Tuesday, February 12, 2008

Anak-anak Bait Al-Amin Di Teluk Batik

Bersiap Sebelum Menuju Ke Pantai Untuk Mandi-manda

Alhamdulillah bisa aku mencoretkan lagi bicara di bllog ini buat tatapan sahabat-sahabat yang sudi bertandang ke blog Bait Al-Amin. Baru-baru ni semperna cuti tahun baru cina aku berkesempatan membawa anak-anak yatim Bait Al-Amin untuk bersantai dan rehlah di Pantai Teluk Batik. Sememangnya itulah yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak ini..tak sabar-sabar nak mandi laut. Kami bertolak dari Asrama lebih kurang jam 3.00 ptg selepas solat Jumaat. Masing-masing dah tak sabar menanti munculnya bas sekolah yang membawa kami ke sana. Alhamdulillah…jam 5.00 petang kami sampai di Teluk Batik. Kami menginap di Resort Motel D’Batik..mujurlah tempahan penginapan yg aku buat dua minggu lepas masih ada lagi…kalau tidak tak bercutilah anak-anak ni. Selepas solat Asar berjemaah…memang anak-anak ni tak sabar untuk mandi-manda di laut..MasyaAllah…terlalu ramai hari tu, seolah-olah seperti ada pesta keramaian di tepi pantai..maklum sahajalah cuti panjang..inilah masanya semua untuk bersantai.


Saat-saat Yang Dinanti-nantikan Untuk Mandi Di Laut

Jam 6.30 aku arahkan anak-anak ni naik sebab dah nak malam..memang tak puas anak-anak ni mandi..tapi tak per esok masa yang panjang…mandilah sepuas-puasnya. Selepas solat magrib berjemaah kami dijamu oleh pihak resort dengan menu makan malam…tak sangka banyak sangat makanan yang disajikan untuk anak-anak ni…sampaikan buah durian pun turut disediakan buat anak-anak ni…bertuah kalian..Syukur Alhamdulillah memang murah rezeki anak-anak ni
Sekali-sekali Kena Tanam Dengan Pasir Seronok Juga

Selesai solat Isyak berjemaah…kami adakan sesi muhasabah diri..dalam keseronokan yang anak-anak ni lalui ketika ini..jangan lupa masih ada insan diluar sana yang tidak berkesempatan untuk merasai apa yang anak-anak ni rasa. Bersyukurlah atas nikmat yang Allah kurniakan..Jam 11.00 malam semuanya dah melelapkan mata..terlalu letih mandi di laut petang tadi agaknya.
Makan Malam..Memang Tak Sabar Dah Lapar Sangat
Keesokan harinya seusai sudah solat subuh berjemaah, kami semua berjalan menuju ke pantai..walaupun hari masih gelap..berjalan beramai-ramai digigi air sepanjang pantai memang menyeronokan..sambil mencari anak-anak ketam di tepi pantai…kami balik semula ke resort untuk bersarapan pagi….sarapan pagi ni pihak resort menyediakan menu nasi lemak dan kuih muih..sebaik sahaja selesai sarapan, kami semua kembali ke pantai untuk mandi-manda sepuas-puasnya.
Dapat Juga Merasa Durian ni...

Memang jelas terpancar kegembiraan yang amat sangat buat anak-anak ni….mandilah kalian sepuas-puasnya sebab hari esok belum tentu kalian dapat merasainya kembali…Selepas makan tengah hari dan solat zohor kami meninggalkan Pantai Teluk Batik lebih kurang jam 3.00 petang…syukur Alhamdulillah, kalian cukup gembira hari ini..yang pasti aku terlalu gembira melihat kalian semua gembira…semoga nostalgia ini berulang kembali buat anak-anak Bait Al-Amin

Friday, February 01, 2008

BERSAMA PELAJAR CYBERJAYA UNIVERSITY

Kenangan Beramai-ramai Sebelum Berpisah

Tanggal 27hb January 2008, Anak-anak Bait Al-Amin seawal bagi telah bersiap sedia menanti kedatangan kunjungan Pelajar-pelajar dari "Cyberjaya University College Of Medical Science" semperna "Le Tour de Perak". Kedatangan abang-abang dan kakak-kakak dari Cyberjaya University sesungguhnya amat bermakna buat anak-anak yatim di Bait Amin.


"Nanti Abg-abg Datang Lagi ya Dik..."
Biasanya kalau dihujung minggu kalau tak ada program...aktiviti anak-anak Bait Amin cuma berehat, mengemas asrama, membasuh kasut dan pakaian sekolah bagi yg dewasa dan menonton tv. Dengan kedatangan rombongan pelajar tersebut setidak-tidaknya ada aktiviti yang dapat mengembirakan anak-anak Bait Al-amin. Alhamdulillah bermula dengan sesi jalinan ukwah buat anak-anak dan pelajar-pelajar maka terjalin ikatan silaturahim. Banyak nasihat-nasihat yang berguna dan penuh bermakna yang dicurahkan buat Anak-anak di Bait Al-Amin.



Kegembiraan Sentiasa Terpancar Pada Anak-anak Bait Al-Amin

Saat untuk berpisah dengan Anak-anak ni sememangnya menyentuh perasaan bagi anak-anak Bait Al-Amin dan pelajar-pelajar tersebut.Walaupun perkenalan yang amat begitu singkat di Bait Al-Amin, namun kemesraan yang terjalin amat kuat sekali...seperti anak-anak ini tidak mahu melepaskan abang-abang dan kakak-kakak untuk pergi...memang benar, anak-anak ini dahagakan kasih dan sayang....nak kan kasih ayah...ayah telah lama pergi, nak kan kasih ibu...ibu entah dimana sibuk bekerja mencari rezeki...Memang pasti ada air mata yang mengalir tatkala anak-anak ini melepaskan abang-abang dan kakak untuk pergi...hendak pulak anak-anak ini menyayikan lagu "Oh Ibu.." nyanyian Mamat Exist buat tatapan abang2 dan kakak2 nya.


Hari ni Abg-abang Belanja Makan KFC
Anak-anak Bait Al-Amin dijamu dengan makan Ayam Goreng KFC ...dah lama anak-anak ni tak makan KFC..syukur atas rezeki yang dikurniakan...memang lapar, apa taknya dah penat dengan aktiviti sukaneka bersama abang2 dan kakak2 nya.



Sukaneka Bersama Anak-anak Bait Al-Amin

Antara aktiviti sukaneka yang dijalankan bersama dengan Anak-anak Bait Al-Amin..setidak-tidaknya anak-anak ini lupa sekejap kesedihan yang mereka lalui selama ini. Bersorak gembira dalam sukaneka tersebut amat mengembirakan Anak-anak di Bait al-amin.


Apa yang aku boleh titipkan bicara disini...Terima kasih yang tak terhingga di atas kunjungan kalian ke Teratak Bait Al-Amin. Kehadiran kalian sungguh bermakna buat Anak-anak di Bait Al-Amin...Cuma apa yang aku harapkan ikatan ukhwah yang terjalin pada hari ini tidak akan terhenti setakat disini sahaja...pasti Anak-anak Bait al-Amin akan menanti kedatangan kalian di lain waktu...

SaLaM