Tuesday, January 15, 2008

Ketam Masak Gulai Lemak...Abg Long di PESDC


13hb Januari 2008 bersamaan 4 Muharram1429 H.Alhamdulillah sedar tak sedar dah masuk 4 hari tahun baru hijrah 1429. Acapkali bila masuk sahaja tahun baru bermacam-macam azam baru yang kita dengar...begitu juga anak-anak di Bait Al-Amin macam-macam azam yang aku dengar...si Azmir anak bait Al-amin tahun 2 kata berazam nak belajar rajin-rajin, bila besar nanti boleh jadi juruterbang nak bawa semua kawan-kawan di Bait Al-Amin naik kapal terbang..Alhamdulillah, kecil-kecil lagi dah pasang azam yang tinggi.Mudah-mudahan ianya akan terlaksana satu hari nanti. Pagi minggu selepas solat subuh anak-anak Bait Al-Amin dah dapat menghidu kemana aku nak pergi...masing-masing berlari menuju ke van takut tak dapat ikut. Kebiasaanya kalau hujung minggu aku , abie dan anak-anak Bait Al-Amin akan akan ke Pelabuhan Nelayan di Pantai Remis untuk mendapatkan bekalan ikan-ikan segar yang baru diturunkan dari bot-bot nelayan. Habis sahaja bekalan ikan di asrama pasti kami akan kesana

untuk mendapatkan bekalan ikan yang baru. Bukan ikan sahaja malah sotong dan ketam juga turut kami perolehi.Tengok sahaja gambar di atas tu masing-masing sibuk memilih ketam dan ikan. Gambar kat sebelah ni pulak kebetulan hari tu tak tau spesis ikan apa pulak yang besar ni yang baru sahaja diturunkan dari bot nelayan.Tapi anak-anak ni memang seronok sangat..mereka tak pernah melalui pengalaman seumpama itu. Syukurlah biasanya bekalan ikan, sotong, ketam di asrama pasti yang segar-segar sahaja kita perolehi. Hari tu Umie kata nak masak ketam gulai lemak...bertambah-tambah anak-anak ni makan . Seronok bila aku tengok anak-anak ni makan..maklumlah sebelum ni mereka tak dapat rasa makanan yang enak semasa di rumah, makan apa sahaja yang ada...memang bertuah anak-anak ni berbanding ketika zaman aku menjadi anak yatim satu ketika dulu.

14hb January 2008, aku, abie dan anak-anak Bait Al-Amin menghatar abang long Zulhilmi ke PESDC bagi permohonan kemasukan ke Pusat Pembangunan Usahawan Dan kemahiran Perak bagi Sijil Kemahiran Malaysia. Sementara menunggu keputusan SPM keluar, aku akan lengkapkan anak-anak ni kemahiran, aku tak nak melihat mereka membuang masa...bagi aku setiap detik dan saat buat mereka ianya amat berharga.Alhamdulillah kemasukan abg zul dibawah jagaan Rumah Anak-anak Yatim tidak dikenakan sebarang bayaran..syukur kepada mereka yang begitu perihatin kepada insan-insan seperti anak-anak di Bait Al-Amin ni. Apa yang aku harapkan agar abang zul dapat menjadi contoh kepada adik-adik yang lain...tengoklah bertapa semasa meninggalkan abang zul di Pusat Kemahiran Malaysia, semangat yang ditunjukkan anak-anak Bait Al-Amin dapat aku rasakan bila masing-masing mengharapkan agar abg zul dapat belajar rajin-rajin...satu hari nanti diaorang juga akan mengikut jejak langkah...syabas buat kalian anak-anak ku di Bait Al-Amin.

2 comments:

Kifli Bujang said...

Keep up a good work, saudara, Moga Allah memberkati segala usaha saudara dan rakan-rakan. Amin.

BAIT AL-AMIN said...

Syukran Zul...atas kunjungan ke blog kami di Bait Al-Amin.