Thursday, June 19, 2008

KUNJUNGAN ZIARAH DARI PELAJAR MRSM GERIK

Kenangan Bersama Pelajar-pelajar MRSM
Alhamdulillah...Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin kembali meriah bila anak-anak Bait Al-Amin pulang ke Asrama selepas bercuti panjang selama Dua minggu. Dah masuk ke pertengahan tahun..yang pastinya perjuangan sebagai seorang pelajar harus di teruskan.
14hb June 2008...Teratak Usang Bait Al-Amin dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari MRSM Gerik dengan iringi oleh Cikgu Abang Aidil selaku guru pengiring. Sesungguhnya kedatangan pelajar-pelajar MRSM sangat-sangat dialukan...pihak Bait Al-Amin sangat berbesar hati menerima kunjungan pelajar-pelajar tersebut.


Cikgu Abang Aidil Bersama Para Pelajar MRSM & Bait Al-Amin
Jalinan Ukhwah jelas terpancar pada anak-anak Bait al-Amin dan juga pelajar-pelajar MRSM. Kedatangan pelajar-pelajar MRSM Gerik ke Teratak Bait Al-Amin, setidak-tidaknya memberi peransang buat anak-anak Bait Al-Amin untuk berjaya di dalam pelajaran..



Kenangan Sebelum Bertolak Pulang Ke MRSM Gerik


Walaupun kunjungan Pelajar-pelajar MRSM hanya seketika..namun seperti dapat anak-anak Bait Al-Amin dapat merasakan keakraban yang cukup erat. Disaat perpisahan sudah pasti ada air mata yang akan mengalir..sekejap sangat dirasakan persinggahan tersebut.
Namun apa yang diharapkan agar pertemuan kita semua pada hari tersebut tidak ternoktah..semoga pertemuan tersebut terjalin lagi pada masa-masa yang akan datang.

Buat Cikgu Abang Aidil dan Pelajar MRSM

"Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-layuan
Intai Kami Antara Nampak
Esok Jangan Rindu-rinduan..."

Sunday, June 01, 2008

SELAMAT BERCUTI ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN

Terasa Sunyi Sangat Bila Anak-anak Bait AL-Amin Pulang Ke Kampung Masing-masing. Cuti Sekolah Yang Panjang Lebih Kurang Dua Minggu...Di Teratak Bait Al-Amin Memang Sunyi Sepi, Manakan Tidak, Sekiranya Kalian Ada Seawal Dingin Pagi Hinggalah Lewat Malam Pasti Ada Sahaja Telatah-telatah Kalian Yang Tak Henti-henti. Suara Ayah & Abie Pasti Bersahut-sahut Menyuruh Kalian Mandi Bila Mentari Hampir Tenggelam, Surau Kita Bergema Dengan Bacaan-bacaan Al-Quran Setiap Kali Selepas Maghrib Bila Ayah Mengajar Kalian Mengaji Al-Quran..Pasti Juga Terdengar Pekikan Adik Bongsu Dida Yang Tak Habis-habis Kena Usik Oleh Kalian...


Selamat Bercuti Buat Anak-anak Bait Al-Amin...Sudah Pasti Ayah Akan Menanti Kepulangan Kalian Ke Teratak Bait Al-Amin.

Wednesday, May 07, 2008

HAPPY BIRTHDAY ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN

ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN YANG MENYAMBUT HARI JADI

ADIK HEZAL SEDANG MEMOTONG KEK


SITI AISHAH DAN DIYA TURUT MEMOTONG KEK

HAPPY BIRTHDAY BUAT ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN, DAH BERTAMBAH UMUR KALIAN...DEKAT SINI KITA MERAIKAN BERSAMA KAWAN-KAWAN..SEMUANYA SERONOK...TAPI KALAU DIRUMAH BELUM TENTU KALIAN DAPAT MERAIKAN BERSAMA TEMAN-TEMAN.
SEMOGA KALIAN SEMUA MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH YANG SENTIASA MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH TAALA.

Tuesday, April 29, 2008

LAWATAN KE MARKAS ARMADA TLDM LUMUT

Putera Bait Al-Amin Di Hadapan Kapal KD Hang Tuah
Ya Allah...terasa terlalu lama sangat kali ni aku tidak mencoretkan sesuatu di Blog ini, Lebih sebulan rasanya. Almaklum banyak sangat urusan yang terpaksa di selesaikan terutama urusan anak-anak ni..Syukran Jazakallah atas kesudian sahabat-sahabat yang sudi bertandang ke Teratak Usang Bait al-Amin...Terima kasih juga atas email-email yang dihantar ke mailbox Bait Al-Amin...sesungguhnya aku cukup menghargainya.


