Tuesday, September 04, 2012

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BAIT AL-AMIN



ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

DENGAN PENUH KESYUKURAN KAMI MELAFAZ KATA
MENYUSUN BAHASA DENGAN BERTERASKAN AGAMA, AMAT BERBESAR HATI MENJEMPUT

DATO'/DATIN/TUAN/PUAN/EN/CIK
SELURUH PENGUNJUNG BLOG & FB BAIT AL-AMIN

KE MAJLIS RUMAH TERBUKA SAMBUTAN AIDILFITRI
BERSAMA
ANAK-ANAK YATIM/MISKIN BAIT AL-AMIN

PADA
8HB SEPTEMBER 2012 / 21 SYAWAL 1433 HIJRAH

MASA
2.30 PTG - 6.30 PTG

TEMPAT
DATARAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN
KG. TENGAH, PARIT, PERAK

PENAMPILAN KHAS
KUMPULAN NASYID HUFAZ

SEMUA DIJEMPUT HADIR

TERIMA KASIH
DARI SELURUH WARGA BAIT AL-AMIN

Monday, August 27, 2012

LEMBARAN SYAWAL DI TERATAK BAIT AL-AMIN


SALAM AIDILFITRI DARI SELURUH WARGA ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN, SEMOGA SYAWAL KALI INI MENJADIKAN KITA LEBIH CERIA DAN SENTIASA MENDAPAT KEREDHAAN DARI ALL SWT.....AMIN

Tuesday, June 12, 2012

LAMAN FACEBOOK BAIT AL-AMIN

ASSALAMMUALAIKUM PARA PENGUNJUNG...UNTUK BERITA-BERITA TERKINI ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN JEMPUTLAH BERTANDANG KE LAMA FACEBOOK KAMI:  RUMAH ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN PARIT @ BAIT AL-AMIN

Friday, April 20, 2012

AYAH..IBU...KAMI TERLALUI MERINDUIMU...


Jauh menung anak-anak ini…tak tahu apa yang mereka fikirkan. Tanpa mereka sedari aku merakam photo anak-anak ini ketika mereka bersantai sepetang di Teratak Bait Al-Amin.Mungkin juga anak-anak ini teringatkan orang yang tersayang…ya, ayah mereka yang telah pergi buat selama-lamanya menemui ilahi, juga buat ibu yang tercinta entah apa yang dibuat ketika ini. Mungkin anak-anak ini menanti dengan penuh harapan agar ada ibu yang tercinta menjenguk anak-anak ini di Teratak Bait Al-Amin…satu penantian demi satu penantian…yang pasti hampa, …mana mungkin ibu kalian akan datang ke teratak ini wahai anak-anak ku…ibu kalian jauh, susah..bekerja mencari rezeki demi sesuap nasi.
Fitri yang masih menongkat dagu…ayah telah pergi buat selama-lamanya, ibu hilang entah kemana..kasih sayang menumpang pada atuk dan nenek..setiap kali Fitri telefon nenek…nenek selalu sakit-sakit sekarang, macammana atuk dan nenek nak datang menjenguk…atuk terpaksa jaga nenek.
Iskandar berbaju kuning….empat beradik tinggal di Teratak Bait Al-Amin. Mana mungkin ibu yang jauh di Kuala Kurau datang untuk menjenguk…ibu pun susah bekerja mencari rezeki..tapi ibu tetap sayang…tatkala satu ketika ketika ayah menjemput kalian untuk balik ke Teratak Bait Al-Amin baru-baru ni…ibu sempat mencium dahimu..ibu hulurkan Seringgit …walaupun ibu tahu ibu tiada mempunyai wang….mungkin itu yang iskandar ingatkan.

Hezal atau panggilan manja Dida…anak yang comel, terlalu mentah untuk ia memahami situasi keadaan hari-hari yang terpaksa dilalui bersama teman-teman tanpa hadirnya orang yang tersayang.Ibu terpaksa bekerja di kedai makan demi mencari rezeki, menumpang dirumah atuk yang juga agak susah kehidupannya.Adakalanya adik yang bongsu berumur 3 th sampai terdemam-demam mungkin merindui abangnya di Teratak Bait Al-Amin.


Ketika ini aku membawa anak-anak ini menziarahi kubur ayah dan ibu yang telah pergi buat selama-lamanya.Ya…kalian sebenarnya terlalu amat merindui ayah dan ibu yang telah tiada. Teruskanlah berdoa anak-anak ku…yang pasti hubungan kalian buat ibu dan ayah tercinta tidak akan terhenti melainkan doa dari anak-anak yang soleh…mungkin ayah dan ibu pasti tersenyum dan gembira apabila kalian sudi bertandang walaupun hanya ke makam ayah dan ibu tercinta.
Ayah…Ibu…tiada lagi belaian kasih sayang yang dikau berikan pada kami.Terlalu cepat kalian pergi meninggalkan anak-anak mu yang masih lagi belum puas merasa nikmat kasih sayang bersamamu. Mana mungkin anak-anak mu melupai jari jemari yang mengusap-usap kepala anak-anak mu dengan penuh kasih…mana mungkin anak-anak mu terus melupai hari-hari yang pernah dilalui bersama ayah tercinta ketika menghantar anak-anak mu ke sekolah setiap pagi..mana mungkin anak-anakmu melupai air tangan ibu yang memasak makanan kesukaan kami setiap hari…..Tapi, semuanya tiada lagi…hanya tinggal kenangan…ayah , ibu…kini anak-anak mu tinggal diTeratak Bait Al-Amin bersama teman-teman yang senasib dengan anak-anakmu…menumpang kasih bersama teman-teman juga mengharap secebih kasi pada ayah, ibu, abie dan Umie.
Ayah….Ibu….ketahuilah sesungguhnya anak-anakmu ini terlalu amat MERINDUIMU….Alfatihah.

Sunday, April 01, 2012

JEMPUTAN WALIMAH IMAM MUDA HASSAN









31HB MARCH 2012 -> Bait Al-Amin menerima jemputan Walimah Imam Muda Hassan dan Ulfah di Teratak Imam Muda Hassan di Kg.Baru Sungai Wangi Ayer Tawar.Alhamdulillah...terima kasih atas jemputan Ustaz Hassan.Semasa Walimah di pihak perempuan di Sabak Bernam dulu Ustaz Haasan ada hantar msg jemputan, tapi minta maaf bayak2 sebab tak dapat hadir...tapi Alhamdulillah anak2 Bait Al-Amin tunaikan juga jemputan Ustaz Hassan bagi walimah pihak lelaki.
Buat Ustaz Hassan @Imam Muda Hassan..Tahniah dari Anak2 Bait Al-Amin, kami mendoakan agar kebahagian berkekalan hingga ke akhir hayat...Amin.

Tuesday, March 20, 2012

THE OUTWARD BOUND TRUST OF MALAYSIA






Sebahagian pelajar-pelajar Bait Al-Amin yang mengikuti Kem di Outward Bound Malaysia Lumut anjuran Kelab Kledang Bakti selama 4hari 3malam baru-baru ini. Kelihatan juga sebahagian anak-anak yatim dari Budimulia Nurulhuda Chemor.

Saturday, March 17, 2012

KARISMA NGO BERSAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA










Pelancaran KARISMA NGO yang telah dilancarkan oleh YAB.Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini.Alhamdulillah..Bait Al-Amin telah dijemput secara rasmi dalam pelancaran Majlis tersebut...Jemputan yang diterima oleh Bait Al-Amin dalam kelompok VIP merupakan satu tanda penghargaan buat seluruh warga Bait Al-Amin...Thanks Allah.

TUNAS CEMERLANG -UTP



















Program Tunas Cemerlang Universiti Teknologi Petronas...Alhamdulillah sudah masuk tahun ke 4.Terima kasih yang tidak terhingga buat semua fasilitator TC UTP dari era Sdr. Amir,Mareney,Fathi dan kini Yana..Banyak pengorbanan yang telah dihulurkan buat adik-adik Bait Al-Amin.Sekalung jutaan yang tidak terhingga juga buat Lt.Kon. Mustafa dan seluruh warga Cyber Security yang banyak menghulurkan bantuan bagi menjayakan program Tunas Cemerlang...Sesungguhnya Allah jua yang mampu membalasnya.
Doa dari anak-anak Bait Al-Amin sentiasa mengiringi kejayaan kalian semua...Amin.

Wednesday, February 08, 2012

SUMBANGAN DARI SYKT. UNILIVER...THANKS ALLAH








Alhamdulillah...Rezeki dari Allah buat anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Baru-baru ini aku menerima panggilan telefon dari syarikat Uniliver untuk menerima sumbangan berbetuk "Tea Lipton 3 In 1" dan juga serbuk pencuci pakaian..Aku menerimanya dengan penuh kesyukuran.Sekurang-kurangnya kenikmatan yang dikurniakan dapat dirasai oleh anak-anak.Untuk mengambil produk tersebut di Syarikat Uniliver di Batu Cave Selangor Rafidi dan Azwan terpaksa pergi untuk menguruskannya..sementara aku menguruskan utk urusan persekolahan anak-anak.Subhanallah...punyalah banyak produk yang dibawa balik...terkejut juga aku. Alhamdulillah...lantas aku rasa rezeki yang lebih ini kami panjangkan kepada rumah-rumah kebajikan yang berhampiran...syukur rezeki dari Allah dapat kami kongsi bersama... Alhamdulillah.

Sunday, February 05, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 H









Alhamdulillah...ku panjatkan syukur kehadratmu Ilahi.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Sesungguhnya ya Rasulullah aku terlalu amat merinduimu...pengorbanan yang telah dikau curahkan buat Agama Islam yang tercinta tiada tolok bandingngannya...Ya Rasulullullah sesungguhnya dirimu jua terlalui amat mengasihi anak-anak Yatim.
Hari ini 12 Rabiulawal...Alhamdulillah, semperna sambutan maulidur rasul kali ini, anak-anak Bait Al-Amin tidak ketinggalan menerima jemputan bagi meraikan sejarah kelahiran Rasulullah. Semalam 11 Rabiulawal, anak-anak Bait Al-Amin menerima jemputan daripada Khariah Masjid SiPutih bagi menyemarakkan sambutan maulidur Rasul di Masjid tersebut. Sayangnya aku tak dapat hadir bersama anak-anak pada hari tersebut kerana terlibat dalam satu taklimat bersama Kelab Bakti Keledang di Ipoh..walaubagaimanapun aku mewakilkan kepada Rafidi dan Azwan bagi tujuan majlis tersebut.
Hari Ini...Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Perak yang diadakan di Perkarangan Masjid Pekan Parit. Turut mencemar Majlis Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan Permaisuri Perak,Raja Muda Dr. Nazrin dan Raja Puan Muda, Raja Dihilir Perak serta Raja Puan Mahani. Alhamdulillah...hari ini aku membawa kesemua anak-anak Bait Al-Amin ke majlis tersebut..sekurang-kurangnya mereka tahu Majlis pada hari ini adalah tanda kasihnya kita pada ya Rasulullah....Mudah-mudahan selawat dan salam dari Anak-anak Bait Al-Amin pada majlis tadi...mendekatkan diri dengan Rasulullah yang tercinta...Amin.