Friday, August 22, 2008

KEMBALI RASA BERTUHAN DAN RASA BERIBU BAPA



Alhamdulillah...sedar tak sedar dah nak sampai penghujung percutian sekolah Anak-anak Bait Al-Amin. Cuti kali ni tak panjang cuma seminggu sahaja. Anak-anak Bait Al-Amin tidak balik ke rumah masing-masing kerana banyak program yang telah disusun untuk mereka.
Sepanjang seminggu ni, banyak urusan Anak-anak Bait Al-Amin yang perlu aku persiapkan. Rasanya seminggu ni dah dua @ tiga kali aku terpaksa turun naik ke Kuala Lumpur.
Apa yang ingin aku kongsikan kali ini adalah salah seorang anak Bait Al-Amin dalam katogeri anak yatim piatu. Terlalu banyak cabaran untuk mendidik pelajar tersebut. Banyak kes disiplin yang dilakukannya samada di sekolah atau pun di Asrama Bait Al-Amin. Adakalanya sampai menguji kesabaran aku dan abie untuk mendidiknya. Kalau ikutkan rekod file pelajar tersebut memang sepatutnya telah lama dibuang asrama.....Tapi, kemana arah tuju beliau sekiranya aku buang dia dari Teratak Bait Al-Amin...Allahuakbar...tak tahu apa lagi cara yang harus aku lakukan.
Alhamdulillah...dalam kebuntuan apa yang harus aku lakukan, aku diperkenalkan dengan salah satu pusat Motivasi yang dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Survivor Camp di Sg. Congkak Hulu Langat Selangor.Why not...aku cuba??..Bermulanya cuti sekolah baru-baru ni tanpa pengetahuan tujuan sebenar aku mendaftarkan dirinya di Kem tersebut..dengan harapan ada perubahan pada diri beliau. Sebelum aku tinggalkan beliau dalam kem tersebut selama 5 hari 4 malam...sempat aku beritahu padanya...apa yang aku lakukan tanda kasih sayang aku padanya untuk melihat beliau menjadi insan yang soleh.
Hari ini...aku, abie dan beberapa orang anak-anak Bait Al-Amin pergi ke Kem tersebut untuk menjemput beliau kembali setelah habis program di kem tersebut. Ya Allah...semasa majlis penutup yang dihadiri kira-kira lebih seratus orang ibu-bapa yang turut hadir menjadikan suasana begitu pilu sekali..satu persatu pelajar-pelajar kem tersebut diserahkan kembali kepada keluarga masing...yang pasti ada air mata yang mengalir, suara anak-anak meminta ampun dengan tangisan keesakan tak dapat dibendung lagi...sujudnya anak-anak mencium kaki ayah dan ibu yang tak pernah di lakukan sebelum ini.
Sehinggalah saat dan ketika aku menerima anak Bait Al-Amin ini..hanya Allah yang dapat merasakan bertapa perasaan yang sedang aku hadapi ketika itu. Apabila Ustaz Ahmadi mengumumkan beliau adalah anak yatim piatu yang kehilangan kasih sayang ayah dan ibu cuma kami di Bait Al-Amin lah sebagai penjaganya. Air matanya bercucuran, memeluk aku dengan penuh erat menyatakan bertapa banyaknya dosanya selama ini...Ya Allah, bertapa engkau telah melembutkan hati anak ini...Alhamdulillah. Aku tidak mampu untuk berkata apa-apa cuma air mata yang cuba aku pertahankan dari tadi tidak mampu untuk terus bergenang menandakan kesyukuran dan kegembiraan...Yang hanya aku mampu berdoa pada Allah semoga anak ini istiqamah dalam kehidupan sehariannya...yang pasti aku tetap menyanyangi kalian semua Anak-anak di Bait Al-Amin.


1 comment:

A.D@M.K Hamdan said...

SALAM, ANA BERTUAH & BERSYUKUR DIKURNIAKAN SEORANG SAHABAT YG BERJIWA BESAR,PENYABAR & PENYAYANG SEPERTI ENTA. MOGA ALLAH KURNIAKAN GANJARAN-NYA BUAT ENTA. ANA DOAKAN ENTA TETAP ISTIQOMAH & KUAT DALAM MENJALANKAN KERJA-KERJA AMAL SELAGI NYAWA DIKANDONG BADAN.