ayah dan ibuku satu ketika dulu menyediakan segala-galanya urusan persekolahan untuk aku dan juga adik beradik ku yang lain.
Hari ini dalam sibuk-sibuk ibu-bapa memperkatakan tentang bayaran Yuran tambahan sekolah...memang aku akui ianya agak sedikit memberi bebanan bagi aku,namun...aku tak nak terlalu memikirkannya..yang pasti aku tak nak anak-anak Bait al-Amin merasa kecewa apabila ada pembayaran samada yuran sekolah atau buku belum diperjelaskan...Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah segala-galanya telah dapat diselesaikan. Cuma yang aku pinta daripada anak-anak ni tunaikanlah tanggungjawab dengan belajar bersungguh-sungguh...selain daripada itu apa yang kalian mahu, InsyaAllah akan ku cuba untuk mendapatkannya.
Hari ini 30 Zulhijjah 1428, hari terakhir dalam tahun Hijrah, seperti biasa seawal 5.00 pagi anak-anak ni dah bangun untuk kemasan diri, sebaik sahaja menunaikan solat subuh dan selesai bersarapan seawal 7.15 pagi anak-anak yang bersekolah menengah menghayunkan langkah menuju ke sekolah yang tidak berapa jauh dari asrama...namun anak-anak Bait Al-Amin yang masih bersekolah rendah pergi dan balik aku dan abie kena uruskan...termasuklah urusan sekolah agama rakyat mereka di sebelah petang...Alhamdulillah seawal jam 6.00 petang, anak-anak Bait Al-Amin baik putera atau pun puteri bersiap serba serbi untuk ke beramai-ramai ke Masjid berhampiran...."Ayah...kami semua nak sambut tahun baru.."bersilih ganti suara anak-anak ni memberi tahu aku dengan penuh semangat...Syukur Alhamdulillah, kalian memang mengambil tahu tentang kedatangan Tahun baru 1429 Hijrah yang baru saja kita sambut sebentar tadi....semoga kedatangan Tahun Baru Hijrah kali ini memberi sinar kebahagian buat kalian semua...yang pasti aku tidak pernah putus berdoa memohon kehadrat Ilahi agar kalian semua sentiasa diadalam rahmatnya...amin. Dikesempatan kali ini aku dan juga semua Anak-anak Yatim di Bait Al-Amin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429......Salammmm.

No comments: