Monday, August 11, 2008

TERIMA KASIH... BTP-BIKERS BLUES













Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar, Majlis Kesyukuran Semperna Penyerahan Bangunan Asrama Putera Anak-anak Yatim Bait Al-Amin Oleh Bank Kerjasama Rakyat dapat berjalan dengan sempurna dan lancar. Masih lagi terasa keletihannya..seakan keletihan tersebut hilang apabila melihat kemeriahan majlis tersebut diluar jangkaan. Kehadiran teman-teman,Masyarakat sekeliling, Pelajar-pelajar Tahfiz yang berdekatan turut memeriahkan majlis tersebut. Ditambah pula kehadiran Cik Mazlin dan Krew Bersamamu TV3, Kumpulan Nasyid Far East dan Juga BTP BIKERS BLUES menjadikan majlis tersebut bertambah meriah.

Sekalung penghargaan Terima Kasih yang tak terhingga dari Anak-anak Bait Al-Amin buat Konvoi Motosikal Besar BTP BIKERS BLUES Dari Bandar Tasik Puteri Selangor yang sudi memeriahkan Majlis pada hari tersebut. Tak terungkap dengan perkataan sebenarnya bila kegembiraan dan keceriaan Anak-anak Bait Al-Amin terpancar dari riak wajah. Buat Sdr. Azza dan Semua BTP BIKERS BLUES anak-anak Bait Al-Amin sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian semua.
Bantuan yang dihulurkan amat bermakna buat kami di Bait Al-Amin..sesungguhnya masih ada yang sudi mendengar rintihan hati Anak-anak Bait Al-Amin.Kegembiraan anak-anak terpancar apabila berpeluang menaiki motosikal besar mengelilingi Persekitaran Pekan Parit...Sehingga kalian semua telah pulang, anak-anak Bait Al-Amin masih lagi menceritakan kenangan manis mereka menaiki motosikal besar walaupun malam melebarkan kegelapannya...ya...yang pasti mereka puas.
Bagi aku...kegembiraan anak-anak Bait Al-Amin, kegembiraan buat diri aku juga..adakalanya aku tidak dapat untuk memberikan kegembiraan berpanjangan buat anak-anak ini...namun kehadiran kalian..membuatkan aku bisa tersenyum dan terus tersenyum melihat telatah anak-anak yang aku sayangi.
Sekali lagi...Terima Kasih Yang Tak Terhingga dari kami di Teratak Bait Al-Amin. Diharapkan Pertemuan Pada Hari Ini Tidak Akan Terhenti Setakat Disini Sahaja...InsyaAllah Kalau Ada Umur Yang Panjang Bisa Kita Berjumpa Lagi....Yang Pasti Kenangan BTP BIKERS BLUES bersama Anak-anak Bait Al-Amin tetap terpahat diingatan.
SALAM DARI ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN

2 comments:

ijad said...

salam.. apa khabar...

Jai said...

Salam

Memang kenangan bersama anak-anak ini takan dapat kami lupakan dari dalam ingatan kami. Insyaallah kami akan berkunjung lagi kesana jika ada kesempatan waktu.

Semoga kalian semua akan menjadi insan yang berguna kepada ugama, bangsa dan negara bila dewasa kelak. Biar pun kamu dibesarkan serba kekurangan tetapi percaya masih ramai lagi insan didunia ini yang lebih susah dari anda.

Oleh itu jangan jadikan ia sebagai satu alasan atau halangan untuk anda semua maju kehadapan.

Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengubah nasib umatnya, melainkan umatnya sendiri yang akan mengubahnya.

Akhir kata "Selamat Menyambut Ramadan" yang akan tiba tidak lama lagi.

Doaku buat kalian semua semoga setia diberkati dan dilindungi oleh Allah S.W.T setiap masa dan ketika.

Salam Sayang
Jai - BTP Bikers Blues