Puteri Bait Al-Amin Di Hadapan Kapal KD HangTuah
Tanggal 26hb April 2008 Baru-baru ni, anak-anak Bait Al-Amin berpeluang mengadakan lawatan ke Markas Armada Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) semperna hari terbuka Markas Armada. Terima Kasih atas kesudian Hamba Allah yang sudi membawa anak-anak ke lawatan tersebut. Di kesempatan lawatan tersebut, anak-anak Bait Al-Amin tidak melepaskan peluang untuk menaiki Kapal-kapal laut..peluang yang ada pasti tidak akan dilepaskan.



Banyak Yang Ditanyakan Kepada Abang TLDM Tu..

Terima kasih atas layanan abang-abang TLDM yang sudi menceriakan anak-anak Bait Al-Amin pada hari teresbut. Banyak soalan yang ditanyakan...mudah-mudahan ada diantara anak-anak ni akan menjejaki kaki disini nanti sebagai Pegawai TLDM...InsyaAllah.



Bersantai Di Pantai Teluk Batik


Alhamdulillah...setelah penat melihat pelbagai-bagai acara di Markas Armada tersebut, sebelum pulang ke Asrama, anak-anak Bait Al-Amin bersantai dan mandi-manda di Pantai Teluk Batik.
Memang anak-anak ni seronok sangat, pantang jumpa peluang mandi laut...Tapi yang pasti aku cukup puas bila melihat anak-anak ni cukup gembira. Apa lagi yang dapat aku gembirakan buat anak-anak ni...sekadar yang termampu yang ayah lakukan buat kalian semua.

Sunday, March 23, 2008

JALINAN KASIH BERSAMA MAHASISWA-MAHASISWI UPSI

Kenangan Anak-anak Bait Al-Amin Bersama Pelajar-pelajar UPSI
Kenangan Sebelum Berpisah

Program Jalinan Kasih Bersama pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim pada 22hb hingga 23hb March 2008 Alhamdulillah selamat dijalankan.
Apa yang aku dan anak-anak Bait Al-amin nyatakan perasaan yang amat terharu di atas kunjungan Sdr Norfazlan selaku Pengarah Program bersama rombongan nya ke Teratak Usang Bait Al-Amin. Kehadiran kalian ke Bait Al-Amin sebenarnya telah dapat menceriakan anak-anak disini yang sememangnya dahagakan kasih sayang dari kakak-kakak dan abang-abang mereka.
Perkampungan 2 hari 1 malam dirasakan teramat pantas masa berlalu seolah-olah aku merasakan baru sebentar sahaja kalian mengunjungan anak-anak Bait Al-Amin. Saat-saat perpisahan amat dirasakan ...seolah-olah anak-anak Bait Al-amin ini tidak mahu melepaskan kalian pergi..namun apakan daya masa dan takdir menentukan segala..
Bait-bait puitis lagu nyanyian yang dipersembahkan oleh anak-anak Bait Al-Amin sebelum kalian pergi sesungguhnya aku pasti ianya meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri kalian...biarkanlah air mata itu mengalir sesungguhnya ia lahir dari perasaan dan sanubari diri kalian semua.
Buat anak-anak Bait Al-Amin..bersyukurlah, sesungguhnya diri kalian masih ada insan-insan diluar sana yang menyayangi kalian. Buat bakal-bakal pendidik UPSI, sekali lagi terima kasih yang tak terhingga dari aku dan anak-anak Bait Al-Amin di atas kehadiran kalian ke Teratak Bait Al-Amin.
"Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-layuan
Intai Kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan"

Thursday, March 20, 2008

Bukan Itu Yang Kalian Minta -->Bersabarlah Anakku

Anak kecil yang tidak mengetahui apa-apa terpaksa membesar tanpa kehadiran ayah yang telah pergi menyahut seruan ilahi.

Pasti akan ku bela masa depanmu wahai anak ku...

19hb March 2008 Bersamaan 11 Rabiul Awal 1428 H...Pagi-pagi lagi aku telah menerima kunjungan tetamu seorang Pakcik yang datang dari salah sebuah kampung di Daerah ini. Seperti biasa aku bertanyakan Pakcik tersebut apa yang boleh aku bantu...pada mulanya aku berangapan kedatangan Pakcik ini untuk memberi sumbangan atau menyampai hajat kepada Anak-anak Bait Al-Amin...namun sebaliknya, ia meminta pertolongan dari aku.

