
Alhamdulillah..bertemu lagi di sini,..terfikir sekejap apa yang nak aku coretkan ketika ini...ha baru aku teringat akan kunjungan kumpulan nasyid FAR EAST baru-baru ni sebelum cuti sekolah bermula.PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN WARGA MISKIN,(BAIT AL-AMIN) LOT.8627, JALAN HAJI WAHAB,KG.TENGAH, 32800 PARIT, PERAK D'RIDZUAN. TEL/FAX: 05-377 3717 HP:017-4013738/013-4386966 Email: bait_alamin@yahoo.com Facebook : Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin ATAU Bait Al-Amin No.Pendaftaran: 1731-05-4 No. Akta Pusat Jagaan:A/PJBKK 041/2011

Alhamdulillah..bertemu lagi di sini,..terfikir sekejap apa yang nak aku coretkan ketika ini...ha baru aku teringat akan kunjungan kumpulan nasyid FAR EAST baru-baru ni sebelum cuti sekolah bermula.
Alhamdulillah...sambung lagi catatan aku di blog ini. Dah dua hari tak mencoretkan sesuatu di sini...agak sibuk sedikit dengan urusan kerja yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah progress kerja di tapak berjalan lancar mengikut jadual yang telah dirancang. Isnin baru ni hari terakhir abg zul (abg Sulong) menduduki paper bagi exam spm, harap-harap sepanjang exam tu dia dapat buat yang terbaik untuk dirinya...bagi aku hanya mampu berdoa dan memberi kata-kata semangat buat dirinya...terharu aku bila melihatnya sehari sebelum exam SPM bermula, dia minta kebenaran untuk menghubungi ibunya di Kedah.Terngiang-ngiang ditelinga aku..."Mak ini Zul ni, mak...esok Zul dah mula exam SPM..mak tolong Doakan Zul, ampunkan segala dosa Zul , halalkan makan minum Zul..."sambil air matanya berlinang membasahi pipi.Tapi aku pasti setiap hari tanpa jemu si ibu tetap mendoakan kejayaan buat anaknya.Ahmad Zulhilmi atau panggilan di Bait Al-Amin abang Zul, merupakan pelajar sulung yang menginap di sini...trajedi tsunami yang berlaku keatas keluarganya pasti tak akan pernah luput dalam ingatannya..menumpang kasih di Bait Al-Amin bersama seorang lagi adiknya Norshafiqah.Sesuai sebagai abang long di sini ianya menjadi contoh kepada adik-adik yang lain.Abg Zul banyak membantu secara tak langsung tanggungjawab aku di sini...menjadi imam kepada adik-adik yang lain, meluangkan masa mengajar mengaji bagi anak-anak bait al-amin yang lain, pandai menghormati orang yang lebih dewasa..penuh dengan adab dan sopan, bertanggungjawab dalam segala hal serta menjadi pembimbing kepada rakan-rakan yang lain...bagi aku terasa kehilangannya pada sessi persekolahan yang akan datang bila dia tak ada di Bait Al-Amin...mungkin dia perlukan masa yang banyak untuk diluangkan bersama ibunya di kampung sebelum result SPM keluar nanti...semoga berjaya dengan cemerlang abang Zul..Ayah, abie dan Umie tetap mendoakan kejayaan buat abang Zul.
Disinilah tempat mereka berlindung dari panas dan hujan, disinilah tempat mereka menumpang kasih dan sayang...disini jugalah tempat mereka bermain seharian di waktu petang. Walaupun mereka bukan dari darah daging yang sama, namun keakraban sesama mereka jelas terpancar dalam satu keluarga yang besar. Walaupun terdengar jerit dan tawa hilai mereka...namun disudut hati mereka siapa yang tahu....
Anak-anak Puteri Bait Al-Amin mengaji Al-Quran setiap hari selepas solat Maghbrib dengan dibantu oleh seorang Ustazah. Apa yang aku harapkan agar mereka dapat menjadi anak-anak yang solehah mentaati perintah Allah dan juga ibu mereka yang tidak pernah mengira penat dan lelah demi mencari sesuap nasi untuk rezeki mereka.
Anak-anak Putera Bait Al-Amin juga turut mengaji Al-Quran setiap kali selepas Solat Maghbrib..walau sesibuk mana aku akan pastikan dapat mengajar mereka dan memberi masa buat mereka untuk mengaji Al-Quran...mudah-mudahan dapat mereka sedekahkan bacaan Al-Quran mereka buat ayahanda yang telah pergi buat selama-lamanya...mudah-mudahan mereka menjadi anak yang soleh.
Anak-anak Puteri Bait Al-Amin turut meluangkan masa di dapur untuk membantu Umie memasak dalam masa yang terluang terutama dihujung minggu.Mudah-mudahan mereka tidak janggal untuk ke dapur bila sudah menjangkau dewasa kelak.