Saturday, December 05, 2009

SAYANG ANAK-ANAKKU SAYANG..

Selepas Berkhatan...Fuhh Legaaaaaa...

Sebelum Berkhatan..Terasa Gementarnya

Adik Hezal(Dida)..Cepat lemah semangat, Selepas Berkhatan


Lembu Ditumbangkan sebelum dikorbankan

Sani dan Hazwan Mengangkat Daging Lembu

Hazwan, Sani, Kamarudin & Ridzuan..Fuhh Tiga Ekor lembu Tumbang

Anak-anak Bait Al-Amin Menggapai Impian

Bersama Ibu Angkat


Alhamdulillah...sedar tak sedar dah hampir dua minggu cuti persekolahan bermula. Lama juga aku tidak mengemaskini blog ini..kadang-kadang kesibukan yang datang tidak dijangka.Ketika catatan ini aku coretkan...Teratak Bait Al-Amin sunyi sepi dari hilai tawa, gelak gempita, tangis anak-anak kecil...terasa sunyi sangat, ini kerana ketika ini semua anak-anak bait Al-Amin telah kembali ke kampung halaman masing-masing.Cuti Panjang.....kebiasaannya kalau cuti panjang persekolahan aku dan abie akan menghantar anak-anak ini balik ke Kampung halaman masing ini kerana aku tidak mahu untuk putuskan hubungan kekeluargaan mereka bersama insan-insan yang tercinta. Ya..walaupun ayah telah tiada tapi mereka punyai ibu yang sedia menanti. Tapi yang tiada kedua ibu dan ayah...ibu saudaralah tempat mereka menumpang kasih..entah apa agaknya kalian buat ketika ini...jangan sekali-kali tinggalkan solat ya anak-anak ku...itu pesan ayah dan abie sewaktu menghantar kalian pulang tempohhari.
Alhamdulillah...sebelum kalian balik tempohhari, satu program menggapai impian di UTP telah diadakan. Syukurlah kalian mendapat beg dan juga pakaian sekolah. Begitu juga korban baru-baru ni...kita tidak merancang kali ni untuk buat ibadah korban di Teratak Bait Al-Amin, sebab ayah nak bagi peluang untuk kalian meyambut hari raya korban di kampung masing-masing. Namun disaat akhir ada hamba Allah menyerahkan seekor lembu untuk dikorbankan di Teratak Bait Al-Amin..Alhamdulillah...rezeki kalian. Kita tunaikan juga dengan bantuan Ayah Om, Cikgu Ramlan dan anak-anak yang berdekatan terpaksa balik seketika di Teratak. Keesokannya juga kita dijemput oleh Kelab Keledang Ipoh untuk bersama-sama melakukan ibadah korban di Ipoh.Tiga ekor lembu tumbang...sebahagiannya rezeki kalian anak-anak ku...syukur Alhamdulillah.
Hezal (Dida), Adam, Rossi dan Mizi...dah pun dewasa. Berkesempatan cuti baru-baru ni empat orang anak-anak Bait Al-Amin berkhatan. Terima kasih banyak2 kat Dr. Ismail yang sudi mengkhatan anak-anak Bait Al-Amin tanpa mengenakan sebarang bayaran pun. Walau pun diberi Dr. Ismail enggan mengambilnya. Katanya itu sumbangan sbg seorang Dr. buat anak-anak Bait Al-Amin...Terima kasih Dr. Ismail. Anak-anak yang lain OK...cuma Hezal..dia seorang anak yang agak penakut sebenarnya....tapi Alhamdulillah, segalanya telah selesai.Nanti bila kembali ke Asrama nanti dah boleh solat kat bahagian saf hadapan.
Selamat bercuti Anak-anak ku...

Monday, November 02, 2009

PROGRAM TAUTAN KASIH

Kenangan Beramai-ramai

Pelajar SK.Seri Iskandar bersalaman dengan Kakitangan Jab. Kesihatan Daerah

Sebahagian Pelajar SK.Seri Iskandar

Melihat Pameran Jabatan Kesihatan Daerah

Pelajar Sek.Keb.Seri Iskanadar & Anak-anak Bait Al-Amin

Kerja-kerja Gotong Royong

En. Amir Ketua Balai Bomba Parit

Demontrasi Kebakaran Bermula

Salam Perpisahan...InsyaAllah jumpa lagi

Alhamdulillah..satu program Tautan Kasih dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Perak Tengah, Jabtan Bomba Parit dan Juga Kelab Doktor Muda Sek. Keb. Seri Iskandar telah pun diadakan baru-baru ini di Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin.Diantara Program yang dijalankan adalah Gotong Royong, Pameran Kesihatan dan juga Demontrasi Menggunakan Alat pemadam kebakaran.Disamping menjalinkan ikatan silaturrahim banyak manafaat yang boleh diambil dari program tersebut...Kami di Bait Al-Amin mengucapkan berbanyak-banyak ucapan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Daerah Perak Tengah, Jabatan Bomba Parit dan juga Kelab Doktor Muda Sek. Keb. Seri Iskandar. InsyaAllah mudah-mudahan program sedemikian akan dijalankan lagi pada masa akan datang...InsyaAllah.

Sunday, November 01, 2009

KUNJUNGAN ZIARAH SEK.MEN.KEB.LUBUK CHINA MELAKA KE TERATAK BAIT AL-AMIN

Kenangan bersama pelajar2 SMK. Lubuk Cina Melaka

Sebahagian Pelajar SMK. Lubuk Cina Melaka

Acara Sukaneka

Kalau dah penat bersukan ...apalagi makanlah..perut dah lapar

Dua Tenaga pengajar SMK.Lubuk Cina Melaka bersama putri Bait Al-Amin


Cikgu Bahaman serta tenaga pengajar SMK.Lubuk Cina Melaka


Bas dah nak bertolak meninggalkan Teratak Bait Al-Amin


Alhamdulillah...baru-baru ini teratak Bait Al-Amin merasa bertuah kerana menerima rombongan guru-guru dan para pelajar dari Sek.Men. keb. Lubuk Cina Melaka. Ikatan ukhwah terbina dan terus terjalin diantara para pelajar SMK.Lubuk Cina Melaka dan juga Anak-anak Bait Al-Amin. Selama 2hari 1 malam pelajar tersebut berkampung di Teratak Bait Al-Amin. Terima kasih kepada Cikgu Bahaman dan juga semua rombongan yang hadir pada hari tersebut.Yang pastinya banyak kenangan yang dikutip walaupun cuma seketika sahaja bertandang...InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi.

PROGRAM TUNAS CEMERLANG

Baru Sampai Ke Perkarangan Pejabat CyberSecurity Malaysia

Menikmati jamuan makan tengahhari yang disediakan oleh pihak CyberSecurity

Kenangan bersama Kakitangan CyberSecurity dan juga pelajar UTP

Bersalam dengan En. Mus...Orang kuat CyberSecurity

Manjanya Adik Hezal...bersama pelajar UTP

Bergambar semasa lawatan di Zoo Negara

Menghilangkan dahaga...

Semasa sarapan pagi di Heritage Hotel

Kenangan semasa di Heritage Hotel sebelum check-out


Saiful dan Ridzuan semasa program jutawan Uptrend2U di Stadium Melawati

Baru-baru ni satu program yang diberi nama Tunas Cemerlang telah dijalankan oleh Pelajar-pelajar UTP dan juga Anak-anak Bait Al-Amin. Salah satu pengisian dalam program tersebut adalah "Lawatan sambil belajar". Dalam lawatan tersebut kesemua anak-anak Bait Al-Amin bersama dengan hampir 30 orang Pelajar UTP turut serta. Lawatan tersebut selama 2hari satu malam iaitu lawatan sekitar tempat-tempat di Bandaraya Kuala Lumpur seperti CyberSecurity Malaysia, Zoo Negara, KLCC dan juga Petrosains.

Monday, October 19, 2009

RENTETAN AKTIVITI ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN

Keriangan Bermain Bunga Api


Rumah Terbuka En. Tajudin Bin Mat Jam Di Manjung

Rumah Terbuka Aidilfitri Kemas Seri Iskandar

Perkahwinan Wan Sabrinaz Di Perdana Indah Selangor

Majlis Walimah Wan Sabrinaz ( Bekas Pelajar UTP)
Keakraban Bersama Anak-anak Bait Al-Amin

Kakak Kesayangan Anak-anak Bait Al-Amin, Kak Dewi (Bekas Pelajar UTP)
Sempat Membawa Anak-anak Bait Al-Amin Ke Zoo Negara Baru-baru ini.


Semasa Lawatan Ke Zoo Negara Baru-baru Ini
(Terima Kasih Kak Dewi Dari Adik-adik Bait Al-Amin)


Meraikan Hari Jadi ATOK..
Atuk Kesayangan Buat Anak-anak Bait Al-Amin

Serba-sedikit yang dapat di paparkan program anak-anak Bait Al-Amin. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana ramai Insan-insan diluar sana yang menyayangi diri kalian.

NSTP RAI 50 ANAK-ANAK YATIM/ MISKIN BAIT AL-AMIN

NSTP RAI 50 ANAK YATIM SEMPERNA RAYA
(PETIKAN BERITA HARIAN 17HB OKT 2009)









NSTP rai 50 anak yatim sempena raya

SERAMAI 50 anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Kampung Parit Tengah, Perak diraikan dalam satu majlis amal dan sambutan hari raya anjuran Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Budaya, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), baru-baru ini. Tahun ini adalah tahun kelima kelab berkenaan menganjurkan aktiviti sedemikian yang dimulakan sejak 2004 dan kali pertama dilakukan di rumah anak yatim kerana sebelum ini kunjungan mereka hanya tertumpu di sekolah tahfiz dan memberi sumbangan kepada agensi yang memerlukan. Program selama dua hari itu bertujuan untuk meraikan anak yatim dan miskin agar dapat bersama menikmati serta merasai kemeriahan Aidilfitri selain berkongsi kasih sayang bersama mereka yang kehilangan tempat bergantung dan memberi sokongan moral agar mereka tidak berasa terpinggir.
Selain lawatan dan jamuan hari raya, acara sukaneka turut diadakan bertujuan membina kreativiti dan mengasah bakat mereka. Pengurus Kanan Jabatan Sumber Manusia NSTP, Abdul Shukor Ali, berkata program itu adalah program tahunan kelab mereka dan tahun ini mereka membuat kelainan apabila ahli jawatankuasa yang terbabit bergotong-royong memasak bersama-sama penghuni untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama mereka. “Tujuan utama lawatan ini untuk memberi kasih sayang kepada mereka yang sudah lama tidak merasai belaian insan bergelar ibu mahupun ayah dan berkongsi kegembiraan seperti kanak-kanak lain.
“Kita beri apa yang termampu dan semoga kehadiran kami memberi sedikit kegembiraan kepada penghuni di sini dan semoga mereka terus tabah menempuh hari mendatang kerana di luar sana banyak dugaan yang menanti,” katanya. Dalam lawatan itu, sumbangan beg sekolah, buku, tabung, tuala serta duit raya turut diberikan sebagai cenderahati untuk mereka.
Sementara itu, Pengetua rumah berkenaan, Rozelan Zamzuri, berkata dia bersyukur kerana masih ada pihak sudi menjengah anak-anak yatim di rumah itu walaupun jauh dari ibu kota. “Kedatangan mereka membawa 1,000 erti kepada penghuni di sini kerana sebahagian mereka tidak dikunjungi saudara mara mahupun ibu atau ayah ketika hari raya,” katanya.