Bergenang air mata Pakcik tu menceritakan satu persatu...barulah aku fahami yang Pakcik tersebut baru tiga bulan kematian menantunya...yang pasti empat orang cucunya kini telah menjadi anak yatim..hilang tempat bergantung. Dalam keadaan kemiskinan hidup ibu kepada empat orang anak tersebut menumpang tinggal dirumah Pakcik tersebut selaku ayah kepada ibu anak-anak tersebut..Apalah daya Pakcik tersebut, beliau juga dalam keadaan kemiskinan hanya sebagai penoreh getah..mengenangkan masa depan cucunya itu dia melangkahkan juga kaki ke Asrama Anak-anak Yatim Bait Al-Amin memohon agar cucunya dapat ditempatkan di Asrama Bait Al-Amin demi masa depan mereka.

Memang aku akui amat sedih mendengar tragedis cerita Pakcik tersebut..hampir cucunya tersebut menganuti agama lain kerana arwah bapanya adalah keturunan Bidayuh Sarawak..manakala keluarga di sebelah arwah bapa anak-anak ini memang mengamalkan ajaran agama lain...pengalaman untuk mengambil kembali anak dan cucunya dari Sarawak untuk dibawa ke Semenanjung sememangnya mempunyai semangat juang yang kental...sukar untuk aku bayangkan..namun aku kagum demi masa depan anak dan cucu-cucunya.

Namun diketika dan saat Pakcik ini meminta pertolongan untuk menempatkan 2 orang daripada 4 orang cucunya di Bait Al-Amin menimbulkan perasaan serba salah pada diri aku...Ini kerana infra pasarana tempat penginapan pelajar sekarang agak terlalu sendat..sebab itulah sekarang ini aku cuba sedaya upaya yang mungkin untuk mendapatkan dana bagi pembinaan blok asrama baru bagi keselesaan penempatan pelajar. Dengan harapan apabila terbinanya blok asrama baru Bait Al-amin ..mungkin aku dapat menerima lebih ramai lagi anak-anak yatim diluar sana yang semestinya memerlukan perhatian...namun apakan daya setakat ini kemampuan yang dapat aku berikan buat masa ini...bersabarlah wahai anak-anak ku.

Petang hari tersebut aku dan abie mengunjungi kediaman Pakcik tersebut untuk melihat anak-anak yatim tersebut..Ya Allah , tersentuh benar hati aku apabila mereka berlari-lari menghampiri kami dan memeluk kami..sedangkan itulah pertama kalinya aku bertemu mereka, mungkin mereka menyangkakan ayah mereka yang telah kembali menemui ilahi pulang semula untuk menemui anak-anak ini....paling yang membuat aku tersentuh apabila terpandang wajah anak kecil comel (Gambar seperti di atas) yang baru berusia 4 bulan menggenggam erat jari aku seolah-olah minta untuk tidak dipisahkan dengan ayahnya yang telah pergi buat selamanya...tanpa dipaksa air mata tergenang juga bila melihat anak kecil ini yang tidak memahami apa-apa terpaksa membesar tanpa ayahnya yang telah pergi buat selama-lamanya.
Lantas bila mengenangkan masa depan anak-anak ini, aku dan abie bersetuju menerima kehadiran anak-anak tersebut di Bait Al-Amin...biar pun dalam keadaan infra yang serba kekurangan ...demi masa depan anak-anak ini yang harus mendapat pembelaan sewajarnya kami menerima dengan tangan terbuka..mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan kami dalam memikul amanah yang diberikan....aminnn.

Tuesday, March 18, 2008

SELAMAT KEMBALI ANAK-ANAK KU...


Alhamdulillah...berkesempatan lagi untuk aku menitipkan bicara di blog Bait Al-Amin. Agak lama juga aku tidak memaparkan cerita terbaru anak-anak Bait Al-Amin memandangkan kebelakangan ini aku agak sibuk sedikit dalam menjalani tugas seharian. Alhamdulillah bisa aku menyambung catatan buat sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke blog Bait Al-Amin.
Alhamdulillah 19hb March 2008..bermulalah sesi persekolahan kembali setelah anak-anak Bait Al-Amin bercuti selama seminggu semperna cuti persekolahan baru-baru ini. Semoga kembalinya anak-anak ini memberikan keazaman yang tinggi untuk terus meneruskan perjuangan sebagai pelajar bagi sesi persekolahan yang baru dibuka.
Tidak dinafikan..cuti seminggu baru-baru ini, aku merasakan kehilangan anak-anak ini, manakan tidak selama ini jerit pekit serta telatah anak-anak ini sentiasa berada di depan mata. Namun aku tidak mahu pisahkan kasih sayang anak-anak ini pada ibu atau waris mereka yang masih ada diluar sana...sebab itulah aku menghantar kesemua anak-anak ini balik ke rumah masing-masing...Alhamdulillah, kini Teratak Usang Bait Al-Amin kembali ceria dengan karenah anak-anak ni yang telah kembali pulang ke asrama. Doa dari aku semoga kebahagian sentiasa bersama anak-anak ini....