Thursday, November 22, 2007

Aktiviti Anak-anak Bait Al-Amin

Disinilah tempat mereka berlindung dari panas dan hujan, disinilah tempat mereka menumpang kasih dan sayang...disini jugalah tempat mereka bermain seharian di waktu petang. Walaupun mereka bukan dari darah daging yang sama, namun keakraban sesama mereka jelas terpancar dalam satu keluarga yang besar. Walaupun terdengar jerit dan tawa hilai mereka...namun disudut hati mereka siapa yang tahu....

Anak-anak Puteri Bait Al-Amin mengaji Al-Quran setiap hari selepas solat Maghbrib dengan dibantu oleh seorang Ustazah. Apa yang aku harapkan agar mereka dapat menjadi anak-anak yang solehah mentaati perintah Allah dan juga ibu mereka yang tidak pernah mengira penat dan lelah demi mencari sesuap nasi untuk rezeki mereka.

Anak-anak Putera Bait Al-Amin juga turut mengaji Al-Quran setiap kali selepas Solat Maghbrib..walau sesibuk mana aku akan pastikan dapat mengajar mereka dan memberi masa buat mereka untuk mengaji Al-Quran...mudah-mudahan dapat mereka sedekahkan bacaan Al-Quran mereka buat ayahanda yang telah pergi buat selama-lamanya...mudah-mudahan mereka menjadi anak yang soleh.

Anak-anak Puteri Bait Al-Amin turut meluangkan masa di dapur untuk membantu Umie memasak dalam masa yang terluang terutama dihujung minggu.Mudah-mudahan mereka tidak janggal untuk ke dapur bila sudah menjangkau dewasa kelak.

Bagitu juga Anak-anak Putera Bait Al-Amin tidak melepaskan peluang untuk membantu Umie bagi kerja-kerja di dapur sekali-sekala. Mereka dapat merasakan penat lelah Umie memasakkan makanan mereka setiap hari dari pagi hingga malam....mudah-mudahan dengan bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban Umie.

2 comments:

BAIT AL-AMIN said...

Semoga anak-anak ini satu hari nanti menjadi insan yang berguna dan membantu insan-insan yang lain yang memerlukan.

DoCkeR`s said...

I/allah..semoga mereka ini sentiasa berada di dalam rahmat ilahi.. dan mereka menjadi insan yg dicontohi..