Sunday, September 14, 2008

MALAM KASIH RAMADHAN-ZIARAH LEBARAN

Bersama Erma Fatima Tunjang Utama Majlis Tersebut
"Terima Kasih Pn. Erma dari Anak-anak Bait Al-Amin"
Bersama Amy Search, Terharu bila Amy juga turut
bersama untuk membela anak-anak Yatim Tahfiz.

Anak-anak Bait Al-Amin tidak ketinggalan merakamkan kenangan
bersama Awie.

Bergambar bersama BOB AF

Adik Dida begitu teruja bermain bunga api

Mawi juga turut bersama Di Majlis tersebut

Dato' Siti Nurhaliza yang turut menjadi perhatian Anak-anak Yatim

Kenangan Bersama Dato' Siti Nurhaliza

Anak-anak Bait Al-Amin menerima Duit Raya Dari Dato' Siti

Wajah-wajah Comel Anak-anak Bait Al-Amin

Malam Kasih Ramadhan & Ziarah Lebaran..Alhamdulillah satu majlis dimana lebih kurang hampir 500 orang anak-anak yatim di seluruh Malaysia dihimpunkan di dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia pada tanggal 13hb September 2008. Rumah anak-anak Yatim Bait Al-Amin salah sebuah rumah anak-anak Yatim yang dijemput di dalam majlis tersebut. Memang anak-anak Bait Al-Amin begitu teruja, mana kan tidak dapat berjumpa ramai artis-artis yang turut sama menjayakan majlis tersebut. Aku difahamkan program tersebut merupakan rakaman yang akan disiarkan untuk tayangan Hari Raya Aidilfitri di RTM 1 semperna menjelang syawal nanti. Kalau selama ini anak-anak Bait Al-Amin hanya melihat di kaca TV sahaja artis-artis terkenal, namun di majlis tersebut anak-anak Bait al-Amin dapat bertentang mata, bersalaman dan berbual mesra bersama artis-artis tersebut...bertuah kalian. Paling menjadi perhatian Adik Dida (Hezal)...sentiasa sahaja mendapat perhatian di majlis tersebut sampaikan Datuk Siti Nurhaliza dan Dato' K turut melayan telatahnya.
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Seni Prihatin Malaysia lebih-lebih lagi kepada Pengerusi Yayasan Pn. Erma Fatima yang telah menjemput kami dan begitu prihatin bukan sahaja kepada anak-anak yatim malah kepada warga-warga emas yang dijemput. Seharusnya usaha-usaha murni tersebut patut dicontohi oleh pihak-pihak lain yang begitu prihatin kepada insan-insan kurang bernasib baik.
Dikesempatan majlis tersebut ..sempat juga aku berkenal-kenalan dengan rumah anak-anak yatim yang turut hadir dimajlis tersebut...sukar untuk aku lupakan..sesungguhnya matlamat kami sama untuk mendidik anak-anak yang kurang bernasib baik ini agar menjadi insan yang berguna bukan sahaja pada agama, bangsa dan negara malah yang paling utama kepada Allah SWT.
Jelas kegembiraan terpancar diwajah kalian anak-anak ku..kegembiraan dan keseronokan yang kalian nikmati..sesungguhnya aku juga turut sama merasakan.

No comments: