Thursday, July 17, 2008

SALAM UKHWAH BTP BIKERS-BLUES & KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (KUIS)

Alhamdulillah...bisa aku meneruskan lagi catatan blog Bait Al-Amin buat teman-teman diluar sana yang sudi bertandang ke Teratak Bait al-Amin.Walaupun dalam kesibukan waktu yang begitu terhad aku cuba juga coretkan di blog ini cerita suka duka, tawa gembira buat anak-anak di Bait Al-Amin.
Alhamdulillah tanggal 12hb Julai 2008 baru-baru ni, Teratak Usang Bait Al-Amin menerima kunjungan ziarah salam ukwah dari sebahagian BTP BIKERS-BLUES (Kelab Bermotosikal Besar) kalau tak silap dari Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor. Kunjungan tersebut hanya kunjungan salam ukhwah sebelum kunjungan sebenar yang dijangkakan pada 9hb Ogos 2008. Melihat kedatangan motor besar sahaja, anak-anak Bait Al-Amin dah teruja..sesungguhnya pihak Bait Al-Amin sangat berbesar hati dan sangat gembira di atas kunjungan tersebut.


Salah seorang ahli BTP Biker-Blues memangku tanda kasih kepada salah seorang anak Bait Al-Amin.. Seperti dirasakan anak ini ayahnya sendiri yang memangku dirinya, walaupun hakikatnya ayah anak ini telah kembali kerahmatullah dan takkan kembali lagi. Dengan sentuhan kasih ini setidak-tidaknya terubat rindu buat anak-anak ini.



Pada hari tersebut juga anak-anak Bait Al-Amin juga dikunjungi beberapa orang pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kedatangan pelajar-pelajar tersebut dalam kerjasama sebagai sukaralewan menganjurkan slot Tahsin Solat buat anak-anak di Bait Al-Amin. Alhamdulillah...walaupun seketika, namun ianya memberi manafaat yang amat berguna buat anak-anak Bait Al-Amin.Insyaallah..pihak Bait Al-Amin mengalu-ngalukan lagi kedatangan pelajar-pelajar dari KUIS.

Monday, July 07, 2008

PENGAJIAN ABG LONG DI POLY-TECH MARA



Alhamdulillah...sesungguhnya dapat lagi aku menitipkan bicara diblog ini yang adakalanya terhenti beberapa kali sebelum ini. Sebenarnya banyak yang ingin aku paparkan di blog ini, namun kesibukan harian memaksa aku tidak dapat menitipkan sesuatu di blog ini.
Segala-galanya yang aku lakukan buat Anak-anak Bait Al-Amin..pasti apa yang aku harapkan kegembiraan buat anak-anak di sini.Biarpun siang berganti malam...malam berganti siang..namun kehidupan kita di Teratak usang Bait Al-Amin pasti diteruskan.
05hb Julai 2008...bermulanya Sessi pengajian dan pendaftaran Abang Long yang diterima masuk untuk memulakan pengajian di Kolej Poly-Tech Mara Ipoh dalam Program Diploma In Multimedia. Seawal pagi lagi aku dan beberapa anak-anak Bait Al-Amin menghantar Abg Long (Abg Zul) ke Kolej bagi urusan pendaftaran pelajar..entah kenapa tiba-tiba aku terkenang semula ketika satu masa dulu tatkala aku mendaftarkan diri di IPTA. Abang Long bertuah, walaupun ibu tak dapat menghantar Abg Long ke Kolej..tapi Abg Long masih ada aku selaku ayah kepada anak-anak Bait al-Amin dan juga adik-adik yang menghantar Abg Long ke Kolej..tapi aku segala-galanya terpaksa lakukan sendiri kerana kesusahan kehidupan satu ketika dulu setelah ayah pergi buat selama-lamanya menemui ilahi.Menjejakkan kaki aku di Sm.Teknik Pulau Pinang hanya ketua kampung yang menghantar...pendaftaran aku di IPTA terpaksa aku lakukan sendiri...namun Abg Long cukup bertuah.
Tapi cukup bertuahnya pelajar-pelajar yang lain yang turut mendaftar bersama Abg Long , kerana masing-masing ditemani ibu dan ayah...
Alhamdulillah...segala urusan pendaftaran telah selesai. Abg Long menginap di Asrama yang disediakan oleh pihak Kolej.Kini bermulalah alam baru Abang Long di Kolej IPT..
Sebelum melangkah meninggalkan pergi...sempat aku memberi kata-kata perangsang buat Abang Long. Peluang datang hanya sekali..gunakan sebaik-baik mungkin...Belajar bersungguh-sungguh kerana sesungguhnya Ilmu itu adalah harta yang paling berharga..Pesanan terakhir sebelum meninggalkan Abg Long dan kawan-kawan baru...JANGAN TINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU..itulah tiang agama yang harus dijaga.
Abang Long...
Semua Anak-anak Bait Al-Amin mendoakan Abg Long berjaya didalam mengharungi kehidupan di alam pengajian...Semoga Berjaya.

Thursday, June 19, 2008

KUNJUNGAN ZIARAH DARI PELAJAR MRSM GERIK

Kenangan Bersama Pelajar-pelajar MRSM
Alhamdulillah...Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin kembali meriah bila anak-anak Bait Al-Amin pulang ke Asrama selepas bercuti panjang selama Dua minggu. Dah masuk ke pertengahan tahun..yang pastinya perjuangan sebagai seorang pelajar harus di teruskan.
14hb June 2008...Teratak Usang Bait Al-Amin dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari MRSM Gerik dengan iringi oleh Cikgu Abang Aidil selaku guru pengiring. Sesungguhnya kedatangan pelajar-pelajar MRSM sangat-sangat dialukan...pihak Bait Al-Amin sangat berbesar hati menerima kunjungan pelajar-pelajar tersebut.


Cikgu Abang Aidil Bersama Para Pelajar MRSM & Bait Al-Amin
Jalinan Ukhwah jelas terpancar pada anak-anak Bait al-Amin dan juga pelajar-pelajar MRSM. Kedatangan pelajar-pelajar MRSM Gerik ke Teratak Bait Al-Amin, setidak-tidaknya memberi peransang buat anak-anak Bait Al-Amin untuk berjaya di dalam pelajaran..



Kenangan Sebelum Bertolak Pulang Ke MRSM Gerik


Walaupun kunjungan Pelajar-pelajar MRSM hanya seketika..namun seperti dapat anak-anak Bait Al-Amin dapat merasakan keakraban yang cukup erat. Disaat perpisahan sudah pasti ada air mata yang akan mengalir..sekejap sangat dirasakan persinggahan tersebut.
Namun apa yang diharapkan agar pertemuan kita semua pada hari tersebut tidak ternoktah..semoga pertemuan tersebut terjalin lagi pada masa-masa yang akan datang.

Buat Cikgu Abang Aidil dan Pelajar MRSM

"Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-layuan
Intai Kami Antara Nampak
Esok Jangan Rindu-rinduan..."

Sunday, June 01, 2008

SELAMAT BERCUTI ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN

Terasa Sunyi Sangat Bila Anak-anak Bait AL-Amin Pulang Ke Kampung Masing-masing. Cuti Sekolah Yang Panjang Lebih Kurang Dua Minggu...Di Teratak Bait Al-Amin Memang Sunyi Sepi, Manakan Tidak, Sekiranya Kalian Ada Seawal Dingin Pagi Hinggalah Lewat Malam Pasti Ada Sahaja Telatah-telatah Kalian Yang Tak Henti-henti. Suara Ayah & Abie Pasti Bersahut-sahut Menyuruh Kalian Mandi Bila Mentari Hampir Tenggelam, Surau Kita Bergema Dengan Bacaan-bacaan Al-Quran Setiap Kali Selepas Maghrib Bila Ayah Mengajar Kalian Mengaji Al-Quran..Pasti Juga Terdengar Pekikan Adik Bongsu Dida Yang Tak Habis-habis Kena Usik Oleh Kalian...


Selamat Bercuti Buat Anak-anak Bait Al-Amin...Sudah Pasti Ayah Akan Menanti Kepulangan Kalian Ke Teratak Bait Al-Amin.

Wednesday, May 07, 2008

HAPPY BIRTHDAY ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN

ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN YANG MENYAMBUT HARI JADI

ADIK HEZAL SEDANG MEMOTONG KEK


SITI AISHAH DAN DIYA TURUT MEMOTONG KEK

HAPPY BIRTHDAY BUAT ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN, DAH BERTAMBAH UMUR KALIAN...DEKAT SINI KITA MERAIKAN BERSAMA KAWAN-KAWAN..SEMUANYA SERONOK...TAPI KALAU DIRUMAH BELUM TENTU KALIAN DAPAT MERAIKAN BERSAMA TEMAN-TEMAN.
SEMOGA KALIAN SEMUA MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH YANG SENTIASA MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH TAALA.

Tuesday, April 29, 2008

LAWATAN KE MARKAS ARMADA TLDM LUMUT

Putera Bait Al-Amin Di Hadapan Kapal KD Hang Tuah
Ya Allah...terasa terlalu lama sangat kali ni aku tidak mencoretkan sesuatu di Blog ini, Lebih sebulan rasanya. Almaklum banyak sangat urusan yang terpaksa di selesaikan terutama urusan anak-anak ni..Syukran Jazakallah atas kesudian sahabat-sahabat yang sudi bertandang ke Teratak Usang Bait al-Amin...Terima kasih juga atas email-email yang dihantar ke mailbox Bait Al-Amin...sesungguhnya aku cukup menghargainya.


Puteri Bait Al-Amin Di Hadapan Kapal KD HangTuah
Tanggal 26hb April 2008 Baru-baru ni, anak-anak Bait Al-Amin berpeluang mengadakan lawatan ke Markas Armada Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) semperna hari terbuka Markas Armada. Terima Kasih atas kesudian Hamba Allah yang sudi membawa anak-anak ke lawatan tersebut. Di kesempatan lawatan tersebut, anak-anak Bait Al-Amin tidak melepaskan peluang untuk menaiki Kapal-kapal laut..peluang yang ada pasti tidak akan dilepaskan.



Banyak Yang Ditanyakan Kepada Abang TLDM Tu..

Terima kasih atas layanan abang-abang TLDM yang sudi menceriakan anak-anak Bait Al-Amin pada hari teresbut. Banyak soalan yang ditanyakan...mudah-mudahan ada diantara anak-anak ni akan menjejaki kaki disini nanti sebagai Pegawai TLDM...InsyaAllah.



Bersantai Di Pantai Teluk Batik


Alhamdulillah...setelah penat melihat pelbagai-bagai acara di Markas Armada tersebut, sebelum pulang ke Asrama, anak-anak Bait Al-Amin bersantai dan mandi-manda di Pantai Teluk Batik.
Memang anak-anak ni seronok sangat, pantang jumpa peluang mandi laut...Tapi yang pasti aku cukup puas bila melihat anak-anak ni cukup gembira. Apa lagi yang dapat aku gembirakan buat anak-anak ni...sekadar yang termampu yang ayah lakukan buat kalian semua.

Sunday, March 23, 2008

JALINAN KASIH BERSAMA MAHASISWA-MAHASISWI UPSI

Kenangan Anak-anak Bait Al-Amin Bersama Pelajar-pelajar UPSI
Kenangan Sebelum Berpisah

Program Jalinan Kasih Bersama pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim pada 22hb hingga 23hb March 2008 Alhamdulillah selamat dijalankan.
Apa yang aku dan anak-anak Bait Al-amin nyatakan perasaan yang amat terharu di atas kunjungan Sdr Norfazlan selaku Pengarah Program bersama rombongan nya ke Teratak Usang Bait Al-Amin. Kehadiran kalian ke Bait Al-Amin sebenarnya telah dapat menceriakan anak-anak disini yang sememangnya dahagakan kasih sayang dari kakak-kakak dan abang-abang mereka.
Perkampungan 2 hari 1 malam dirasakan teramat pantas masa berlalu seolah-olah aku merasakan baru sebentar sahaja kalian mengunjungan anak-anak Bait Al-Amin. Saat-saat perpisahan amat dirasakan ...seolah-olah anak-anak Bait Al-amin ini tidak mahu melepaskan kalian pergi..namun apakan daya masa dan takdir menentukan segala..
Bait-bait puitis lagu nyanyian yang dipersembahkan oleh anak-anak Bait Al-Amin sebelum kalian pergi sesungguhnya aku pasti ianya meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri kalian...biarkanlah air mata itu mengalir sesungguhnya ia lahir dari perasaan dan sanubari diri kalian semua.
Buat anak-anak Bait Al-Amin..bersyukurlah, sesungguhnya diri kalian masih ada insan-insan diluar sana yang menyayangi kalian. Buat bakal-bakal pendidik UPSI, sekali lagi terima kasih yang tak terhingga dari aku dan anak-anak Bait Al-Amin di atas kehadiran kalian ke Teratak Bait Al-Amin.
"Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-layuan
Intai Kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan"