Saturday, November 20, 2010

PROGRAM CAHAYA KASIH BERSAMA MAYBANK CAW.BATU GAJAH













20hb November 2010..Program "Cahaya Kasih" Kakitangan Maybank Cawangan Batu Gajah diketuai Pengurus Cawangan En. Mohd. Noor mengadakan program sosial bersama penghuni Anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Berbagai aturcara yang disusun bermula dengan senaman pagi, tarian poco-poco, berbagai sukaneka dan juga tayangan video. Alhamdulillah...program tersebut adalah merupakan program terakhir atau pun program penutup untuk tahun 2010 bagi anak-anak Yatim Bait al-Amin sebelum semuanya pulang ke kampung halaman masing-masing semperna cuti sekolah yang telah tiba. Sekalung penghargaan terima kasih buat semua kakitangan Maybank Cawangan Batu Gajah atas kesudian hadir meraikan anak-anak kami disini....Terima kasih kerana belanja anak-anak kami makan KFC hari ni...InsyaAllah panjang umur jumpa lagi.

HARI RAYA KORBAN DI BAIT AL-AMIN










Sebahagian daripada aktiviti korban yang telah dijalankan di Teratak Bait al-Amin Semperna Hari raya Aidiladaha 1431 Hijrah. Sebanyak 2 ekor lembu dan 1 ekor kambing telah dikorbankan pada hari tersebut. Turut membantu anggota2 DSA TLDM Lumut dan masyarakat setempat....Alhamdulillah.

Monday, November 15, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1431 HIJRAH



Alhamdulillah bersua lagi....Ya Allah, kali ni betul-betul dah lama aku tak mencoretkan sesuatu di blog ini.Bukannya tak ada cerita yang hendak dicoretkan...namun masa yang begitu terbatas waktunya...kesibukan urusan seharian aku bersama anak-anak Bait al-amin...lantas tak terasa masa begitu pantas berlalu.Sedar-sedar dah nak menghampiri penghujung tahun...maka bermulalah alam keseronokan anak-anak Bait Al-Amin. Ketika coretan ini dicoretkan anak-anak Bait Al-Amin sedang dalam persiapan menyambut ketibaan Aidiladha yang akan menjelang satu dua hari lagi...InsyaAllah untuk tahun ini dua ekor lembu dan seekor kambing akan dikorbankan...Alhamdulillah..InsyaAllah kami juga akan dibantu oleh tenaga sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia....Terima kasih banyak2.
Bersemperna Kedatangan Aidiladha Tahun Ini
Kami Tenaga Pentadbir Dan Anak-anak Yatim/Miskin Bait Al-Amin Ingin Mengambil Kesempatan Untuk Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Buat Semua Muslimin Dan Muslimat Terutama Mereka-mereka Yang Telah Banyak Membantu Kami Selama Ini.

"SALAM AIDILADHA 1431 HIJRAH"

Wednesday, September 22, 2010

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

ASSALAMMUALAIKUM WBT
YB Dato' /Datin / Tuan /Puan/ Sdr / Sdri
DENGAN SEGALA HORMATNYA KAMI DI WARGA BAIT AL-AMIN INGIN MENJEMPUT PARA HADIRIN SEKELIAN UNTUK MENGHADIRI MAJLIS RUMAH TERBUKA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN
PADA
02HB OKTOBER 2010 / 23 SYAWAL 1431H
HARI
SABTU
MASA
2.00 - 6.00 PETANG
TEMPAT
RUMAH ANAK-ANAK YATIM / MISKIN
BAIT AL-AMIN
KG. TENGAH PARIT PERAK
SEMOGA DENGAN KEHADIRAN PARA HADIRIN SEKELIAN AKAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT.
SEKIAN TERIMA KASIH
DARIPADA
SELURUH WARGA BAIT AL-AMIN

Monday, September 13, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

ASSALAMMUALAIKUM..
KAMI DI TERATAK BAIT AL-AMIN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT TIDAK KIRA DIMANA BERADA. KAMI JUGA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DI ATAS BANTUAN DAN SUMBANGAN YANG TELAH DIHULURKAN KEPADA PIHAK KAMI DI TERATAK BAIT AL-AMIN...DOA DARI KAMI ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN MENGIRINGI KEBAHAGIAN SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN...AMIN.
" SALAM AIDILFITRI DARI WARGA BAIT AL-AMIN"

Tuesday, June 22, 2010

PROGRAM TUNAS CEMERLANG-LAWATAN KE MELAKA

Lawatan Ke CyberSecurity Malaysia

Di Pusat Sains Negara

Adam..Bakal Sainstis Muda, Berani Mencuba.

Ridzuan & Aizat...Menguji Kecekapan

Kenangan Di Afamosa Bersama Mentor UTP


Sebahagian Pelajar2 UTP- Tunas Cemerlang

Putera Bait al-Amin Bersama Abang Amirudin- Presiden TC

Teringin Nak Naik Beca

Adan & Aida...

Sepetang Menaiki Beca Bersantai Di Kota Melaka


Salah Satu Tempat Bersejarah

Kenangan Anak-anak Bait Al-Amin

Masa ni Ketika Menaiki Menara Taming Sari
Hezal Menangis Ketakutan....

Sibuk Mencari Cenderamata Untuk Dibawa Pulang

Kenangan Di Tepi Sungai Melaka

Melepaskan Penat Lelah Seketika

Berehat Sebentar sebelum Berangkat Pulang......

Sebahagian diantara program lawatan ke Melaka 3h 2 Malam bersama Pelajar-pelajar UTP dalam Program Tunas Cemerlang semperna cuti persekolahan baru-baru ini.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...Terima kasih kepada Abang-abang Dan Kakak-kakak Fasilitator UTP yang menjaga anak-anak Bait al-Amin dengan penuh kesabaran.
TUNAS CEMERLANG 2010

Friday, June 18, 2010

BERSANTAI DI HOT SPRING SG.KLAH SUNGKAI







Sebahagian Anak-anak Bait Al-Amin bersantai mandi-manda di Hot Spring Sungkai baru-baru ini.Tak banyak gambar yang hendak dipaparkan sebab ketika ini kamera kehabisan bateri. Walaubagaimana pun semuanya enjoi dan seronok. Dah lama aku berjanji dengan anak-anak ni nak bawa ketempat tersebut....Alhamdulillah tercapai juga. Sebaik aja cuti sekolah bermula terus kami kesana. Balik dari Hot Spring Sungkai...anak-anak Bait Al-Amin pergi lawatan ke Melaka dlm program Tunas Cemerlang UTP ( Catatan akan menyusul)...lepas tu barulah semuanya balik kampung....ALHAMDULILLAH..

PROGRAM JIWA MURNI DBA-TLDM






Sebahagian daripada aktiviti yang telah dijalankan oleh Anggota TLDM dari Depot Bekalan Armada dalam Program Jiwa Murni baru-baru ini. Seramai 55 orang anggota DBA turut serta dalam program tersebut.Dalam program tersebut anggota terlibat ditugaskan membersihkan kawasan dan mengecat rumah anak-anak yatim Bait al-Amin selain mendedahkan penghuni Bait Al-Amin tentang kerjaya dalam TLDM. Kami di Teratak Bait Al-Amin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak anggota DBA.

Thursday, May 20, 2010

SELAMAT HARI JADI ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN






SELAMAT HARI ULANG TAHUN BUAT ANAK-ANAK BAIT AL-AMIN..MOGA MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH.