Sunday, January 10, 2010

Sinar Baru Buat Anak-anak Bait Al-Amin

Doa Dibaca sebelum ke Sekolah

Memulakan sesi persekolan

Alhamdulillah...Ya Allah, sedar-tak sedar dah seminggu sesi persekolahan bermula.Terasa cepat benar masa berlalu. Manakan tidak mungkin kesibukan menguruskan anak-anak seharian saban waktu sedar-sedar dah sampai ke hari minggu.
Segala-galanya serba baru buat anak-anak Bait al-Amin...memulakan hari sesi persekolahan pada minggu lepas jelas kegembiraan kian terpancar buat anak-anak Bait al-Amin. Terima kasih yang tidak terhingga buat insan-insan diluar sana yang sudi menaja pakaian-pakaian baru sekolah buat anak-anak ini.Ku panjatkan doa kepada Allah untuk membalas segala kebaikan yang kalian hulurkan buat anak-anak ku di Teratak Bait Al-Amin.
Syukur juga aku panjatkan kehadrat Ilahi kerana memberi aku kekuatan seadaanya sehingga hari ini dalam menguruskan segala-galanya buat anak-anak Bait al-Amin. Memulakan sesi persekolahan baru-baru ini anak-anak Bait al-Amin hanya perlu memulakan langkah ke sekolah dengan lafaz Bismillah..kerana segala-galanya telah dipersiapkan. Cuti panjang baru-baru ni aku cuba menyediakan segala keperluan dan persiapan sebaik-baik mungkin termasuklah membeli buku persekolahan untuk anak-anak ini. Cuma yang perlu aku lakukan untuk minggu pertama ini untuk menjelaskan segala yuran persekolahan buat anak-anak ini di sekolah masing-masing. Hampir 50 orang anak-anak ni perlu dipersiapkan. Tapi alhamdulillah......segala-galanya berjalan lancar dengan keizinan dari Allah. Jangan di tanya berapa perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk perbelanjaan sesi persekolahan tahun ni...bagi mereka diluar sana yang mempunyai seorang atau dua anak yang bersekolah tentu dapat merasakan perbelanjaan yang telah dikeluarkan ..inikan pula anak-anak kami disini yang mencecah seramai hampir 50 pelajar.
Tapi seperti yang aku nyatakan tadi....syukur ke hadrat Ilahi diatas jalan mudah yang diberikan.
Buat anak-anak yang ku kasihi...Tugas kalian hanya belajar bersungguh-sungguh, segala-galanya ayah dan abie telah persiapkan. Berazamlah untuk menjadi seorang insan yang soleh dan solehah dalam mengharungi kehidupan di Teratak Bait Al-Amin.. yang seharusnya kalian tahu...Ayah, Ibu, Abie dan Umi tetap menyayangi kalian.

No comments: