Thursday, October 15, 2009

GALAS TUGAS JAGA ADIK

GALAS TUGAS JAGA ADIK
(Petikan Harian Metro 12hb Oktober 2009)
Norpisah Manan (Tiga Dari Kiri) Bersama Sepupu Dan Adik-adiknya

PARIT: “Saya akan cuba menjadi `ibu dan bapa’ terbaik kepada adik-adik kerana ia adalah tanggungjawab saya selepas kematian kedua-dua ibu bapa kami akibat penyakit paru-paru dan buah pinggang,” kata Norpisah Manan, 15.Lebih memeritkan apabila pemergiaan kedua-dua orang tuanya itu berlaku berturut-turut dalam tempoh dua tahun lalu, pada hal ketika itu dia sebagai anak sulung masih belum benar-benar bersedia untuk mengambil alih tugas serta tanggungjawab menjaga adik-adik.“Pada awalnya, saya menerima tamparan yang hebat dan hampir tidak boleh terima kenyataan kerana kehilangan orang terpenting dalam hidup, namun lama kelamaan, saya reda dan belajar terima sedikit demi sedikit.“Bukan mudah mahu menggalas tanggungjawab ini, namun saya bernasib baik kerana ditempatkan di rumah ini bersama rakan-rakan yang senasib,” katanya ketika ditemui pada program lawatan dan Majlis Hari Raya bersama anak yatim anjuran Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Kebudayaan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), di Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin, Kampung Tengah,Parit Perak di sini semalam.
Seramai 50 penghuni di rumah kebajikan itu diraikan pada acara tahunan kelab berkenaan yang antara lain bertujuan memupuk dan berkongsi kasih sayang selain memberi sokongan moral kepada anak-anak yatim supaya tidak berasa terpinggir dan terabai.

2 comments:

zubair.. said...

hrap2 die strong untuk faced hari2 y dtg untuk trus jge adik2 die..

BAIT AL-AMIN said...

Mudah-mudahan InsyaAllah Zubair