Tuesday, September 16, 2008

MALAM KASIH RAMADHAN: ZIARAH LEBARAN

MURNINYA HATI ERMA
SEBAHAGIAN petugas program Malam Kasih Ramadan yang memberi
makna cukup mendalam buat Erma dan keluarga

Lebih 500 anak yatim dan warga emas diundang memeriahkan Malam Kasih Ramadan:
Ziarah Lebaran
PADA senja itu, langit Ramadan di kawasan East Garden Lawn, di Hotel Palace Of The Golden Horses cukup tenang dan mendamaikan. Terang bulan yang menyinari semesta alam serta cuaca indah tanpa menampakkan tanda-tanda hendak hujan seperti lazimnya seakan-akan merestui projek amal bakti yang sedang diusahakan figura yang cukup terkenal dalam industri hiburan tanah air ini.
Dari jauh lagi kelihatan dia terkejar ke sana ke mari bagi memastikan majlis yang dianjurkan setahun sekali ini berlangsung dalam keadaan sempurna. Biarpun agak lelah namun di wajahnya tidak terukir situasi seperti itu. Sebaliknya, apa yang dilihat adalah terpancar cahaya kepuasan yang mungkin tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Saban tahun, setiap kali bulan yang penuh keberkatan ini menjengah, bagaikan satu rutin buat Erma Fatima untuk menganjurkan Malam Kasih Ramadan: Ziarah Lebaran, sebuah acara yang berkonsepkan amal jariah.
Dan untuk tahun ini, Erma menerusi badan amal Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia melakukannya dengan cara yang sedikit berbeza dari tahun lalu apabila memilih lokasi luar serta mengundang lebih 500 anak yatim dan warga emas dari seluruh negara.


SUASANA meriah Malam Kasih Ramadan 2008: Ziarah Lebaran, Sabtu lalu.

“Alhamdulillah, tahun ini ada ramai pihak yang sudi menghulurkan bantuan dan ini membolehkan kami mengundang seberapa ramai anak yatim dan warga emas untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.
“Setiap tahun kami akan bekerjasama dengan rumah kebajikan yang tidak ditanggung kerajaan. Bukannya apa, rumah kebajikan seperti ini biasanya lebih daif dan lebih memerlukan bantuan mereka.
“Saya juga bersyukur kerana program ini berlangsung dengan sempurna walaupun tempoh persediaan penganjurannya tidak sampai dua minggu,” ujar Erma ketika ditemui sejurus selepas acara itu berakhir.
Katanya, kanak-kanak terbabit pada sebelah siangnya turut menghadiri kem motivasi bagi memantapkan ilmu kerohanian mereka, iaitu satu aktiviti yang dibuat pada setiap tahun..



PERSEMBAHAN Siti yang sentiasa dikelilingi kanak-kanak sewaktu menyampaikan
lagu.(Gambar kanan) NOORKHIRIAH mendeklamasikan sajak berjudul
Ibu dengan penuh perasaan.


Bukan sekadar menghimpunkan yang kurang bernasib baik serta menjamu mereka dengan hidangan lazat serta memberi sumbangan duit raya tetapi juga ia memercikkan makna apabila Erma mempertemukan kembali anak
dan ibu serta ayah yang sudah lama terpisah.
“Memang menjadi hasrat saya untuk menyatukan semula hubungan anak dan ibu bapa mereka yang selama ini terputus sebaik saja mereka menghantar kedua ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tua. Tapi, biasalah, tak semua yang mahu bertemu dengan ibu bapa mereka.
“Apabila saya hubungi mereka, ada saja alasan yang diberikan. Tapi, saya bersyukur kerana ada tiga keluarga yang sudi untuk berbuat demikian. Gembira dan sayu apabila melihat orang tua terbabit begitu teruja melihat anak kesayangan berada di depan mata mereka,” ceritanya lagi yang turut dibantu 10 kakitangannya.
Sambung Erma lagi, hasrat murni itu akan tetap diteruskan pada masa hadapan. Bagaimanapun, pendekatannya agak berbeza dengan apa yang dilakukannya itu.
“Mungkin saya akan satukan mereka supaya mereka boleh sambut hari raya bersama-sama.Dan tak semestinya mereka menyambut hari raya di rumah. Mungkin kami akan menyewa chalet dan anjurkan sambutan itu di sana.
“Apapun, ini semua masih dalam perancangan dan saya serta semua pihak dari yayasan a kan berusaha untuk menjadikan ia satu kenyataan,” jelas Erma yakin.
Artis popular turun padang
Hasrat murni Erma untuk sama-sama membahagiakan mereka yang kurang bernasib baik nampaknya mendapat perhatian ramai pihak. Bukan saja dari segi penajaan tetapi kebanyakan artis yang hadir memeriahkan acara itu bukan calang-calang.
Kehadiran Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Mawi, Amy Search, Awie, Farawahida, Siti Sarah,Waheeda, Art Fadzil serta Ekin dan Fahrin yang bertindak sebagai pengacara menjadikan acara itu cukup meriah apatah lagi apabila mereka ini sudi menyumbangkan suara mereka mengalunkan pelbagai rentak lagu sebagai santapan halwa telinga tetamu yang hadir.
Paling mengusik perasaan apabila pelakon berkarakter, Noorkhiriah mengundang air mata tetamu sewaktu mendeklamasikan sajak berjudul Ibu. Nada suara penuh pilu serta penuh penghayatan menyebabkan suasana hening seketika apabila masing-masing tersentuh dengan baris ayat dari sajak yang cukup menyentuh kalbu itu.
Kemeriahan malam itu diteruskan dengan persembahan nyanyian lagu raya dari artis yang diundang dan kemuncak acara apabila Siti menyanyi sambil dikelilingi anak-anak yatim yang begitu ralit bermain bunga api.
Terbayang keseronokan di wajah anak-anak itu apabila mereka berpeluang mendekati penyanyi yang selama ini hanya dapat dilihat menerusi kaca TV. Setidak-tidaknya acara seperti dapat melupakan seketika kesedihan di hati mereka yang akan menyambut hari lebaran tanpa orang tersayang di sisi.
Sebagai penutup acara, Malam Kasih Ramadan:Ziarah Lebaran ini menampilkan persembahan Mawi yang menyampaikan lagu Rindu Padanya ciptaan Yassin. Program ini turut mendapat kerjasama RTM dan akan disiarkan pada Aidilfitri yang bakal menjengah Oktober depan


Oleh Farihad Shalla Mahmud

mailto:Mahmudfarihad@bharian.com.my

Sunday, September 14, 2008

MALAM KASIH RAMADHAN-ZIARAH LEBARAN

Bersama Erma Fatima Tunjang Utama Majlis Tersebut
"Terima Kasih Pn. Erma dari Anak-anak Bait Al-Amin"
Bersama Amy Search, Terharu bila Amy juga turut
bersama untuk membela anak-anak Yatim Tahfiz.

Anak-anak Bait Al-Amin tidak ketinggalan merakamkan kenangan
bersama Awie.

Bergambar bersama BOB AF

Adik Dida begitu teruja bermain bunga api

Mawi juga turut bersama Di Majlis tersebut

Dato' Siti Nurhaliza yang turut menjadi perhatian Anak-anak Yatim

Kenangan Bersama Dato' Siti Nurhaliza

Anak-anak Bait Al-Amin menerima Duit Raya Dari Dato' Siti

Wajah-wajah Comel Anak-anak Bait Al-Amin

Malam Kasih Ramadhan & Ziarah Lebaran..Alhamdulillah satu majlis dimana lebih kurang hampir 500 orang anak-anak yatim di seluruh Malaysia dihimpunkan di dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia pada tanggal 13hb September 2008. Rumah anak-anak Yatim Bait Al-Amin salah sebuah rumah anak-anak Yatim yang dijemput di dalam majlis tersebut. Memang anak-anak Bait Al-Amin begitu teruja, mana kan tidak dapat berjumpa ramai artis-artis yang turut sama menjayakan majlis tersebut. Aku difahamkan program tersebut merupakan rakaman yang akan disiarkan untuk tayangan Hari Raya Aidilfitri di RTM 1 semperna menjelang syawal nanti. Kalau selama ini anak-anak Bait Al-Amin hanya melihat di kaca TV sahaja artis-artis terkenal, namun di majlis tersebut anak-anak Bait al-Amin dapat bertentang mata, bersalaman dan berbual mesra bersama artis-artis tersebut...bertuah kalian. Paling menjadi perhatian Adik Dida (Hezal)...sentiasa sahaja mendapat perhatian di majlis tersebut sampaikan Datuk Siti Nurhaliza dan Dato' K turut melayan telatahnya.
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Seni Prihatin Malaysia lebih-lebih lagi kepada Pengerusi Yayasan Pn. Erma Fatima yang telah menjemput kami dan begitu prihatin bukan sahaja kepada anak-anak yatim malah kepada warga-warga emas yang dijemput. Seharusnya usaha-usaha murni tersebut patut dicontohi oleh pihak-pihak lain yang begitu prihatin kepada insan-insan kurang bernasib baik.
Dikesempatan majlis tersebut ..sempat juga aku berkenal-kenalan dengan rumah anak-anak yatim yang turut hadir dimajlis tersebut...sukar untuk aku lupakan..sesungguhnya matlamat kami sama untuk mendidik anak-anak yang kurang bernasib baik ini agar menjadi insan yang berguna bukan sahaja pada agama, bangsa dan negara malah yang paling utama kepada Allah SWT.
Jelas kegembiraan terpancar diwajah kalian anak-anak ku..kegembiraan dan keseronokan yang kalian nikmati..sesungguhnya aku juga turut sama merasakan.

Monday, September 08, 2008

ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN BERSAHUR






Alhamdulillah...sedar tak sedar dah masuk sembilan hari kita menunaikan ibadah puasa..yang pasti Anak-anak Bait Al-Amin turut bersama menunaikan ibadah tersebut.Alahai kesian bila melihat anak-anak yang masih kecil berusaha untuk berpuasa penuh..Anak-anak yang dewasa tidak ada masalah sangat, cuma yang kecil kadang-kadang terpaksa berpuasa sekerat hari. Tapi aku kagum..mereka cuba juga sedaya upaya untuk menghabiskan puasa mereka.
Jam 5.00 pagi seperti biasa aku mengejutkan mereka dari tidur untuk bersahur...macam-macam gelagat yang aku perhatikan pada anak-anak ni, terutama yang masih kecil cukup liat nak bangun. Kalau dah bangun pun kat Kantin masih lagi sempat tertidur sedangkan kawan-kawan yang lain kusyuk bersahur menjamah makanan.
Sempat aku merakamkan beberapa keping foto gelagat anak-anak Bait Al-Amin ketika bersahur...tengok aja anak yang paling bongsu Adik Hezal (Dida) lena dan terus terlena diulit mimpi. Yang pasti telatah kalian semua membuatkan aku sentiasa tersenyum dan adakalanya tersentuh bila mengenangkan kalian bersahur dan berpuasa tanpa disisi ibu dan ayah tercinta.

SEJENAK BERSAMA PELAJAR-PELAJAR UPSI









Salam Ramadhan...Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dalam bulan yang penuh dengan barakah. Mudah-mudahan segala amal iabadah kita diterima oleh Allah SWT. Syukur..tak terlambat rasanya aku nak ucapkankan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dan Selamat Berpuasa" buat semua pelajar-pelajar UPSI dari Falkulti Sains Sosial & Kemanusiaan Sesi 2008/2009. Perkampungan selama 3Hari 2 Malam pelajar-pelajar UPSI di Teratak Bait Al-Amin baru-baru ni sangat bermakna buat Anak-anak Bait Al-Amin apatah lagi sambutan Merdeka juga turut dilakukan bersama-sama.Sedikit-sebanyak gambar-gambar yang dapat aku uploadkan di blog ini sebagai tanda kenangan dari Anak-anak Bait Al-Amin.InsyaAllah kita akan berjumpa lagi...dari kami di Bait Al-Amin kenangan bersama kalian sentiasa terpahat di hati.

Sunday, August 31, 2008

SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Seusai Menunaikan Solat Terawih


Alhamdulillah....Allah masih lagi panjangkan umur kita untuk kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh Barakah Bulan Ramadhan.
Di kesempatan ini kami anak-anak Bait Al-Amin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah.
Terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi bertandang di Teratak Bait Al-Amin, terima kasih juga atas segala bantuan dan sumbangan yang dihulurkan buat anak-anak Bait Al-Amin.
Doa dari kami kalian semua dimurahkan rezeki.
SELAMAT BERPUASA
DARI
ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN

RANTAIAN KASIH BAIT AL-AMIN UKHWAH ABADI TERJALIN ERAT - UITM

Kenangan Bersama Anak-anak Bait Al-Amin


Kenangan Bersama Anak-anak Bait Al-Amin


Sebahagian Pelajar-pelajar UITM

Prof. Madya Dr. Norlida Dan Pn. Mahayum Sedang Menyaksikan Sukaneka

Anak-anak Bait Al-Amin Dalam Acara Sukaneka


Alhamdulillah...syukur, biasa aku menitipkan lagi cerita anak-anak Bait Al-Amin di blog ini. Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi bertandang ke Blog Teratak Bait Al-Amin..keperihatinan kalian sangat-sangat dihargai oleh anak-anak Bait Al-Amin di sini.

30hb Ogos 2008..Teratak Bait Al-Amin menerima kunjungan Pelajar-pelajar UITM Cawangan Seri Iskandar dari Falkulti Pengurusan Dan Teknologi Pejabat. Bersama dengan Tn. Hj Azmi selaku pensyarah serta penasihat program, Prof.Madya Dr. Norlida, Pn. Mahayum dan En. Syafiq selaku panel penilai program pelajar tersebut.

Majlis yang diberi nama " Rantaian Kasih Bait Al-Amin Ukhwah Abadi Terjalin Erat" amat bersesuaian dengan perlaksanaan yang dijalankan. Sedikit perhatian dan belaian kasih sayang yang diberikan kepada Anak-anak Bait Al-Amin sudah pasti membuatkan anak-anak Bait Al-Amin merasa gembira.

Tahniah diucapkan kepada Siti Aishah Bt Suliman selaku pengarah projek tersebut yang bertungkus lumus bersama teman-teman UITM bagi menjayakan majlis tersebut. Majlis yang dirasmikan oleh En. Yusof Bin Ibrahim selaku Penghulu Mukim Belanja mengajak Mahasiswa dan Mahasiswi agar sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka-mereka yang memerlukan seperti anak-anak yatim dan warga miskin.

Buat semua pelajar-pelajar UITM yang hadir pada hari tersebut, sekalung tahniah penghargaan diucapkan, walaupun masa yang begitu singkat..seperti kemesraan yang terjalin bersama anak-anak Bait Al-Amin telah lama terjalin erat.

Harapan dari Anak-anak Bait Al-Amin...datanglah lagi ke Teratak kami...sesungguhnya Anak-anak Bait Al-Amin sentiasa menanti kedatangan kalian semoga Uhwah Abadi Sesama Kita Akan Terjalin Erat....

Saturday, August 30, 2008

BERSANTAI DI LOST WORD TAMBUN

Bersantai Di Lost Word Tambun


Bersantai Di Lost Word Tambun

Program Kecermelangan Pelajar Di UTP


Alhamdulillah...hampir seminggu aku tidak mencatatkan sesuatu di blog Bait Al-Amin disebabkan kekangan waktu yang tidak mengizinkan.Bermulanya cuti persekolahan baru-baru ni..Anak-anak Bait Al-Amin berkampung di Universiti Teknologi Petronas bagi mengikuti kursus Kecermelangan Pelajar.

Alhamdulillah...banyak jemputan kenduri yang dihadiri Anak-anak Bait Al-Amin sepanjang cuti yang lepas.Mungkin Ramadhan yang hampir tiba...Kebanyakkan daripadanya kenduri menyambut Ramadhan.

Sehinggalah dipenghujung Cuti pada 22hb hingga 23hb Ogos 2008, Teratak Bait Al-Amin dikunjungi Mahasiswa-mahasiswi dari UPSI bagi program kemasyarakatan...dengan tema " Nur Di hatimu, Cahaya Dimataku"...terimakasih sdr Shaiful UPSI.

Terima kasih diatas kunjungan para tetamu yang sudi bertandang ke Teratak Bait Al-Amin sepanjang minggu lepas termasuklah dari Puspanita JKR Kuala Lumpur, Seri Kandi Adun Pangkor, Carsem Cawangan Jelapang, En. Kamarul sekeluarga dari Mardec, En Azhari dan rombongan dari Ipoh dan mereka-mereka yang tak dapat hendak aku titipkan satu persatu disini...Doa dari kami Anak-anak Bait Al-Amin semoga semuanya dimurahkan rezeki.

Dalam kesibukan program-program Anak Bait Al-Amin..hampir aku terlupa janji aku untuk membawa Anak-anak Bait Al-Amin untuk bercuti dan bersantai..Ya Allah...hampir aku terlupa.

Sebaik sahaja Majlis Penutup bersama Pelajar UPSI pada pagi Ahad 24hb Ogos 2008,..ada sedikit masa yang perlu aku penuhi janji aku dengan Anak-anak Bait Al-Amin memandangkan minggu berikutnya ada program bersama pelajar UITM dan juga Satu lagi Kumpulan Mahasiswa dan Mahasiswi yang akan berkampung selama 3hari dua malam di Teratak Bait Al-Amin.

Lantas sedikit masa yang ada sehari sebelum sesi persekolahan di buka, aku memenuhi janji anak-anak Bait Al-Amin dengan membawa mereka bersantai Di Lost Word Tambun.

Ya Allah..aku puas bila melihat anak-anak Bait Al-Amin teramat gembira...apa yang mampu aku katakan lagi, melainkan kegembiraan anak-anak Bait Al-Amin kegembiraan diri aku juga.