Tuesday, March 18, 2008

SELAMAT KEMBALI ANAK-ANAK KU...


Alhamdulillah...berkesempatan lagi untuk aku menitipkan bicara di blog Bait Al-Amin. Agak lama juga aku tidak memaparkan cerita terbaru anak-anak Bait Al-Amin memandangkan kebelakangan ini aku agak sibuk sedikit dalam menjalani tugas seharian. Alhamdulillah bisa aku menyambung catatan buat sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke blog Bait Al-Amin.
Alhamdulillah 19hb March 2008..bermulalah sesi persekolahan kembali setelah anak-anak Bait Al-Amin bercuti selama seminggu semperna cuti persekolahan baru-baru ini. Semoga kembalinya anak-anak ini memberikan keazaman yang tinggi untuk terus meneruskan perjuangan sebagai pelajar bagi sesi persekolahan yang baru dibuka.
Tidak dinafikan..cuti seminggu baru-baru ini, aku merasakan kehilangan anak-anak ini, manakan tidak selama ini jerit pekit serta telatah anak-anak ini sentiasa berada di depan mata. Namun aku tidak mahu pisahkan kasih sayang anak-anak ini pada ibu atau waris mereka yang masih ada diluar sana...sebab itulah aku menghantar kesemua anak-anak ini balik ke rumah masing-masing...Alhamdulillah, kini Teratak Usang Bait Al-Amin kembali ceria dengan karenah anak-anak ni yang telah kembali pulang ke asrama. Doa dari aku semoga kebahagian sentiasa bersama anak-anak ini....

No comments: